Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. majlis perkahwinan sepupuku pada ahad lepas telah berlangsung dengan lancar dan penuh meriah. Seminggu sebelum itu makcikku ada meminta aku untuk buatkan sedikit teks untuk dibaca pada majlis perkahwinan itu. Pada mulanya, agak pening juga untuk aku mengarangnya. Tapi Alhamdulillah, perkongsian orang lain mengenai teks untuk majlis perkahwinan amat membantu. Dari perkongsian mereka aku dapat idea untuk mengarangnya sendiri sebab rasa tak best pula bila ambil idea orang bulat-bulat. Bila rasa perkongsian dari mereka sangat membantu, aku rasa terpanggil pula untuk berkongsi teks ringkas yang telah aku buat. Mana tahu, ianya dapat membantu orang lain dan untuk rujukan aku sendiri di lain kali, insyaAllah.. Sebelum tengok teks kita tengok gambar dulu ya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para tetamu yang dihormati. Kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Datin, Tuan Puan dan Para Hadirin sekalian amatlah dihargai. Saya, bagi pihak Tuan Rumah, Dato’ Othman bin Hassan dan Datin Aishah binti Mohd Said serta kedua pasangan pengantin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kesudian para hadirin sekalian ke majlis ini. Untuk semua para tetamu, selamat menjamu selera diucapkan.
Pengantin baru vs Pengantin tak berapa baru he..he.. |
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para tetamu yang dihormati. Kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Datin, Tuan Puan dan Para Hadirin sekalian amatlah dihargai. Saya, bagi pihak Tuan Rumah, Dato’ Othman bin Hassan dan Datin Aishah binti Mohd Said serta kedua pasangan pengantin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kesudian para hadirin sekalian ke majlis ini. Untuk semua para tetamu, selamat menjamu selera diucapkan.
Hari ini, 2 Jun 2013, kita meraikan Majlis Perkahwinan pasangan raja sehari, Dr. Farahwahida Dato’ Othman bersama pasangannya Encik Wan Mohamad Aliff Ahmad Kamil. Barakallah untuk pasangan pengantin. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk mereka berdua dan juga untuk kita semua, insyaALLAH.
Tetamu yang datang sangat dihargai,
Bersalam-salaman, berlaga pipi;
Terima kasih diucapkan, tanda berbesar hati,
Jemputlah makan, buat tetamu yang dihormati.
Bariani gam nama diberi,
Bariani gam nama diberi,
Hidangan istimewa JM Bariani;
Tetamu dan pengantin sama dirai,
Ada kekurangan, harap dimaafi.
Alhamdulillah.. di dalam majlis yang penuh meriah ini, yang jauh dan yang dekat dapat disatukan. Kaum keluarga dapat berkumpul, saudara mara dapat bersua muka, jiran-jiran dapat berjumpa, sahabat lama dan baru dapat bertemu. InsyaAllah, semoga ukhwah yang terbina akan berkekalan hendaknya. Sambil-sambil menjamu selera marilah kita bersama-sama menyoroti perkenalan antara kedua pasangan mempelai yang kita raikan hari ini, iaitu Dr. Farahwahida dan Encik Wan Mohamad Aliff.
Alhamdulillah.. di dalam majlis yang penuh meriah ini, yang jauh dan yang dekat dapat disatukan. Kaum keluarga dapat berkumpul, saudara mara dapat bersua muka, jiran-jiran dapat berjumpa, sahabat lama dan baru dapat bertemu. InsyaAllah, semoga ukhwah yang terbina akan berkekalan hendaknya. Sambil-sambil menjamu selera marilah kita bersama-sama menyoroti perkenalan antara kedua pasangan mempelai yang kita raikan hari ini, iaitu Dr. Farahwahida dan Encik Wan Mohamad Aliff.
Berjalan rapat, berlaga bahu,
Cantik dan kacak, molek bersatu;
Macam mana berkenalan, kami semua nak tahu?,
Mengorek rahsia si pengantin baru.
Hospital Kajang tempat berkhidmat,
Mencurah bakti, memerah keringat;
Baik budi hati terpikat,
Bila berjauhan asyik teringat.
Ikan di laut, asam di darat, di dalam kuali bertemu juga. Di zaman kecanggihan teknologi hari ini, di laman Facebook juga, kita boleh bertemu. Menyingkap bibit-bibit perkenalan antara pasangan kedua mempelai, rupanya, Facebook juga yang telah menemukan mereka berdua. Seorang di Ipoh, seorang di Bangi, kalau dah jodoh bersatu jua. Kata orang, tak kenal makan tak cinta. Bila dah kenal, hati tertawan pula.
Bermula di facebook, pertemuan tercipta,
Bermula di facebook, pertemuan tercipta,
PICC tempat, pertemuan pertama;
Mula berkenalan, kemudian bercinta,
Bila dah suka, buat apa nak tunggu lama.
Carilah dulu restu keluarga;
Mama setuju, papa pula kata ya,
Barulah boleh betul-betul terima.
Kalau dah jodoh tak ke mana, adinda pujaan kekanda. Pertemuan pertama bersua muka di luar alam cyber telah membenihkan rasa cinta antara keduanya. Alhamdulilah, selepas beberapa pertemuan dalam hampir 2 bulan perkenalan mengenali hati budi masing-masing, dengan restu kedua belah keluarga, tali pertunangan diikat pada tanggal 22 Disember 2012. Dan Alhamdulillah, pada hari yang penuh bermakna ini, janji sepakat yang telah diikat ditunaikan di dalam majlis yang penuh berkat ini.
Restu dipohon memohon berkat,
Janji termeterai tanda sepakat;
Cincin disarung mengikut adat,
Sebagai tanda sudah terikat.
Pandai sungguh Wan Aliff memikat,
Mudah pula Dr. Wawa terpikat;
Jarak yang jauh dah rasa dekat,
Semoga majlis mendapat berkat.
Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin kita hari ini, Dr. Farahwahida dan pasangannya Encik Wan Mohammad Aliff. Semoga rumahtangga yang dibina akan mendapat keberkatan dari Allah swt. Semoga kasih sayang yang disulam akan berterusan hingga ke jannah, insyaAllah. Tahniah juga untuk kedua-dua ibu dan bapa pengantin yang menerima menantu pada hari ini. Semoga ikatan yang baru terbina di antara dua buah keluarga akan dirahmati Allah hendaknya.
Bariani ada, satay pun ada,
Bariani ada, satay pun ada,
Sirap dan cendol penghilang dahaga;
Kepada pasangan pengantin, berbahagialah hendaknya,
Semoga dikurniakan cahayamata yang soleh dan berakhlak mulia.
Alhamdulillah, tanda bersyukur,
Alhamdulillah, tanda bersyukur,
Majlis meriah, suasana ceria;
Sudah masanya untuk berundur,
Tersilap kata, maaf dipinta.
Sekian, Wabillahitaufikwal hidayah,
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.
19 comments:
salam diana.. majlis buat kat rmh..
Salam kak fea, moga pengantin bahagia ke akhir hayat. Kak fea lawa pakai baju biru. Suka tgk
Mak/Pak Saudara tahu anak saudara dia ada kebolehan mengarang novel mana mungkin tak boleh buat sketch utk speech.. Tahniah Hanis.
sweet je ucapan nyer :)
semoga bahagia hingga akhir hayat buat pengantin baru dan pengantin tak berapa baru tu yee...
Semoga berpanjangan jodoh mereka hingga ke syurga. :)
doctor kat kajang? lama dah?
Terpuaku baca teks yang Fea tulis terasa spt ada dalam majlis.
saya copy~mana tau nanti kena berucap kat majlis kawin~he~~~
fazrulnoor : dlm 2 tahun kut kat hospital kajang..
jemputlah copy bujalX.. takde masalah.. :)
Maaf sebab saya & fiza tak dpt hadir, walaupun kad jemputan dah di beri hari tu...:) Byk urusan hari tu....Bagus ada contoh teks ni, siap pantun...mana lah tau saya boleh gunakan juga, adik saya kawin 15 Jun ni...;)
Daddy ziyyad : Takpe.. fiza dah sudi nak ambil tempahan dan hantarkan kek pun akak dah suka sangat.. thanks ye..
salam fea..lama tak singgah sini..wah! bagus teks ucapan ni..boleh orang lain buat rujukan.
adakah itu Pengantin lelaki lama itu La? Wah segak orangnya, chinese look
selamat pengantin baru :)
2 2 pengantin nmpk sweet
wow, sangat berguna. hehe, cuma tukar menu je sket2 kan. perantinnya sungguh cantik dan segakkkkk
ha ha..lepas ni ramai la boleh mintak buatkan teks
Salam, terima kasih atas perkongsian dan bagi idea untuk ucapan.
Minta halal yaaa
Post a Comment