Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. beberapa hari ini kesihatanku mula beransur baik setelah diserang demam hampir 2 minggu. Yang demam bukan saja aku, malah 9 orang dari 11 orang ahli keluargaku turut diserang demam juga. Terasa besarnya ujian untuk kami bila seorang demi seorang diserang demam denggi dan demam panas. Namun aku tetap bersyukur. Semoga sakit yang datang menjadi penghapus dosa-dosa kami sekeluarga hendaknya.. In sya ALLAH. Ya ALLAH, bila sakit terasa betapa nikmatnya nikmat sihat itu. Bila sakit semua perkara jadi terbatas. ALLAH.. pada waktu itu terasa nak sangat cepat-cepat sihat agar segala urusan ibadat dan urusan harian dapat berjalan seperti biasa. Tak bestnya bila tak sihat. Waktu cuti CNY tu sihat aje semuanya. Elok aje cuti CNY berakhir, Az diserang demam. Mujur waktu itu sekolah masih lagi bercuti. Aku pula dah mula kerja dengan badan yang dah rasa tak sedap. Risaukan Az yang demam di rumah. Tapi aku sendiri pun dah rasa nak demam di pejabat. Tengah hari konon balik nak tengok Az yang demam. Sudahnya aku sendiri yang tergolek demam dalam bilik. Masuk pejabat semula selepas waktu rehat badan dah mula seram sejuk. Terasa lamanya nak tunggu waktu balik. Dalam menunggu tu terpaksa juga baring berselubung sekejap di surau sebab badan dah mula mengeletar waktu tu. Nak duduk kat meja pun dah rasa tak terlarat sangat. Sampai terpaksa asyik duduk kat tangga luar ofis sebab tak tahan sejuk dengan aircond ofis.
Balik aje rumah petang tu terus ajak Az baring sama-sama kat dalam bilik mama. Senang sikit aku nak pantau dia yang tengah demam. Maka, tergoleklah kami sama-sama dua beranak. Semua benda nampak warna oren aje. Mungkin panas dalam kut. Dalam berselubung call en.asben minta tolong tapaukan makanan untuk anak-anak sebab aku dah tak terlarat nak bangun masak. Urusan anak-anak tuisyen malam tu pun semua en.asben yang uruskan. Az yang demam memang tak pergi tuisyenlah malam tu. Malam tu demam Az dah berkurang sikit. Tapi demam aku semakin meningkat pulak. ALLAH. Tengah malam tu badan aku jadi panas sangat. Sampai mengerang. En.asben siap bangun tolong ambilkan ubat. Lepas tu balutkan badan kepala dengan kain basah. Lapkan badan dengan kain basah. Sekejap-sekejap bangun basahkan lagi kepala dengan badan aku dengan air. Mungkin waktu tu badan aku panas sangat kut. Pakej dengan batuk yang sakit dada dan selsema tak boleh nak nafas sekali. ALLAH. Bangun pagi dah rasa segar sikit. Mungkin sebab dah sepanjang malam en.asben balutkan badan dan kepala dengan kain basah. Tapi aku tak pergi ofis sebab Az masih demam.
Menjelang tengah hari demam Az dah makin pulih. Tapi demam aku kembali meningkat pulak. Sudahnya tergolek lagi aku berselubung dalam bilik yang kononnya cuti nak jaga anak demam tu. Esoknya demam Az dah kebah. Aku pulak rasa macam dah OK sikit. Tapi masuk ofis badan rasa longlai dengan kepala dah rasa sakit. Waktu solat dhuha kawan-kawan aku dah risau sebab rasa macam lama sangat aku kat surau. Siap datang cari kat surau sebab dia orang risau kut-kut aku jatuh ke apa. (TQSM Kawan-kawanku yang budiman). Turun kat meja semula dia orang suruh aku terus ke klinik aje. Call bos beritahu nak pergi klinik. Alhamdulillah.. sampai klinik tengah lengang. Tunggu sekejap dah boleh terus jumpa doktor. Sebab dah 3 hari demam doktor check darah sekali. Hmmmm.. waktu tu bacaan darah putih dah turun. Platlet pun dah semakin menurun. So, doktor memang suspect denggilah. Minta datang esoknya untuk ambil darah semula. Baliknya memang terbaringlah aku lagi kat bilik. Petangnya nak kena ke Rawang pulak sebab pakcik aku ada buat kenduri arwah untuk arwah adikku. Esoknya anaknya kahwin. Tak pergi rasa tak best pula. Maka gigihlah juga gagahkan diri packing baju anak-beranak semua. Toto bantal semua minta anak-anak tolong siapkan. Pertama kali aku packing baju main campak-campak aje dan minta anak-anak aje yang ambil baju sendiri sebab aku dah tak terlarat dah.
Malam tu makan kenduri pun aku sumbat-sumbat aje sebab takut perut masuk angin. Lidah langsung tak rasa sebab sakit tekak campur batuk dengan selsema. Malam tu kami tidur di homestay kat Rawang yang pakcik aku dah sediakan. Terasa panjang betul malam tu bila demam datang lagi. Batuk pulak macam tak berhenti-henti. Bangun pagi lidah rasa kering sangat. Bila tengok kat cermin dah putih dah semua lidah. tinggal kat tengah-tengah lidah aje yang masih ok. Mungkin sebab badan panas sangat sampaikan lidah pun jadi kering. ALLAH. Terus minta en.asben keluar belikan air. Tapi nak minum air yang manis-manis aje. Air kosong memang tak lalu langsung nak minum. Air manis tu lalu juga nak minum. Itu pun paksa habiskan berbotol-botol air sebab nak sangat sihat. Konon tidur di Rawang biar pagi-pagi dapat pergi kenduri pakcik aku. Tapi tengah hari juga baru kami sampai sebab aku tak larat sangat. Anak-anak semua main siap sendiri aje. Aku pulak sambung tidur. Kejap kat luar. Kejap kat dalam bilik sebab nak selesakan badan. Gigih makcik aku tolong picitkan kepala dan urutkan badan. Orang lain bersembang aku mampu dengar aje. Nak menyampuk pun tak larat.
Kat kenduri aku duduk aje kat sebelah emak yang tolong jagakan beg emak pengantin. Dalam demam rasa seronok juga sebab semua keluarga ada duduk berkumpul. Tok aku pun ada juga. Jadi nak baring kat atas rumah pun rasa tak best. Sebab nanti tak dapat jumpa kaum keluarga dan sanak saudara yang datang. Jadi duduk ajelah kat bawah khemah dengan keluarga yang ramai-ramai tu. Kejap rasa OK. Kejap rasa mamai. ALLAH. Lepas kaum keluarga dah ramai yang balik dan Tok aku pun dah balik kami sekeluarga pun ikut balik jugak. Tak daya dah nak tunggu lagi. Balik Bangi aku terus pergi klinik untuk chech darah lagi. Platlet dan darah putih semakin rendah. Doktor confirmkan kata denggi. Huhu.. Aku pernah kena denggi dulu. Jadi aku tahu macam mana sakitnya. Jadi sebelum kena sakit macam dulu aku paksakan diri minum air banyak-banyak. Makan pun walau tak selera aku paksa diri untuk makan sebab takut sakit perut. Sebab waktu kena denggi dulu perut rasa macam hilang sebab asyik muntah aje. Jadi kali ni aku jadi takut sangat. Sebelum kena sakit perut dan muntah-muntah aku paksa minum air banyak-banyak dan paksa makan juga. Tapi bila dah banyak minum memang asyik ke toilet ajelah. Syukur doktor tak suruh warded. Kalau tak jenuh nak mengangkut batang drip air tu ikut masuk toilet sekali. Sebab aku tahu denggi kalau nak baik kena banyak minum air dan kena banyak kencing jadi aku redha ajelah minum air banyak-banyak dan berulang ke tandas.
Pagi ahad minta emak buatkan air daun betik. Gigih emak pergi cari daun betik kat pasar. Dah rebus bagi aku minum. Pahit betul rasanya tapi minumlah juga sebab nak sihat. Alhamdulillah.. hari isnin masa check darah platlet dan darah putih bacaannya mula naik sikit. Tapi masih lagi rendah. Doktor terus hantar result darah untuk confirmkan denggi. Sebab takut kalau kena virus yang lain pulak ataupun takut denggi berdarah. Dengan aku yang masih demam emak dengan anak buah aku Hafiy kena demam jugak hari isnin tu. ALLAH.. risaunya tak tahu nak cakap. Alhamdulillah.. hari selasa dapat result confirm bukan denggi walaupun dah empat hari kena berulang ambil darah dah ditreat sebagai pesakit demam denggi. Syukur. Tapi waktu ni Fareez pulak demam. Sepupu aku yang duduk dengan emak pun demam juga. Dialah harapan aku untuk tengok-tengokkan emak dan anak-anak buah waktu aku demam tu. Bila dia pun demam juga aku tahu aku kena kuatkan diri. Hari rabu aku check darah lagi platlet dan darah putih ada kenaikan lagi. Sebab badan masih lemah doktor bagi sekali vitamin untuk tambah tenaga. Emak dengan anak buah masih demam. Dari seorang jadi tiga orang pulak anak buah aku demam.
Hari khamis aku dah masuk kerja. Petang tu dengan kepala masih ting-tong bawak juga anak-anak buahku pergi check darah kat klinik kesihatan sebab dah empat hari demam tak baik-baik. Hafiy dengan Firhan confirm denggi huhu.. Emak aku pun waktu tu badan masih panas lagi. Tapi gagah juga nak temankan dan bawak cucu-cucunya pergi check darah. Kesian emak. Hari jumaat petang lepas kerja aku bawak dia orang pergi check darah lagi. Platlet dengan darah putih makin turun. Waktu tu gegirl pun dah demam
jugak. Memang complete empat-empat orang anak arwah adikku semuanya
kena demam. Lagi kesian kat emak aku. Dalam demam kena jaga cucu-cucunya yang
demam juga. Sedih sangat rasa waktu tu sebab aku sendiri tak dapat nak
banyak tolong. Malam sabtu tu memang melepek semua orang kat ruang tamu rumah aku. Panas pulak badan semuanya. Emak yang demam memang dah tak larat dah. Jadi aku yang baru baik demam terpaksalah kuatkan diri. Memang malam tu aku tak tidur sebab lapkan badan dia orang bergilir-gilir. Bila panas sangat kejutkan bagi makan ubat. Malam ahad abang-abang nampak dah ok sikit. Badan dah tak panas sangat lagi. Tapi gegirl pula semakin panas badannya siap dengan pakej muntah-muntah juga. Aku dengan en.asben bawaklah pergi klinik. Malam tu dia asyik menangis aje sebab badan tak sedap. Dahlah jenis susah nak makan ubat. Memang tak hilanglah panasnya. Malam tu tak tidur juga aku sebab asyik lapkan badan gegirl yang panas sangat-sangat tu. Nak tidur pun jadi tak boleh tidur sebab risau sangat bila badan dia panas sangat. Hari ahad papa dia orang datang ambil bawak ambil darah. Memang aku cover tidurlah satu hari tu.
Hari isnin Han pulak badan dah panas. Malam tu tak pergi tuisyen. Tapi hari selasa dia pergi sekolah juga. Malam tu demam lagi. Gegirl pun demam tak kebah lagi. Semalam Han tak pergi sekolah. Demam tak baik lagi. ALLAH risau sangat. Ayah mertua aku pun tak sihat. Batuk sampai hilang suara. Malam tadi kami pergi melawat sekejap. Sedih sangat tengok sebab ayah jarang-jarang sakit. Bila sakit tu badan nampak letih sangat. Malam tadi tengok gegirl dah sihat dah. Firhan nampak lemah lagi. Hanum pun hari ni dah sekolah. Nampak dah sihat sikit. Ya ALLAH.. semoga ALLAH beri kesembuhan buat kami semua.. In sya ALLAH. Itulah kisah kami sekeluarga yang diserang demam. Kiranya yang tak kena demam cuma en.asben dengan Is aje. Semoga mereka terus diberikan kesihatan yang baik hendaknya in sya ALLAH.
Salam hormat untuk semua. In sya ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.
3 comments:
Assalammualaikum kak..
saya yang baca ni pun rase penat sebab semua sambung menyambung demam nyer..bukan demam biase pulak tu..
harap berterusan sihat-sihat akak sekeluarga.
Sekarang ini macam2 virus sebab tu risau mula2 mungkin demam biasa tetapi lama-kelamaan dah jadi demam virus serang hati, serang paru-paru dan organ dalaman yg lain tu yg risau sangat. Apapun alhamdulillah Fea sekeluarga dah sihat.
Allahurobbi... kalau dah jangkit dari satu ke satu pasti terasa besarnya ujian Allah berikan. Mujur jugalah en husband Hanis sihat. Ada hikmahnya juga kalau tak siapa lagi nak handle kan..
Harap-harap semuanya terus sembuh dan en abe Hanis dan Is juga kalau boleh jgn ambil giliran demam pulak.
Post a Comment