Semalam hujan, jadinya Is tak dapat pergi padang. Jadinya aku suruh Is praktis gitar... (bukan suruh sebenarnya.. aku paksa he..he..)
Seperti tajuk lagu Richard Marx yang dia mainkan tu, I have to right here waiting juga kalau nak suruh dia praktis. Kalau aku hilang cepat aje dia simpan gitar. Aduhai geram betul dengan mamat sorang ni. Liat sungguh nak suruh praktis.
Kalau dia kusyuk memang boleh main dengan baik. Sampai aku pun boleh ikut nyanyi lagi RHW tu..
Kusyuk kan... Tapi...
Sekejap ajelah.. Lepas tu dia dok menung balik..
Menung lagi... Adoooiiii...
Lepas kena sergah dengan mamanya, barulah dia mula praktis balik.. grr..
Kusyuk balik..
Kusyuk lagi..
Terus kusyuk..
Kononnya nak lepas diri. Takde maknanya. aku suruh main lagi.
Right Here Waiting..
Macam itulah kalau nak suruh dia praktis. Gambar-gambar ni sebagai bukti. Aku memang kena tunggu kat sebelah dia baru jalan. Kalau tak.. takdelah. Btw, aku tak pandai baca notes tu walaupun kat sekolah rendah dulu pernah belajar he..he... Jadinya kalau aku teringin nak petik lagu tu sendiri, Is akan duduk kat sebelah dan tunjukkan tali mana aku perlu press dan petik. Memang dia akan ajar aku betul-betul sampai aku dapat main. See, Is siap dah boleh ajar aku main gitar. Tapi nak suruh dia praktis susah sangat. Aku bukannya apa, bila dah hantar ke kelas tentulah nak tengok hasilnya. Nak kata tak minat, dia juga yang sungguh-sungguh nak belajar main gitar ni dulu. Aku tak paksa pun. Cuma suruh pilih kelas apa yang anak-anak minat supaya mereka ada pelbagai kemahiran. Jadinya bila dah mula belajar, tentulah aku mahu mereka bersungguh untuk mendalami ilmu tersebut. Jadinya bila nak suruh praktis aje aku terpaksalah buka cerita sedih (based on true story), mama dulu takde peluang nak ada semua ni, nak belajar semua benda ni, abang ada peluang tapi taknak hargai... dan dia pun akan mula praktis. Kalau tak guna taktik tu memang selalu tak jalan.