Showing posts with label Raya Haji 2012. Show all posts
Showing posts with label Raya Haji 2012. Show all posts

Monday, October 29, 2012

Gua Tempurung...

Assalamualaikum...
 
Pada pagi hari raya aidiladha, sebelum subuh kami berangkat pulang ke rumah Tok di Taiping. Walaupun jalan tak sesak tapi kereta agak banyak juga di sepanjang highway. Kami singgah di Ipoh untuk solat sunat hari raya. Masjid Kg. Sengat kalau tak silap aku. Ramah-ramah aje makcik-makcik tu menegur sebab perasan agaknya kami ni orang luar. Sampai rumah Tok pukul 10 pagi. Lepas kenyang makan ketupat rendang terus ambil bantal dan sambung tidur. He..he.. masing-masing mengantuk semuanya. Bila pakcik aku datang barulah kita orang bangun. Lepas solat jumaat barulah kita orang pergi menziarah rumah saudara mara. Makan-makan lagi. Best...best..
 
Esoknya, pagi-pagi juga lagi kami dah bertolak balik. Sebab MIL ada buat korban dan kenduri di kampung kat Sabak Bernam. Singgah kejap kat Ipoh hantar emak aku kat rumah abangnya. Dijamu pulak dengan pulut jagung. First time aku makan. Sedap. Bertambah-tambah anak aku makan. Aku aje segan nak tambah he..he.. Nak ke Sabak Bernam kami ikut jalan lama aje. Lepas Gopeng menghala ke Kampar, anak-anak dah nampak sign Gua Tepurung. Terus request ajak singgah. Aku dengan en.asben yang tak pernah sampai tempat tu pun terus aje approve. Jom kita singgah kejap. Padahal mula-mula tu keluar pagi dari Taiping sebab nak sampai awal kat Sabak Bernam. Tapi boleh jugak singgah tempat lain pulak kan he..he..
 
Ada banyak pakej tour yang disediakan. Ada wet tour  dan dry tour yang boleh dipilih. Tapi untuk pakej basah tu kena datang awal sebelum 12 tengah hari. Kena bawak baju spare juga sebab kena meredah anak sungai nak merangkak dan mengelongsor kat dalam tu.  Kita orang ambil pakej yang paling singkat masa perjalanannya. 40 minit pergi balik. Sangat sesuailah untuk orang yang tergesa-gesa dan tak rancang apa-apa. Harga tiket rm6 untuk dewasa dan rm2.50 untuk kanak-kanak untuk pakej tu. Kalau tak silap aku, pakej yang paling mahal pun cuma rm22 aje. Sangat berbaloilah harganya. Sebab tak plan nak masuk gua bagai, dengan wedges aku meredah ke dalam. Stylo tak stylolah aku he..he.. Masuk aje dalam pintu gua terus mulut ni tak berhenti memuji kebesaran ALLAH. Subhanallah... cantik sangat kat dalam tu. Gua yang sudah berusia lebih dari 400 juta tahun. MasyaAllah.. cantik sangat. Pengalaman yang indah buat kami sekeluarga.
 
Perjalanan dalam satu kumpulan dalam 20~30 orang kut. Ada seorang tour guide yang akan menunjukkan jalan dan memberi penerangan  tentang gua tersebut. Kat dalam tu sejuk. Ada lampu kat dalam tu. Tapi tidaklah terang benderang. Kat dinding-dinding batu tu adalah terbentuk imej seperti obor-obor, mata, muka anjing, katak dan beberapa objek lagi. Dengan stalagtit dan stalagmitnya. Ada juga tinggalan aktiviti melombong bijih timah di situ. Laluannya pun nampak teratur. Berpeluh jugalah nak naik tangga kat dalam tu. Tinggi juga untuk sampai ke atas. Tangganya pun agak curam. Aku yang gayat ni seram jugaklah nak pandang anak sungai kat bawah tu. Az lagilah gayat. Sampai berkedut baju aku dia dok pegang. Sudahnya hilang terus gayat aku sebab nak layan gayat dia yang lagi over dari aku. En.asben pun tak kuasa nak layan aku punya gayat he..he.. Sudahnya tak dapat aku nak ambil gambar sebab nak pegang Az. Tapi adalah sikit-sikit yang boleh dikongsi.
 
 Alhamdulillah... kami dah sampai ke Gua Tempurung..

Sebelum masuk ke dalam. Tunggu orang-orang lain yang akan masuk bersama.. 

 Entrance Gua Tempurung..

 Kat dalam tu... Sori eh.. tak dapat nak kongsi gambar-gambar yang cantik-cantik kat dalam tu. Ini aje gambar yang ada..
 
Gelap okey kat dalam tu. Sampai kan tak perasan yang kami dok pose sebelah tong sampah hu..hu.. Tengoklah muka Az yang cuak sebab gayat. Lepas dah turun dan keluar dari gua dia cakap, ma.. kenapa kaki bi mengeletar lagi. Aku gelak aje sebab kaki aku pun sama.. he..he..
 
Salam hormat untuk semua. Have a nice day. 

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...