GOD granted my wish for having you,
and now through you GOD will give me another Gift...
Our wonderful Gift.. Thank you Allah.
Ayat yang di atas tu adalah sebahagian dari ayat dalam kad yang aku terima dari en.asben semasa aku mengandungkan anak sulungku Han. Kalau aku, selalunya lebih suka memilih kad yang penuh dengan kata-kata yang mengambarkan perasaanku. En. asben pula sukakan kad yang kosong. Makanya, kad dari en.asben untukku akan penuh dengan kata-katanya sendiri. Dan kata-kata yang ini sangat bermakna untukku dan sangat aku ingati sehingga kini. Thanks sayang.
Alhamdulillah, pada tanggal 22 April 1999, jam 9.05 minit pagi, aku selamat melahirkan bayi sulungku di Pusrawi Kajang. Kelahiran Han merupakan hadiah yang tak ternilai buat kami. Sekarang ini, Han lah satu-satunya anak perempuan kesayangan kami. Terima kasih Allah untuk anugerah yang indah ini. Hari ini genaplah 12 tahun umur Han. Terasa cepat benar masa berlalu. (Tahun ini anakku akan mempunyai kad pengenalan sendiri).
Han suka sangat dengan tarikh hari lahirnya kerana ianya sama dengan tarikh Earth Day. Waktu dulu ada kempen satu kelahiran satu pokok oleh WWF. (Sekarang ada lagi ke? Aku tak pastilah pula). So, en. asben ada membelikan satu pokok untuk Han untuk ditanam sempena kempen itu di Bukit Jalil. Ianya merupakan hadiah hari lahir dan hari bumi untuknya. Ianya juga salah satu usaha untuk menyelamatkan bumi agar ianya kekal hijau.

Happy "Bearthday" Han dari mama, ayah, adik & baby. Kami mendoakan segala yang terbaik buat Han. Semoga Han menjadi anak soleh yang beriman dan mendapat kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Semoga Han mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR nanti. All the best to you my dear darling. We all love u so much.
PS : Selamat Hari Bumi untuk semua juga.
PS : Selamat Hari Bumi untuk semua juga.