
Alhamdulillah, hari sabtu lepas anakkku Is dah selamat berkhatan bersama-sama dengan sepupunya. Sepatutnya tiga orang sekali termasuk anak bongsuku Az. Tapi di saat akhir dia menarik diri pula. Takpelah, dia pun kecil lagi. Baru enam tahun. Dua tiga tahun lagi pun masih boleh tunggu untuk berkhatan. Jadi tiada paksaan dari aku mahupun en.asben.
Masa nak pergi klinik tu punyalah excited Is dan sepupunya. Tergelak sakan bila kena pakai kain pelikat ke klinik. Sampai klinik pun punyalah relax. Langsung takde tanda-tanda gabra. Tanda-tanda takut mahupun pucat pun takde. Bangga aku bila lihat anak lelakiku seberani itu. Tapi mungkin juga nak cover macho sebab semua anak-anak lain yang menunggu giliran juga kelihatan cool sepertinya.
Disebabkan bilik rawatan untuk berkhatan itu sempit maka ibu bapa tidak dibenarkan masuk sama sewaktu proses berkhatan di lakukan. Jadi en.asben hanya menunggu di luar. Tapi boleh pula masa Is nak berkhatan tu, ada kontraktor datang nak betulkan tombol pintu bilik rawatan. Jadinya pintu bilik rawatan itu pun merenggang sedikit. Ish.. spoil betullah. Tapi dapatlah juga en.asben ambil gambar sesnap dua bila pintu bilik merenggang sebegitu. Ha..ha... ambil kesempatan lagi.
Keluar dari bilik rawatan pun punya selamba. Dalam mulut siap ada lolipop lagi. Langsung tak nangis. Laju aje jalan. Naik kereta pun boleh naik sendiri. Wah.... Tapi setengah jam lepas tu masa kat rumah bila ubat bius dah hilang kesannya barulah dia mula menangis. Beria pulak tu. Bila dia dah menangis, sepupunya pun apa lagi, terikut samalah. Aduh gamatlah kejap kat rumah aku. Dahlah kita orang plan nak buat kenduri doa selamat sikit malam tu. (Kenduri itupun memang dia yang request. So takkan aku taknak buat pulakkan)
Mana nak layan dia orang mengerang kesakitan. Bab menangis pun tak sudah lagi. Mana nak pergi pasar. Mana lagi nak masak. Aduh, nak cancel kenduri, jiran-jiran dan saudara mara terdekat dah dijemput. Jadi nak taknak kenalah juga handle semuanya sebaik mungkin. Selepas makan ubat, tidur kejap, layan game, layan coklat barulah okey. Lega rasanya.
Alhamdulillah, majlis kenduri doa selamat malam itu pun berjalan lancar seperti yang dirancang. Meriah rumah aku dengan kehadiran keluarga aku dan en.asben juga jiran-jiran terdekat.
Oh ye, pagi tu sebelum ke klinik aku belikan nasi lemak ayam berempah untuk anakku bersarapan. Sambil makan Is menyoalku. Ma, nanti kena berpantang makan ni dua bulan kan?? Ha..ha.. tergelak aku mendengarnya. Dua bulan tu untuk berpantang lepas bersalin. Berpantang untuk berkhatan ni cuma sampai baik saja. Tak perlulah sampai dua bulan. Lawak betullah anak aku ni.