Wednesday, September 14, 2011

Kehilangan wali kami, Acik tersayang..

Acik Mustapha, adik arwah ayah mempunyai 3 orang anak lelaki. Kalau diikutkan, tak merasalah Acik untuk menjadi wali untuk menikahkan anak-anaknya kerana kesemua anaknya lelaki. Namun sudah rezeki Acik, dengan ketiadaan arwah ayah, Acik mengambil alih tempat arwah ayah untuk menjadi wali kepada kami 3 beradik. Terima Kasih banyak Acik, orang penting dalam urusan pernikahan dan majlis perkahwinan kami.

Petang isnin, dapat berita yang Acik dimasukkan ke ICU, SJMC. Malam itu pula ada solat hajat untuk pelajar UPSR di surau kawasan rumah selepas solat maghrib. Makanya agak lambat juga baru kami ke hospital. Cadangnya mahu menunda sehingga esok, namun terasa berat sangat hati ini untuk bertangguh. Sudahlah adik-adikku tiada di sini kerana bercuti ke Langkawi. Jadinya terasa tanggungjawab untuk melawat Acik pada malam itu perlu aku tunaikan juga.

Penuh tempat menunggu ICU dengan tetamu yang ingin melawat Acik. Hampir ke 10 malam, tetamu masih tak berhenti datang. Dan aku masih tak dapat menjengguk Acik sebab terpaksa menunggu giliran untuk orang yang lebih awal masuk dahulu. Pukul 10 malam shift bertukar. Pelawat tidak di benarkan melawat waktu itu. Kalau diikutkan waktu melawat di ICU SJMC sehingga ke pukul 10 malam saja. Ada yang terus pulang. Namun aku masih terus menunggu.

Alhamdulillah,  ada juga rezeki aku untuk menjengguk Acik malam itu. Mungkin dengan kondisi Acik, kaum keluarga dan sahabat handai diberi perlepasan. Aku masuk bersama en.asben dan anak Acik. Emak sudah masuk dahulu sebelum itu. Sebaknya melihat Acik waktu itu. Acik nampak sakit dengan komplikasi jantung, buah pinggang dan hati. Aku cium tangan Acik. Alhamdulillah, dalam separa sedar dia masih mengenaliku. Along, Acik menyebut namaku. Hanya beberapa minit kami di dalam kerana mahu Acik berehat. Sepanjang malam sehingga ke pagi aku teringatkannya.

Tengah hari semalam dapat berita Acik sudah dijemput Ilahi. Bergegas kami pulang dari ofis. Kami ke rumahnya di Subang Jaya, ke masjid Al-Ehsan Subang untuk solat asar dan solat jenazah dan turut menghantar jenazah ke kubur di USJ22. Hari ini aku sudah kehilangan pakcik tersayang. (Acik ni pengasas JM Bariani dan francaisnya bersama anak-anaknya.) Adik beradik arwah ayah sudah tiada lagi kesemuanya. 

Semoga rahmat Allah sentiasa ada buat Acikku Allahyarham Mustapha Bin Abdul Karim. Semoga roh arwah tenang di sana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Semoga arwah dan kita semua terdiri dari golongan ahli syurga Allah hendaknya. Acik, damailah dikau di sana. Segala jasamu tetap akan aku dan adik-adik kenang sehingga ke akhir hayat kami.  

43 comments:

Izwa Kamaruddin said...

takziah...
al-fatihah...

safurara said...

takziah.moga arwah dicucuri rahmat.

wahida said...

alfatihah utk arwah acik..
semoga arwah ditempatkan bersama2 orang beriman...amin..

akak bykkan sabar yer...

Unknown said...

al-fatihah.... salam takziah dr lia..semoga rohnya dicucuri rahmat..amin.

Rina Rahamat said...

takziah kak..

al-fatihah..moga rohnya ditempatkan di kalangan org beriman..

Unknown said...

berita sedih kedua dipagi rabu ni...alfatihah utk acik. semoga dia ditempatkan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman

Lulu Caldina said...

takziah kak fea, patutlah semalam kak fea takde on9.. huhu, al-fatihah...

Ibu Muda 30series said...

takziah utk kak fea sekeluarga :)

♥MAMASYAZA♥ said...

salam takziah dari akak
alfatihah ....

-Sara- said...

takziah utk kak hanis sefamili..alfatihah utk arwah..

Dr K said...

Al Fatihah...

Oh, Acik rupa rupanyua pengasas JM Bariani...

eiela said...

Al. Fatihah, takziah kepada akak dan keluarga achik nih.

Latifah said...

innalillah. dari Allah kita datang, kepada-Nya kita pasti pulang.

Salam takziah buat kak Hanis sekeluarga. Semoga terus tabah.

al-fatihah untuk arwah. semoga rohnya tenang di sana~~~

ummiross said...

Hanis..
takziah kepada Hanis dan keluarga Acik.
Ummi dapat rasakan kesedihan Hanis, bersabar ye, moga rohnya ditempatkan di sisi orang2 yang beriman.
Al Fatihah.

So Shy Lady (SSL) said...

salam takziah. kami skluarga mmng pminat JM bariani

Unknown said...

takziah ..
al-fatihah..

Bunga said...

takziah..Dia lebih menyayanginya..

h4ni3 said...

takziah kak
semoga allahyarham ditempatkan disisi mereka yg disayangiNya

Hudalatip said...

takziah kak. didoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..Alfatihah..

Zura said...

alfatihah.
takziah buat akak dan keluarga arwah.. semoga rohnya ditempatkan dikalangan org yang beriman.

whitecappuccino said...

Takziah Hanis..Al Fatihah buat allahyarham..

eB said...

takziah yer.. alfatihah buat arwah

Unknown said...

takziah kak hanis .. moga arwah ditempatkan dikalangan mereka yg tertinggi .. amin .. ALFATIHAH ...

farah fauzi said...

takziah akak...alfatihah...

NM02 said...

al-fatihah

moga aruah acik dibariskan bersama org2 yg soleh.. amin

Suara Kalbu said...

Takziah.

Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Dah sampai janjinya ...

sahromnasrudin said...

al fatihah utk arwah..semoga beliau di tempatkan dikalangan golongan solihin

Amie said...

al-fatihah untuknya, mudah2an rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman

exora said...

semoga beliau ditempatkan d kalangan orang2 yg beriman...al fatihah

Dilla Ady said...

takziah...al fatihah...sori lame tak jengah sini...

saniah said...

Alfatihah...takziah utk keluarga hanis..ketentuan Ilahi..Dia pinjamkan sekejap pd kita tiba masa Dia jemput kembali..Alhamdulillah achik hanis telah menyempurnakan amanah mewalikan anak2 saudaranya dgn sempurna..berdoalah selalu utk arwah ya..

Unknown said...

salam takziah buat hanis sklrg...

semoga roh2 pak saudara dimasukkan dalam golongan orang2 yang beriman

PS: terima kasih tinggalkan jejak diblog saya, sebenarnya ayu nie jenis kurang update.. maklumlah sibuk dikedai makan yang bernama citarasa rinduan...
suka sangat bila penulis populor join blog ayu..
ayu minta izin nak bubuh blog hanis dalam bloglist ayu ya, kategori wajib baca

Hanis MY said...

al fatihah...takziah...
semoga arwah ditempatkan di kalangan org yang beriman...

kurus said...

takziah dan alfatihah buat arwah acik .. semoga roh arwah sentiasa di cucuri rahmat ..

Hanis Azla said...

terima kasih banyak2 atas ucapan dan doa dari semua.. saya hargainya sgt2..

citarasa rinduan : eh, saya bukan penulis popular.. saya cuma penulis yg baru nak bermula.. terima kasih yer sudi masukkan blog saya dlm bloglist.. saya berbesar hati mendengarnya.. terima kasih byk2..

ieja amieja said...

alfatihah buat arwah dan salam takziah buat hanis n family..mudah2an rohnyer d tmptkan bersama glgan org2 yg beriman..

fazrulnoor said...

tumpang sedey jugak..takziah dan bersabar k

tim_fs said...

takziah utk kak hanis n family..
tabahkn hati kuatkan semangat..

qemaishak said...

Takziah

AL-Fatihah moga arwah tenang disana..

Sofya said...

salam takziah
al-fatihah moga arwah damai di sana

Ati Masrif said...

al-fatihah

semoga roh arwah dicucuri rahmat

KELI OH KELI said...

al fatihah untuk beliau...saya doakan rohnya ditempatkan bersama org2 yg beriman...

MulutPayau said...

Al-fatihah utk arwah..semoga rohnya dicucuri rahmat....

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...