Friday, November 22, 2013

Novel tak logik...

Assalamualaikum.. 

Sekarang ni banyak novel melayu yang sudah diadaptasikan menjadi drama. Ada part yang kita rasa logik. Ada part yang kita rasa tak logik. Biasalah.. pandangan dan penerimaan setiap orang kan tidak sama. Bab logik ni, ada yang kita masih boleh terima dan ada juga yang kita langsung tak boleh terima. Kadang-kadang kesian juga pada penulis novel itu sendiri. Tentunya gambaran yang mereka bayangkan di dalam novel mereka tidak seperti yang digambarkan di dalam drama atau filem. Tapi, penulis juga yang akan dikritik kerana menulis novel yang katanya tak logik. Aku juga seorang pembaca dan peminat novel melayu sebelum bergelar penulis. Memang tak dinafikan, ketika membaca novel melayu ada juga perkara yang aku rasa tidak logik yang terdapat di dalamnya. Tapi.. bukan semua novel melayu begitu. Masih banyak novel melayu yang berkualiti dan punya mesej yang ingin disampaikan. Bila ada yang pukul rata mengatakan novel melayu itu tidak logik dan tidak punya kualiti, aku merasakan perkara itu tidak adil.

Terpulanglah jika tak mahu membaca novel melayu. Itu hak masing-masing. Tiada siapa yang memaksa. Aku sendiri tidak pernah memaksa orang untuk membaca novelku. Penulis lain juga pastinya begitu. Tak mahu baca, tak mengapa. Takde salahnya pun. Tapi bila tidak membacanya janganlah membuat penilaian hanya berdasarkan beberapa buah buku, dari cakap-cakap orang atau melalui sinopsis yang dibaca. Pada aku, itu juga tidak adil. Bila dah baca, kemudian kritik, itu masih boleh diterima. Malah, setiap kritikan dan pandangan sangat dialu-alukan dan dihormati. Sebagai penulis, perkara berkaitan logik memang sangat aku tekankan dalam penulisan. Tapi.. aku maklum yang bukan semua perkara yang bagi kita logik boleh diterima oleh orang lain. Disebabkan itu, aku suka menulis berdasarkan kisah yang terdapat disekelilingku. Jika orang kata tak logik sekalipun, aku masih tahu yang perkara yang aku gambarkan dan ceritakan itu memang logik. Di sini aku nak bercerita tentang sebahagian perkara logik yang selalu di kritik dalam novel melayu. (Aku bercakap berdasarkan perkara yang berada dan berlaku disekitarku ya. Jika masih tak boleh terima, aku tak mampu nak buat apa-apa).

Kalau kaya tu rumah mesti ada swimming pool aje..
Eh... kalau aku kaya memang aku pun nak rumah aku ada swimming pool. Apa yang tak logiknya? Dan hello... rumah makcik aku yang kat Kampung TJ Bangi tu pun ada swimming pool sejak dua puluh tahun yang lepas. Saiznya bukan kecil ya tapi sama macam yang kat hotel. Itu rumah kat kawasan kampung. Kalau rumah kat kawasan orang kaya tentulah lebih banyak yang ada swimming pool juga. Dah dia orang tu kaya dan mampu, apa pulak yang tak logiknya bila rumah dia orang ada swimming pool kan. Tapi kalau perkara tu dimasukkan dalam novel orang tak boleh terima dan kata cerita sebegitu tak logik hu..hu.. 

Kalau heronya mesti anak orang kaya.. 
Waktu sekolah lagi memang aku sudah membaca novel cinta melayu. Kebanyakannya memang heronya kaya. Dari situ aku juga pernah berangan-angan untuk berkahwin dengan orang kaya. Kalau diberikan pilihan, semua orang nak kahwin dengan anak orang kaya atau orang kaya sendiri kan. Kalau tak baca novel sekali pun jangan tipulah kata perkara itu tak pernah menjadi impian. Aku sendiri mengaku. Tapi dalam pada itu kenalah sedar diri dan tanya soalan pada diri juga. Kau tu cantik macam mazuin ke sampaikan boleh dapat anak raja yang kaya? Kau tu semenggah sangat ke sampaikan ada anak orang kaya yang boleh terpikat? Kalau jawapannya tidak, kita cari saja lelaki yang ada kerja. Setidak-tidaknya kita tak cari pasal nak cari lelaki yang takde kerja yang akhirnya akan menyusahkan hidup kita sendiri. Cerita dalam novel tu biar kita jadikan impian saja. Dah namanya impian kan, bukan semuanya boleh tercapai. Kalau tercapai Alhamdulillah.. Kalau tidak masih perlu terus bersyukur dan meneruskan kehidupan juga. Bercakap tentang anak orang kaya atau orang kaya ni, rasanya sejak aku sekolah lagi walaupun aku orang susah, tapi memang ada ramai orang kaya di sekelilingku. Bukan juga tak pernah kena ngurat dengan anak orang kaya. Ada okey. Itu cerita aku. Orang lain? Tentu ada juga yang punya pengalaman yang sama. Memang itu realitinya. Tapi kalau perkara tu dimasukkan dalam novel orang tak boleh terima dan kata cerita sebegitu tak logik hu..hu.. 

Kalau kereta tu, mesti yang besar dan mewah  aje..
Brader yang jual cakoi kat pasar tani depan rumah aku pun pakai kereta besar, mahal dan yang berkilat-kilat. Masa aku sekolah dulu, brader tukang kasut pun dah bawak kereta mewah. Kawan-kawan aku pun ramai aje yang pakai BMW dan kereta-kereta besar dan mewah yang lain. Even masa aku sekolah dulu pakcik aku memang dah pakai kereta besar-besar yang mewah sebab dia boleh beli. Siap ada satu kereta dia tu cuma ada 3 aje kat dalam Malaysia. Bangga giler kut bila pakcik aku jemput kat sekolah kawan-kawan aku tak tahu kereta dia tu nama apa. Aku yang tak tahu nama kereta tu juga lagi nak bangga ha..ha.. Memang aku mengaku aku tak pakai kereta besar dan mewah tapi itu tidaklah menjadikan orang lain juga tak mampu dan tak boleh pakai kereta besar dan mewah. Orang sekarang ni ramai aje yang pakai kereta besar-besar dan mewah.  Tapi kalau perkara tu dimasukkan dalam novel orang tak boleh terima dan kata cerita sebegitu tak logik hu..hu.. 

Kalau kerja tu mesti bussinessman aje..
Berapa ramai orang yang memang ada bisnes dan syarikat sendiri sekarang ni? Kat sekeliling aku saja dah memang ramai. Bermacam-macam bisnes dan berbagai-bagai syarikat yang wujud sejak dari dulu yang aku tahu. Itu yang aku tahu, yang aku tak tahu tentu lebih banyak lagi. Aku pun pernah jumpa memo pad berkepala syarikat bernama arwah ayah aku Sdn Bhd. waktu kemas-kemas beg kerja arwah ayah aku 20 tahun yang lepas. Aku sendiri tak pernah tahu arwah ayah ada syarikat. Kiranya tak pelik pun bila ramai orang sekarang ni ada bisnes dan ada syarikat sendiri. Tapi kalau perkara tu dimasukkan dalam novel orang tak boleh terima dan kata cerita sebegitu tak logik hu..hu.. 

Kalau cerita tu mesti nak ada oversea aje..
Waktu zaman aku sekolah lagi, ramai aje kawan-kawan aku yang pergi ke luar negara selama bertahun-tahun mengikut ibu bapa mereka. Ramai aje yang menetap terus di sana. Ada juga yang parent mereka menetap di sana. Itu cerita 20 tahun yang lepas. Kalau sekarang ni tentu perkara tu dah lebih banyak berlaku. Kalau cerita pergi holiday ke overseas tu kita sendiri pun sekarang ni dah ramai yang mampu. Kalau setakat dapat pergi Thailand tu orang pun dah tak hairan dah. Bagi aku perkara itu takde yang peliknya. Tapi kalau perkara tu dimasukkan dalam novel orang tak boleh terima dan kata cerita sebegitu tak logik hu..hu.. 

Kalau cerita tu mesti happy ending aje.. 
Itu tak semua. Ada juga novel yang pengakhirannya sedih. Cuma kebanyakannya memang happy ending. Kehidupan kita sendiri ada pahit manisnya. Jika ianya tidak berlaku pada orang lain itu tidak bermaksud yang kisah kita itu tak logik. Sesiapa pun mahukan pengakhiran hidup yang menggembirakan. Semua orang mahukan bahagia, mahukan kaya, mahukan berjaya dan mahukan yang baik-baik saja. Tapi dalam kehidupan sebenar, bukan semua orang mampu memiliki apa yang dihajatkan. Namun tetap saja ada orang yang ditakdirkan untuk memiliki semua yang diimpikan. Jadi, apalah salahnya jika di dalam novel pengakhirannya menggembirakan. Itu pun tak logik juga ke? hu..hu..

MORALNYA jika sesuatu perkara itu tidak berlaku kepada kita, janganlah kita sesedap rasa nak berkata perkara itu tak logik dan sebagainya. Mungkin perkara itu terjadi di luar pengetahuan kita. Dalam kehidupan sebenar pun pun ada yang mengatakan sesuatu perkara itu tak logik, inikan pula tulisan yang berbentuk rekaan. Aku hormati pandangan orang lain sebab aku akur hak untuk bersuara itu hak semua. Aku cuma terpanggil untuk memberikan pandangan aku saja. Tiada niat untuk mencari gaduh apatah lagi untuk bermusuh. Entry ini juga tidak aku tujukan kepada sesiapa. Namun jika ada yang terasa aku mahu tegaskan lagi yang aku tidak berniat untuk mencari pasal dengan sesiapa. Ianya hanya luahan dari hatiku yang mahu membicarakan tentang isu ini. Itu saja. 

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

8 comments:

Irfa said...

terbaik ulasan akak ;)
skrg ada satu drama yang betul2 sy xleh menahan rasa mau muntah sbb pemilihan pelakon sgtlah x sesuai
huhu

Izwa Kamaruddin said...

ralit membaca sambil bersetuju dgn ape yang akak luahkan nie..

ummiross said...

betul3x...sangat bernas hujah Hanis ni!

ALoNa CintamaniszLite said...

hahaha...rupa2nya dh 3-4 kali akak masuk sini disebabkan cari tips ke krabi rupa2nya blog sorang novelis, huhu.
Selain TFT tu ada tak keluar novel lain?? kot laa akak ni tak terperasan.

Sy jugak penggemar novel...dan akak mmg suka novel yg hepi ending...hihi..

MulutPayau said...

Setuju ngan pandangan Hanis..
Akak peminat tegar novel Melayu..bermacam kisah akak baca...
Cuma, akak sntiasa ingat pesan husb, bila baca novel jgn mudah terpengaruh dan berangan yg kita mnjdi sperti watak yg ditulis( cantik, kaya, cinta dan sebagainya ) ambik apa yg boleh dijadikan pengajaran ..
Tapi akak tak suka novel yg diadaptasi sebagai drama/filem ..mmng akak tak pernah tengok...lagi best baca novel..itu pndangn akak..

Mak Wardah said...

Hujah yg bernas dan bijak....pembaca boleh menilai sendiri tapi jgn pakai ckp kl tak suka.

azieazah said...

Hampir keseluruhan penulis, mesti cuba nak memenuhi kehendak dan impian para pembaca, kan?

Jika menulis yang sangat menyimpang, kena la berani menerima risiko.

Menulis kerana duit. Itu fakta.

Angah said...

citarasa pembaa ni pelbagai hanis, tak boleh nak puaskan hati semua

* masih terkesan membaca novel "kain songket berbenag emas'masa zaman sekolah dulu, ceritanya sungguh realistik

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...