Monday, July 5, 2010

Penantian yang menyiksakan

Sejak 2 minggu ini aku memang menjadi seorang penunggu. Peti surat yang tidak pernah ku jenggah selama ini menjadi tempat tumpuan utama setiap kali pulang dari kerja. Selalunya aku memang tidak pernah ambil kisah untuk membeleknya. Ini juga adalah kerana emak yang selalu rajin tolong mengambilkan surat setiap kali ada posmen yang berhenti di hadapan rumah kami. Maklumlah emak sentiasa berada di rumah, jadi jadual posmen yang datang sudah berada di dalam pengetahuannya.
Bunyi telefon bimbit akan sentiasa membuatkan hatiku berdebar2. Bila nombor yang tertera adalah dari nombor yang sudah didaftar aku akan melayaninya seperti biasa. Tapi kalau nombor yang yang tertera adalah nombor baru yang tidak pernah ku terima maka akan berdegup2 jugalah jantungku sebelum menjawabnya.
Namun sehingga hari ini masih tiada lagi surat yang aku tunggu2 itu masuk ke peti surat rumahku. Panggilan telefon yang aku nanti2kan juga masih belum aku terima untuk melayaninya. Bilalah agaknya akan ku terima ye...

Aku tunggu apa? Hmm... nantilah aku cerita

Tapi yang pastinya benarlah penantian itu suatu penyiksaan...
Ianya memang cukup menyiksakan.

2 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

BSB nie pun dah jadi siksa nak menunggu apa yg Hanis tunggu.

Hanis Azla said...

InsyaAllah.. ada rezeki nnt saya share bersama yer..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...