Alhamdulillah.. Terima kasih Allah untuk 35 tahun yang terindah ini. Terima kasih untuk kebahagian yang dinikmati. Untuk nikmat iman yang dikurniakan. Untuk rezeki yang sentiasa mencukupi. Untuk kesihatan yang diberi. Untuk kasih sayangMU pada hambaMU ini.
Alhamdulillah.. bersyukur kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas di dunia yang sementara bersama insan-insan yang sangat istimewa. Bersyukur dikurniakan dengan seorang suami yang sangat mengasihi diri ini. Bersyukur dilahirkan dari rahim emak yang sangat dikasihi. Bersyukur pernah disayangi oleh arwah ayah yang sangat penyayang. Bersyukur dianugerahkan dengan 3 permata hati terindah yang menceriakan kehidupan ini. Bersyukur dikelilingi adik beradik, mertua, saudara mara, teman-teman dan kenalan yang baik budi.
Breakfast served by anak-anak pagi ini. Siap ada deco from bread & card lagi. Thanks sayang-sayang mama. Luv u all so much...