Tuesday, December 23, 2014

Keputusan PT3..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. semalam keputusan peperiksaan PT3 anakanda Han sudah diketahui. Semalam aku tak cuti, sekadar keluar sekejap membawa Han ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaannya. Sebenarnya sehingga keputusan PT3 diumumkan semalam, aku sendiri masih tidak benar-benar faham dengan format peperiksaan yang katanya pentaksiran untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Apa yang aku tahu ianya tidak sama langsung dengan peperiksaan PMR. Jawapannya bukan dalam objektif yang mempunyai pilihan jawapan. Tapi pelajar perlu memberikan jawapan secara subjektif. Soalannya berbeza di setiap sekolah jadi tak boleh nak compare keputusan dengan sekolah lain. Yang aku tahu lagi ianya tidak mudah. Itu saja yang aku tahu dan selebihnya memang aku tak tahu. Jadi aku tak boleh nak komen lebih-lebih.

Kami sampai di sekolah dalam pukul 10 pagi. Sudah ramai pelajar dan murid-murid yang berkumpul di dewan sekolah pada waktu itu. Dalam nampak tenang, Han mengadu juga yang dia seram he..he.. Sejuk tangannya ketika memegang tanganku. Ketika menunggu, aku berbual dengan jiran setaman yang juga seorang guru di sekolah lain. Bila dia berceritakan tentang keputusan peperiksaan pelajar di sekolahnya yang kebanyakannya masih tidak menguasai subjek yang disebutkan membuatkan aku mula bersedia untuk menerima keputusan Han dengan hati terbuka. Aku tahu bagaimana pencapaian anakku berdasarkan keputusan peperiksaan yang sebelumnya. Jadi, sedikit sebanyak, aku boleh membayangkan keputusan yang akan diterima.

Dalam pada menunggu Han mengambil keputusan, mataku mencari-cari cikgu sekolahku dulu yang kini menjadi penolong kanan di sekolah Han.   Dalam pada aku tercari-cari aku dapat lihat cikgu itu berjalan di belakangku. Sebelum sempat aku menegurnya, cikgu itu sudah menegurku dulu. Aku bersalaman dan mencium tangannya. Cikgu, saya dulu budak SMJB.. Beritahuku  setelah memberi salam. Saya tahu. Saya ingat muka kamu. Itu yang saya tegur tu. Balas cikgu tu. Alhamdulillah.. cikgu itu masih ingat yang aku bekas pelajarnya walaupun tidak mengingati dengan tepat aku pelajar SPM tahun bila. Untuk seketika kami berbual. Dalam berbual aku merisik tentang keputusan PT3 juga. 

Keputusan tak berapa baik. Ramai pelajar akan frust.. Beritahu cikguku. Sekali lagi aku bersiap sedia untuk menerima apa saja keputusan Han dengan hati terbuka. Han dan teman-temannya sudah berbaris mengikut kelas untuk mengambil keputusan. Aku dan kebanyakan ibu bapa yang lain menunggu di bahagian tepi dan melihat dari jauh. Sambil berbual kami memandang anak-anak yang mengambil keputusan. Setelah beberapa orang sudah mengambil keputusan, kami lihat tiada siapa pun yang melompat-lompat. Mahupun mempamerkan reaksi teruja, berpelukan atau apa saja yang mempamerkan kegembiraan. Semuanya kelihatan biasa-biasa saja. Ada juga yang lap air mata.

Dalam pada pengambilan keputusan berjalan, di atas pentas Pengetua memberitahu yang untuk tahun ini hanya 6 orang  yang mendapat Straight A di sekolah Han. Untuk keputusan PMR tahun lepas seramai lebih 240 orang yang memperolehi semua A. Pengetua sengaja mahu memberitahu statistik itu bagi memberitahu para pelajar dan ibu bapa bahawa PT3 dan PMR adalah peperiksaan yang berbeza sama sekali. PT3 dan PMR tidak boleh dibuat perbandingan. Sesi bertenang juga dijalankan agar para pelajar tidak terlalu kecewa dengan keputusan yang diperolehi.  Ini kerana keputusan lebih kepada penguasaan para pelajar itu sendiri. Tak boleh dibandingkan dengan orang lain.

Aku memandang pada Han dan temannya yang datang ke arahku dengan senyuman nipis. Aku tersenyum padanya. Dia membalasnya dengan senyuman tawar. Tak nampak sedih namun keceriaan tidak terlalu terserlah. Setelah menyerahkan kertas keputusan kepadaku, Han terus sebak. Sedangkan aku sudah tersenyum gembira sambil mengucap syukur dan mengucapkan tahniah padanya. Ini kerana padaku, keputusannya masih baik. Sangat meningkat keputusannya jika dibandingkan dengan keputusan peperiksaannya sebelum ini. Tapi mungkin bagi Han, keputusan yang diperolehi tidak seperti yang diharapkan. Ketika aku memandangnya semula,  airmatanya sudah gugur. Seperti kata cikguku sebelum itu, ramai pelajar akan frust. Han juga salah seorang daripadanya. 

Bagiku setiap kejayaan perlu dirai. Tiada rezeki untuk mendapat keputusan seperti mana yang diharapkan tak bermakna kejayaan itu tak bermakna. Juga tak boleh diraikan. Setiap rezeki harus disyukuri. Aku tahu, Han dah buat yang terbaik. Usahanya saja sudah cukup bermakna buatku. Segala tips yang perlu sudah diguna pakai. Selain belajar, berdoa dan menunaikan solat hajat semuanya sudah diusahakan. Aku dan en.asben juga sudah berdoa yang terbaik untuknya. Untukku sendiri, aku sudah berpuas hati dengan rezeki yang diperolehi. Mana yang kurang boleh dipertingkatkan lagi dalam SPM nanti jika ada rezeki.. insyaALLAH. 

Bila aku kongsikan rasa kesyukuran di FB, ada yang bertanya, Han dapat straight A ke? He..he.. Han tak dapat semua A. Han dapat 6A. Tapi itupun dah buatkan aku bangga. Tahniah buat puteri kesayangan mama. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih ALLAH. Terima kasih  buat semua guru-gurunya. Terima kasih buat semua yang mendoakan. Terima kasih juga buat semua yang mengucapkan tahniah. Tahniah juga untuk semua pelajar yang mengambil keputusan PT3 semalam. Yang pastinya, untuk kesemua pelajar yang mengambil PT3 ianya bukan soal lulus cemerlang atau gagal. Ianya mengenai menguasai dan kurang menguasai. So.. chill.. ada dua tahun lagi di sekolah menengah untuk lebih menguasai. Semoga anak-anak ini akan terus cemerlang dan berjaya di dunia dan akhirat hendaknya, insyaAllah.

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

15 comments:

cikceriacorner said...

salam akak..tahniah buat han dan akak sekeluarga..bg sy result yg baik..tahniah han...

CIKU said...

Tahniah buat han dan akak sekeluarga ye.betul yang penting menguasai.

Sura Mohd said...

Tahniah buat Han..6A tu dah kira baik!!
Sura pun memang pening dgn PT3 ni..kesian kat budak2..

Kakcik Seroja said...

Tahniah Han. Keputusan yang baik sebenarnya itu.

Alhamdulillah. :)

Izwa Kamaruddin said...

Tahniah Han :)

Kakzakie Purvit said...

Kalau boleh mereka memang nak straight A's Hanis tapi apa daya kalau itu yg di dapat. Sama dgn anak kakak juga - kakak tetap bersyukur Walau akak tahu dia kurang puas hati..

Dr K said...

Tahniah Han !!

Saya yg tiada anak ambil PT3 ni, lagi la confuse dgn sistem PT3...
apa apa pun, moga penambahbaikan dapat diambil..yg mana elok, diteruskan

TS said...

congrats Han...and kak fea jgk...
do ur best in SPM k..

Sham said...

Tahniah dik han...terbaik dh tu...sy dgr ramai mak bapa mrungut psl kputusan anak masing2 xsampai target...

JunAina said...

Tahniah Han dan tahniah buat Fea dan suami juga, kejayaan hari ini bukan pengukur utk kejayaan dimasa hadapan masih banyak masa. Moga anal2 kita berjaya dunia dan akhirat.

Angah said...

Tahniah Han...selamat maju jaya untuk yang seterusnya..

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

alhamdullilah...dan tahniah Han 6A tue...kan senang tau nak dpt 1 A pon susah..

Hanis Azla said...

As-salam..

Alhamdulilah.. Terima kasih buat semua..

JR said...

Memang tak adil membandingkan PT3 dengan PMR, ia seperti membandingkan pertandingan kupas kelapa dengan kupas rambutan. Anak perempuan saya yg berharap utk dpt straight A juga menangis, pada hal bagi saya dia yg mdpt 9A dan 1B adalah sudah terbaik....

JR said...

Memang tak adil membandingkan PT3 dengan PMR, ia seperti membandingkan pertandingan kupas kelapa dengan kupas rambutan. Anak perempuan saya yg berharap utk dpt straight A juga menangis, pada hal bagi saya dia yg mdpt 9A dan 1B adalah sudah terbaik....

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...