Friday, September 20, 2013

Jane Fonda...

Assalamualaikum..

Sejak 4 tahun ni, berat badan telah naik dengan jayanya. Impian nak kembalikan berat badan yang ideal tu memang ada. Tapi semangatnya tak berapa nak ada he..he.. Kalau ada pun setakat hangat-hangat taik ayam. Lebih-lebih lagi bila berat badan tu belum melebihi angka yang aku gerunkan. Lagilah aku rileks ha..ha.. Bila berat badan naik, memang selalu rasa cepat letih dan sakit-sakit badan. Kelmarin sebelum tidur, aku sakit-sakit badan lagi. Rasa lega sikit bila En.asben tolong urutkan. Tapi kena tahanlah telinga dengar en.asben bebelkan aku yang liat sangat nak exercise. Sebab itulah selalu sakit-sakit badan.

Bila dah kena ceramah sebelum tidur, motivasi nak kembali bersenam tu mula datang. Kurus tu memanglah nak tapi yang lebih utama nak kesihatan yang baik dan tak nak sakit-sakit badan lagi. Bila dah bermotivasi, semangat pun jadi berkobar-kobar. Bangun aje tidur pagi tu lepas ucap Alhamdulillah sebab Allah masih panjangkan umur, terus rasa nak bersenam. En.asben dalam bilik air waktu tu. Sementara nak tunggu en.asben siap mandi untuk aku ambil wuduk aku pun buat senaman dulu. Memang buat betul-betul selama 15 minit sepanjang En.asben berada dalam bilik mandi. 

Memang terangkatlah kening en.asben bila dia keluar bilik air tengok aku tengah beria buat senaman. Siap tegur lagi.. Ini Jane Fonda ke apa ni? He..he.. mana taknya, bersenam dengan baju tidur! Memang nampak macam Jane Fonda lah kan ha..ha..  Seharian tu aku rasa cukup segar kesan dari bersenam, Alhamdulillah. Tapi semalam, kaki aku dah rasa sakit-sakit. Ini kesan dari dah lama tak bersenamlah juga. Pulak tu, baru nak mula balik aku dah buat dengan bersungguh-sungguh. Mana tak sakit kan? Aduhai.. tersiksa nak naik tangga semalam. Nak jalan pun rasa nak seret aje kaki. Ishh.. tak Jane Fonda langsung he..he..

Salam hormat untuk semua. Insya-Allah, semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

8 comments:

ummiross said...

hehe..Jane Fonda ye, begitulah bila semangat datang kan Hanis, berbaju tido pun boleh bersenam dengan bersungguh. Takpe lepas ni pelan2 ye, urat tu akan lentur balik.

mama maman aka yana said...

kekalkan semangat tuh kak... hehe

Unknown said...

tula kan kalo berat badan naik macam dipam2 ni cukup merisaukan..blogwalking
jemput singgah blog saya plak dan bertukar2 link

http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

sekadar satu coretan said...

semangat ye..harap2 berjaya tau...

kakain pun berat naik jugak nii...lagi2 la lepas bulan syawal ni..

+ e.z + said...

jane Fonda? seksi tau... grrr aum aum aum . hik3

Izwa Kamaruddin said...

Hihihii..dgn baju tido pun boleh la :)

Eye_nee said...

bukan setakat nak kurus yer sis...yg sebenarnya nak kan badan sihat...tp tak boleh blah la..dgn berbaju tidur tu...heheh...

mamaarifakeemaisy said...

Hehehe... teruskan usaha anda ye... :-)
Moga berterusan semngat tu.. then kasi semangat tuk kita ni pulak..ihiks.. mls gk nk bersenam ni..huu..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...