Hari tu ada pergi ke blog seorang teman blogger ni. Kat blog dia ada mentioned yang impian dia nak berbulan madu kat dalam star cruise. So aku pun voice out kat shoutmix dia yang aku pun berbulan madu kat dalam star cruise jugak. Beberapa minggu sudah dia ada tinggalkan msg kat shoutmix aku macam kat bawah ni...
So tergeraklah hati ini nak bercerita pasal honeymoon aku di laut biru yang dah basi itu. Tapi basi-basi pun kenangan terindahnya tetap tersemat indah disanubari aku sampai kini. Pada aku memang best sangat.
Sebenarnya aku mahupun en.asben tak pernah pun menyimpan impian untuk berhoneymoon kat dalam star cruise tu. Segalanya secara kebetulan. Dua tiga bulan sebelum wedding, aku dengan en.asben ada pergi ke Matta Fair kat Mines. Entah kenapa dalam banyak-banyak tawaran percutian yang menarik, percutian yang ditawarkan oleh star cruise pula yang menarik hati kami. Tak fikir panjang en.asben terus book percutian tu. Sebenarnya nak booking cruise to no where.. which is cruise yang stay kat tengah laut ataupun cruise to Singapore. Tapi memandangkan waktu tu cuma en.asben aje yang ada passport so tak dapatlah kami ambik trip yang itu. Jadinya kami pun memilih cruise ke Langkawi saja. Dah nama pun honeymoon kan, so en.asben dengan murah hatinya booking suite for us instead of deck room. Memang terbaiklah en.asben. Walaupun waktu tu terasa semacam jugak sebab belum kahwin lagi dah siap-siap booking 1 bilik untuk kami berdua. Tapi sebab aku tahu semuanya itu untuk selepas kahwin so aku cool lah jugak. Ingat yer, booking satu bilik untuk yang bukan muhrim adalah untuk selepas kahwin saja. Jangan nak mengada share2 bilik sebelum kahwin. Itu namanya sesaja nak cari nahas.... Jangan nak buat pasal.
Kami naik trip tu dari Port Klang. Rasanya dalam pukul 4 ke 5 petang dah naik atas kapal. Tapi pukul 8 malam kot baru kapal mula bergerak. Crew kapal mostly orang Filipina. Memang bestlah pengalaman naik kapal besar tu. Dalam kapal tu rasa macam kat dalam mall yang besar. Sebab segalanya ada. Dari panggung wayang, restoran, kedai-kedai, klinik dan macam-macam lagi semuanya ada. Ada gim dan swimming pool jugak. Kasino pun ada jugak. Itu yang buat kita orang cuak juga. Iyelahkan, manalah tahu sebab kasino kat atas tu buatkan kapal tu karam ke apa ker sia-sia ajer terbabit sama. Tapi Alhamdulillah, percutian kami itu tiada musibahnya. Terima kasih Allah. Sebelum kapal bergerak, ada dijalankan latihan kecemasan dulu. Semua orang kena pergi ikut laluan yang di arahkan dengan pakai jaket keselamatan menuju ke arah sampan-sampan kecil yang tersedia kat sebelah tepi kapal. Masa ni lagi rasa macam citer titanic masa nak naik sampan kecil yang banyak tersangkut kat tepi-tepi kapal tu. Tapi idaklah naik sampan tu. Cuma mereka tunjukkan kat mana kita harus pergi in case ada berlakunya kecemasan. Masa kapal mula bergerak, ramailah yang menebeng kat tepi kapal termasuk aku dok lambai-lambai kat jeti. Padahal bukannya ada sesiapa pun yang aku nak lambai.. Ha..ha.. saja ambil feel citer titanic...
Pagi esoknya kapal berlabuh kat langkawi. Yang tak bestnya aku mabuk laut. Aduh rasa pusing semacam. Lepas makan pil untuk mabuk laut tu, tidur kejap baru rasa ok. Barulah dalam menjelajah ke sekeliling kapal sambil tengok laut yang hijau mambiru. Untuk pil tu korang tak yah risau nak bawak. Kat dalam tu memang ada disediakan. Korang cuma perlu minta di kaunter saja. Ini tips untuk sesiapa yang nak bercuti dalam kapal tu. Makan memang mewah kat dalam tu. Rasanya masa tu dia orang provide sampai 4 kali makan. Which is breakfast, lunch, tea time and dinner. Masa dinner adalah orang yang main gitar and biola datang kat satu meja ke satu meja untuk hiburkan kita. So kita boleh request nak lagu apa untuk dia orang mainkan. Masa tu aku request lagu hotel california... ha..ha.. korang jangan gelak yer.. aku memang suka lagu tu. Sangat romantik bila dinner atas kapal and ada orang mainkan music macam tu untuk kita sambil nyanyi. Lepas makan boleh lepak-lepak kat atas dek sambil tengok laut, bintang, bulan. Kalau tengok balik gambar-gambar lama tu memang terkenang-kenanglah. Maaf yer, aku tak boleh share sebab waktu tu aku masih free hair. Sekarang dah bertudung jadi tak sesuai nak tunjuk gambar-gambar lama.
Sebab kami booking trip tu masa Matta Fair jadinya kami dapat complimentary gift untuk berjalan sekeliling Langkawi secara percuma. Lepas tu naik kapal untuk balik semula ke Port Klang. Itu yang untungnya. Dahlah dapat discount yang superb. So inilah serba sedikit cerita aku dan star cruise 12 tahun lepas. Kalau korang naik and pengalamannya lain sikit aku tak tahulah yer. Sebab ini pengalaman aku and en.asben dulu.