Aku bukanlah seorang yang punya gerak hati yang kuat. Tapi dengan dia, gerak hati aku selalu betul dan begitu kuat.. Siapa dia ni dalam hidup aku???
Aku mula mengenali dia sejak umurku 10 tahun. Melalui kenakalan zaman remaja bersama. Kami bersahabat baik sehingga ke hari ini. Walau jarang berjumpa, walau sesekali berhubungan namun hubungan kami tetap rapat. Masih erat dan gerak hatiku dengan dia memang masih kuat dan selalunya tepat. Sudah takdirNya..
Pernah suatu hari aku bermimpi dia menangis teresak-esak bagaikan sedang dalam kesedihan yang amat sangat. Esoknya aku terus menghubungi dia. Bertanya tentang keadaanya. Ternyata memang dia sedang dalam kesukaran menghadapi konflik kehidupannya. Aku tumpang sedih dan simpati. Sebagai kawan aku menyokong apa saja keputusannya kerana aku pasti dia lebih tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Dan aku selalu doakan yang terbaik untuknya.
Seminggu lepas hampir setiap hari aku teringat padanya. Entah mengapa aku terasa yang dia sudah jauh dariku. Untuk kepastian aku cuba menghubunginya. Hampir tiap hari juga sepanjang minggu itu. Namun dari nada taliannya aku dapat agak yang taliannya sedang berada di luar negara. Menurutku mungkin dia sedang bercuti. Ini kerana memang selalu dia bercuti ke luar negara. Sudah kebiasaannya. Maka aku tangguhkan dulu panggilan seterusnya.
Ma, ada sms untuk u... tidurku dikejutkan oleh en.asben. Ada message dari nombor panjang yang tentu sekali tidak aku kenali. Tanpa mengenalkan diri, aku tahu message itu dari dia. Dia yang memang sudah jauh dariku. Dia yang sudah berada di negara orang pada saat ini untuk tempoh yang mungkin agak lama. Dalam gembira ada sedihnya disebalik itu.
