Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

21 Februari...

Assalamualaikum..

21 Februari adalah tarikh hari ini. Yang tu tentulah semua orang tahu kan. Hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran Az yang ke 9 tahun. Sekejap betul masa berlalu. Rasa macam tak puas lagi nak gomol-gomol dia. Antara ketiga-tiga orang anak aku, dialah yang paling manja dengan aku. Mana taknya, Han dengan Is tu baru umur 2 tahun setengah dah dapat adik. Tak dapat nak manja lama-lama. Tapi Az dah 9 tahun pun takde adik lagi. Itu yang dia manja lebih tu.

Tapi sekarang sejak dah makin besar dia dah semakin kurang manja. Kalau dulu, pantang aku landing kat sofa, mesti dia nak baring atas perut aku. Suka baring kat belakang badan aku. Sampai darjah satu pun macam tu sampai sakit-sakit badan aku. Sekarang ni nak cium pipi dia pun susah sangat. Kalau Han dengan Is, sampai sekarang rileks aje kalau aku cium dia orang depan orang.  Tapi Az, jangan harap nak dapat cium dia depan orang. Cepat-cepat dia lari. Nak pimpin tangan pun kalau depan orang, cepat-cepat dia tarik tangan dia. Memang control macho mamat ni.

Sekarang ni dia dah pandai berdikari. Macam kalau hari yang dia kena duduk kat transit, dia akan masukkan sendiri tuala, underware, stokin dalam beg. Lepas dah gantung sekali dengan baju sekolah kebangsaan dia sendiri bawak turun siap-siap kat bawah. Aku tak payah cakap pun dia tahu nak uruskan sendiri. Walaupun dia dah makin besar dan memang patut dah pandai buat semua tu sendiri, tapi bagi aku ianya sangat sweet. For me, he is still my little boy and always be my baby.

To our dearest Bb, Happy birthday darling. We love you so much. Doa mama semoga Bb menjadi anak yang soleh dan sentiasa cemerlang untuk dunia dan akhirat. Jaga iman, jaga solat dan jaga adab. Semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi setiap langkah dan perjalanan anak-anakku.

 HAN, IS dan AZ.
Harta dunia dan akhirat aku bersama en.asben.
Terima kasih ALLAH atas pinjaman anugerah yang cukup indah ini.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

Tuesday, February 21, 2012

Azure Fatahillah...

Itulah nama penuh Az. Anak bongsu kesayanganku. Hari ni sudah 8 tahun usianya. Ayahnya kata budak yang tak sabar-sabar nak keluar. Sebab kakak dan abangnya lahir pada tarikh 22. Dia pulak lahir pada tarikh 21 pukul 11.30 malam. Lagi setengah jam saja nak masuk 22 haribulan. Kalau tak, sama tiga-tiga beradik tarikh hari lahirnya. Bulan lain-lain. Rasa macam baru semalam melahirkannya. Macam baru semalam juga kaum keluarga macam susah nak menyebut namanya yang Azure tu.  Tapi sekarang ni semua dah lancar nak menyebutnya. Azure tu maknanya biru langit. Jadi sebutannya sama macam sebut warna biru langit azure tu lah juga. Ae-zi-or gitu. Atau A-zur pun boleh. Namanya sama makna dengan nama en.asben. Itu yang letak nama tu. Fatahillah pula nama salah seorang wali songgo yang menjadi raja. Fatah pun ada makna juga dari nama-nama Allah.

Setiap kali pergi klinik mesti nurse dan doktor tanya macam mana nak menyebut namanya. Guru-gurunya pun begitu. Jadinya lepas ni bolehlah aku minta mereka tengok cara sebutannya kat blog aku. Jadinya mereka tahulah macam mana nak menyebutnya dengan betul he..he.. (Poyo betul mamanya ni nak promote blog sendiri kan).

Pagi-pagi tadi bangun aje tidur aku dengar abangnya dah wish birthday. Lepas tu kakaknya pula. Alhamdulillah masing-masing peka tentang tarikh istimewa adik beradik. So pagi tadi kami nyanyikanlah ramai-ramai lagu selamat  hari jadi untuknya. Jadilah nak buatkan dia suka. Memang tersenyum-senyum malulah dia. Nak buat makan-makan pun tak boleh sebab rumah macam kapal karam lagi. Makan habuk bolehlah he..he.. Hadiah memang dah dapat dulu. Siap dengan abangnya pun dapat sekali.

Doaku agar anakku Azure Fatahillah terus diberikan kesihatan yang baik. Semoga Az dipanjangkan umur dan mendapat umur yang berkat. Semoga Az menjadi anak soleh yang bijak dan baik akhlaknya. Semoga anak-anakku sentiasa di lindungi olehNYA. Amin.

 Mereka yang paling comel dalam dunia di mataku dan en.asben...

Ambil gambar memang takdelah yang semenggah. Memang takde canlah nak ada gambar yang okey sikit kalau dengan budak sorang ni. Mesti ada aje spoilnya. Ini kira okeylah juga sebab tak masam mencuka. Tapi takpe, I like beribu-ribu kali juga. My one and only Azure Fatahillah tetap budak 8 tahun paling cute di hati mamanya.
I love you sayang. Happy 8th birthday.

Friday, April 22, 2011

Our wonderful Gift..

GOD granted my wish for having you,
and now through you GOD will give me another Gift...
Our wonderful Gift.. Thank you Allah.

Ayat yang di atas tu adalah sebahagian dari ayat dalam kad yang aku terima dari en.asben semasa aku mengandungkan anak sulungku Han. Kalau aku, selalunya lebih suka memilih kad yang penuh dengan kata-kata yang mengambarkan perasaanku. En. asben pula sukakan kad yang kosong. Makanya, kad dari en.asben untukku akan penuh dengan kata-katanya sendiri. Dan kata-kata yang ini sangat bermakna untukku dan sangat aku ingati sehingga kini. Thanks sayang.

Alhamdulillah, pada tanggal 22 April 1999, jam 9.05 minit pagi, aku selamat melahirkan bayi sulungku di Pusrawi Kajang. Kelahiran Han merupakan hadiah yang tak ternilai buat kami. Sekarang ini, Han lah satu-satunya anak perempuan kesayangan kami. Terima kasih Allah untuk anugerah yang indah ini. Hari ini genaplah 12 tahun umur Han. Terasa cepat  benar masa berlalu. (Tahun ini anakku akan mempunyai kad pengenalan sendiri).

Han suka sangat dengan tarikh hari lahirnya kerana ianya sama dengan tarikh Earth Day. Waktu dulu ada kempen satu kelahiran satu pokok oleh WWF. (Sekarang ada lagi ke? Aku tak pastilah pula). So, en. asben ada membelikan satu pokok untuk Han untuk ditanam sempena kempen itu di Bukit Jalil. Ianya merupakan hadiah hari lahir dan hari bumi untuknya. Ianya juga salah satu usaha untuk menyelamatkan bumi agar ianya kekal hijau. 

Happy "Bearthday" Han dari mama, ayah, adik & baby. Kami mendoakan segala yang terbaik buat Han. Semoga Han menjadi anak soleh yang beriman dan mendapat kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Semoga Han mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR nanti. All the best to you my dear darling. We all love u so much.

PS : Selamat Hari Bumi untuk semua juga.

Sunday, March 27, 2011

thirty five..

27 Mac 2011..

Alhamdulillah.. Terima kasih Allah untuk 35 tahun yang terindah ini. Terima kasih untuk kebahagian yang dinikmati. Untuk nikmat iman yang dikurniakan. Untuk rezeki yang sentiasa mencukupi. Untuk kesihatan yang diberi. Untuk kasih sayangMU pada hambaMU ini.  

Alhamdulillah.. bersyukur kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas di dunia yang sementara bersama insan-insan yang sangat istimewa. Bersyukur dikurniakan dengan seorang suami yang sangat mengasihi diri ini. Bersyukur dilahirkan dari rahim emak yang sangat dikasihi. Bersyukur pernah disayangi oleh arwah ayah yang sangat penyayang. Bersyukur dianugerahkan dengan 3 permata hati terindah yang menceriakan kehidupan ini. Bersyukur dikelilingi adik beradik, mertua, saudara mara, teman-teman dan kenalan yang baik budi.

Alhamdulillah.. Thank you Allah untuk 35 tahun yang terindah.. semoga terus di beri kesihatan yang baik, kemurahan rezeki, kebahagian hidup dan keberkatan umur hendaknya.. InsyaAllah.

Breakfast served by anak-anak pagi ini. Siap ada deco from bread & card lagi. Thanks sayang-sayang mama. Luv u all so much...

Sunday, February 20, 2011

Dah 7 tahun dah...

Hari ni dah 20 haribulan. Esok 21 Februari merupakan hari ulang tahun kelahiran anak bongsuku Az. Anak bongsu? Hmmm iye kot. Targetnya masa lepas kahwin dulu nak ada 4 orang anak sebelum masuk umur 30 tahun. Tapi sebab aku ni mabuk teruk masa mengandung, jadinya sampai 3 orang ajelah yang aku larat. Agaknya sebab dah ada anak lelaki dan perempuan, makanya aku boleh surrender dulu kot.

Aku memang mabuk teruk waktu awal mengandung. Masa mengandungkan Han dah mabuk teruk. Tapi sebab anak baru sorang, jadinya aku bertahan lagi. Waktu mengandungkan Is pula lebih teruk mabuknya. Tapi sebab dua orang mana cukup makanya aku cekalkan hati. Turn mengandungkan Az semakin teruk lagi. Aku memang masuk wad ketika mengandung sebab langsung tak boleh makan dan minum. Nasi langsung tak boleh nak sentuh. Asyik muntah saja sampai takde tenaga dan kena masuk air. Bayangkan masa mengandungkan Az, berat aku turun sebanyak 10 kg dalam masa 1 bulan. Memang susut betul badan aku masa tu. Sampaikan en.asben pun tak sampai hati nak tengok. Sebulan juga aku tak boleh pergi kerja. Lembik lesu sampaikan nak bangun pun tak berdaya.

7 tahun lepas aku selamat melahirkan Az di Kajang Plaza Medical Center. Alhamdulillah, ketiga-tiga orang anak aku disambut oleh doktor yang sama. Maknanya semua anak-anakku dah jadi orang Kajang. Seperti Han dan Is, aku tiada masalah semasa proses kelahiran. Dua jam berada di Klinik aku sudah selamat melahirkan. Sehingga ada yang mengatakan aku ni beranak macam kucing. Baru aje telefon kata nak masuk wad. Kejap lagi telefon maklumkan dah bersalin pula. Alhamdullillah Ya Allah kerana memudahkan segala urusanku. Alhamdulillah juga kerana en.asben tidak pernah ketinggalan untuk menemankan aku dan memberi semangat di labour room untuk menyambut anak-anaknya.

Mungkin sebab masa mengandungkan Az aku tak boleh nak makan nasi. Makanya Az juga sampai sekarang tak suka makan nasi. Rasanya dalam seminggu tu adalah sekali dia makan nasi. Itupun cuma sesuap dua. Puaslah paksa. Tapi dia memang taknak. Dia lebih suka makan roti dan oats. Dia tak heran langsung kalau hidang lauk sedap pun kat atas meja. Roti juga yang dia cari. Sebab itu jugalah stok roti memang tak pernah kering kat rumah aku ni.

Dah besar dah anak mama ni. Esok dah 7 tahun. Dah masuk darjah 1 pun. Sebab dia yang kecik makanya dialah yang paling manja denganku. Dialah yang masih peluk aku untuk tidur. Tapi manja-manja dia pun, dia pandai berdikari. Makanya aku lebih banyak kena beri perhatian pada abangnya Is. Han pula memang lebih rapat dengan en. asben. Biasalah anak perempuan sorang. Memang jadi buah hati ayahnyalah kan. Syukur sangat-sangat dikurniakan dengan permata-permata hati yang terindah ini. Thank you Allah.

Inilah buah hati mama, ayah, kakak dan abang. Happy birthday Az sayang. We all love u so much.

Wednesday, September 22, 2010

Apa ada dengan 22 September???

Awal-awal lagi kalendar dalam bilik aku sudah di tanda oleh Is, anak lelaki keduaku. Walaupun pastinya aku dan en.asben takkan punya akan melupakan tarikh ini tapi tetap juga dia mahu mengingatkan kami tentang tarikh harijadinya dengan caranya tersendiri.


Jadinya awal pagi juga masa dia belum bangun tido kami empat beranak sudah berdiri di tepi katilnya. Masa dia sedang terpisat-pisat waktu dikejutkan untuk solat subuh, kami semua pun telah 'menyumbangkan' lagu hepi besday untuknya terlebih dahulu.
Kad harijadi hasil kerastangan Han menyusul pula di tengah hari. Anak dara aku sorang ni memang suka buat kad sendiri untuk segala sambutan istimewa ni. Lepas tu suka pula main sorok2 kad tu kat mana2 untuk buat surprise. So tengah hari tadi lepas pura2 suruh Is naik atas kemas bilik terjumpalah oleh Is kad harijadnya itu di bawah bantal... (tempat febret sorok dia)





Pasal Flash & dash yang disebut-sebut dalam kad tu , serius aku pun tak tahu apa ke benda tu. Tapi katanya sejenis kete remote control. So malam tu kami kuar bawak depa pi Toy r us untuk belikan mende alah tu... Opps aku berangan.. mana ada toy r us dekat bbbangi ni. So aku cuma bawak pergi billion ajer. (tolong jangan gelakkan tempat shopping aku tu. Ok apa billion tu.. err ye ke ok??? he..he..)

Hah kan betul aku kata... billion tu ok... sebab flash and dash tu pun ada di jual di situ. Tapi dah sampai sana depa lebih berminat nak beli hok yang ini pula. Besar sikit katanya dan remote dan kete boleh letak dalam kotaknya untuk senang nak bawak ke mana-mana.. katanya.. Memandangkan harganya lebih kurang sama maka aku dan en.asben pun ikutkan ajerlah...

Amboi... sampai 2 hadiah besdaynya....
Oh tidak. Anak lelaki aku ada 2 orang. Jadi kalau beli satu alamatnya akan terjadinya perebutan. Makanya untuk mengelakkan kepeningan kepala aku melayan perebutan itu nanti terpaksalah kami membelikan untuk kedua-duanya..

Hmm.... semua puas hati. Happy birthday Abang. Mama, ayah, kakak & baby loves u so much sayang.. Semoga anakku menjadi anak yang soleh dan mendapat kebahagian hidup di dunia dan akhirat.. Aminnnn.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...