Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. Semalam keputusan UPSR dah keluar. Tahniah buat anak-anak yang berjaya mendapat 5A, 4A, 3A, 2A, 1A atau apa-apa keputusan pun. Tak kiralah apa pun keputusannya, yang pastinya semua anak-anak, guru-guru dan ibu bapa sudah berusaha sebaiknya. Yang berjaya terus mantapkan usaha tanpa perlu mendabik dada. Yang tidak berjaya boleh berusaha lagi tanpa perlu bersedih sangat. Apa yang penting jangan berputus asa dan jangan terus merasa selesa dengan setiap pencapaian kita. Keputusan yang baik selalunya sangat sinonim dengan ganjaran. Bagi budak-budak zaman sekarang ni lah. Zaman kita dulu takde pun macam tu sangat. Macam Han tahun lepas nak ke USS. Dah tercapailah hajatnya. Is pulak tahun depan. Untuk memberikan semangat aku adalah beritahu ganjaran yang akan aku berikan. Walaupun ianya menarik bagiku tapi ianya tetap tidak sepenuhnya menaikkan semangat Is.
Semalam bila tengok ramai pelajar yang dapat keputusan cemerlang kat tv aku tanyalah pada Is, tak teringin ke nak dapat macam tu. Dengan muka tak bersemangat dia kata nak. Bila dia cakap nak aku cakaplah, kalau nak berjaya macam tu abang kenalah usaha. Kena lebih rajin. Dengan muka nak taknak juga dia angguk. Malam tadi juga ada program apa entah kat tv bercakap perihal anak-anak. So aku dengan en.asben pun buka topik pasal berusaha untuk berjaya pada Is. Orang lain semua dah tidur jadi dia seorang sajalah yang kena dengar sebab masa tu dia tengah buat latihan matematik. Lepas dah cakap-cakap en.asben cuba nak bagi semangat berupa ganjaran. Kalau abang buat betul-betul dan berusaha untuk dapat keputusan yang baik, nanti ayah akan belanja abang kat semua kedai aiskrim yogurt dan cool blog yang ada kat bangi ni selama sebulan lepas dapat result. Abang sebut aje any flavour. Kalau tiap-tiap hari pun takpe sebab nanti ayah akan belikan. Waktu tu, bukan main bersemangat lagi muka Is. Muka dia memang seronok habis. Buat latihan pun nampak bersungguh sikit dari biasa. Sebab dia memang selalu teruja bab benda tu semua. Pantang lalu kat depan kedai snowgurt ke TF ke dan segala kedai yogurt atau cool blog memang mulut dia yang akan sebut dulu he..he..

Harap-harap ganjaran yang dijanjikan akan menyuntik semangat untuk dia lebih berusaha. Sebelum ni ganjaran aku ialah nak bawak dia pergi main ski kat Beijing kalau ada rezeki dengan izin Allah. Sebenarnya aku yang nak sangat bawak anak-anak pergi ke tempat tu. Kiranya ganjaran tu dah macam ganjaran untuk aku. Makanya semangat akulah yang lebih berkobar dari semangat dia he..he.. Aku rasa semua ibu bapa mahu lihat anak-anak mereka berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Kalau tak dapat pun kita sendiri tahu potensi diri anak-anak kita kan. Sebab kecemerlangan diri anak-anak bukan semata-mata terletak pada keputusan peperiksaan saja. Tapi sebagai ibu bapa dah jadi tanggungjawab kita untuk memastikan anak-anak kita cemerlang dalam semua bidang. Ganjaran hanya sekadar pemangkin untuk kita dan anak-anak lebih berusaha.
Salam hormat untuk semua. Take care.