Assalamualaikum..
Hari ni ada gerhana matahari. SUBHANALLAH.. ALHAMDULILLAH.. ALLAHUAKBAR.. Besarnya kuasa ALLAH. Alhamdulillah.. dapat juga peluang untuk tengok gerhana matahari pagi tadi. Dapatlah lihat sebahagian yang gelap dan sebahagian yang terang di kawasan ofis pagi tadi. Alhamdulillah.. ada rezeki dan peluang juga untuk menunaikan solat sunat gerhana.

Hujung minggu lepas jadualku padat. Hujung minggu baru ini juga jadualku masih padat tanpa dirancang. Maknanya, plan untuk merehatkan diri tak kesampaian. Walauapapun, aku tetap sangat-sangat bersyukur kerana masa yang ada dapat diisi dengan sebaiknya. Syukur bila segalanya dapat berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.. Alhamdulillah. Pagi sabtu aku uruskan anak tuisyen sebab en.asben berkursus. Dah siap kemas rumah, emak, anak-anak buah dan sepupu datang. Lepas dah siap semua ingat nak masak lunch awal sikit sebab tengah hari tu nak keluar beli barang sekolah anak sikit dan nak ambil anak tuisyen. Tengah siap-siap nak masak, makcik aku call. Tak cakap pun nak datang tapi cuma pesan kat anak buah aku suruh mama dengan nenek masak banyak sikit. Bunyinya macam nak datang. Aku calllah balik nak confirmkan. Sekali makcik aku gelak-gelak cakap yang dia dah nak sampai area rumah aku dah. So, kita masak banyak sekali.
Lepas dah siap masak, kami keluar kejap cari tracksuit dengan kasut sukan. Beli juga barang-barang dapur sikit. Waktu kami balik rumah makcik aku dengan anak cucunya dah sampai dah pun. Makcik aku memang sangat-sangat rapat dengan arwah adikku. Anak-anak buah aku pun rapat dengan makcik aku sebab makcik aku ni jenis suka melayan. Waktu kami sekeluarga demam dua minggu lepas, anak buah aku ada call makcik aku suruh datang tengok dia. Tapi waktu tu makcik aku tak dapat nak datang sebab cucu-cucu dia sendiri semuanya demam siap masuk hospital. Jadi bila cucu-cucunya dah sihat dan ada anaknya yang free nak bawak jadi makcik aku pun datanglah. Memang melompat seronoklah anak-anak buah aku bila makcik aku datang. Bila orang dah bersungguh cari masa untuk datang menziarah dan mahu merai kita, jadi kami sebagai tuan rumah pun rasa sangat perlu untuk merai kedatangan tetamu yang baik budi tu sebagai tanda berbahasa.
Lepas aje makan tengah hari aku dah siap-siap atur plan. Petang nanti nak ajak semua orang keluar makan cendol dengan laksa. Lepas tu bawak anak-anak main kat tasik depan rumah. Anak-anak aku dah sedia ramai. Tambah dengan cucu-cucu makcik aku memang jadi meriahlah rumah. Mata yang mengantuk pun jadi segar bila dah ramai-ramai macam tu. Hajatnya konon nak tidur kejap sebelum keluar. Tapi semuanya terkubur. Manalah boleh tidur kalau rumah dah riuh rendah macam tu he..he.. Sebelum keluar petang tu dah meriah dah anak-anak main bola dengan main rollerblade kat porch. Lepas solat asar aje kita orang pun keluar nak pergi makan laksa dan cendol kat Taman Tasik Cempaka. Sedap tau laksa dengan cendol kat situ. Kalau ke Bangi cubalah singgah makan di situ. Siap ada orang busking kat situ sebagai hiburan halwa telinga. Sedap suaranya.

Kami yang ramai-ramai nak makan laksa dan cendol. Sambung 4 meja baru muat semuanya. Elok dah siap order dan separuh dari order sampai terasa hujan mula menitik. Kami pun apa lagi, cepat-cepat mengangkut mangkuk laksa dan cendol berpindah meja di bawah khemah. Elok aje kami semua siap pindah hujan pun turun dengan lebatnya. Syukur kami sempat berpindah. Kalau tak memang kuyup kat situ. Tapi sebab kalut, terlupa pulak nak ambil gambar laksa dan cendol yang sedap tu. Alhamdulillah.. elok aje kami siap makan hujan pun dah mula berhenti. Syukur.. ada rezeki anak-anak untuk bermain di Tasik Cempaka.
Seronok kami berbasikal di sini.
Dah nama pun datang nak beriadah jadi kami sewalah basikal untuk pusing-pusing Taman Tasik. Nak sukakan hati anak-anak dan hati sendiri juga he..he.. Harga sewa basikal biasa RM10 untuk setengah jam. Harga sewa basikal bermotor RM20 untuk setengah jam. Ada juga yang sewakan RM20 untuk 20 minit aje. Jadi pandai-pandailah cari tempat sewa yang masanya lebih panjang sikit.
Comel kan basikalnya.
Seronok Hafiy dan gegirl main basikal ala-ala Harley Davidson tu. Aku pun naik basikal juga. Sebab dah lama tak naik basikal, mula-mula tu kekok juga nak imbangkan badan. Nak mengayuh pakai wedges pulak tu. Lagilah kekok. Sudahnya kena minta pinjam kasut anak kejap. Dah lama-lama tu barulah okey. Tapi setiap kali nak membelok mesti jadi cuak sebab takut jatuh. Sudahnya lepas buat 3, 4 pusingan aku bagi anak-anak aje yang sambung he..he.. Sebab kalau jatuh nanti satu bab pulak.
Happy us.. Syukur ALHAMDULILLAH..
Yang ni basikal bermotor tu.. Sepupu aku bawak makcik aku..
Kami yang seronok dapat sewa basikal..
Bila datang ramai-ramai rasa berbaloi menyewa basikal tu sebab boleh bergilir-gilir naik.
Bila datang ramai-ramai rasa berbaloi menyewa basikal tu sebab boleh bergilir-gilir naik.
Dekat pukul 7 kami pun balik. Sebelum tu sempatlah beli-beli aiskrim, beli-beli air untuk hilangkan dahaga. Lepas mandi, solat maghrib terus makan malam. Lepas solat isyak kami keluar pergi IOI Mall pulak sebab sepupu aku nak cari beg dan anak-anak nak pergi kedai kasut sukan. Dalam perjalanan tu sepupu di Taiping hantar gambar tok yang dah seminggu taknak makan. Katanya sakit gigi. Bila tak makan badan tok jadi lemah dan jadi asyik tidur aje. Nak bangun pun tak larat sebab badan takde tenaga. Dengan umurnya 90 lebih lagilah tok jadi tak berdaya. Semua orang jadi susah hati. Sampai kat IOI dah pukul 9 lebih. Jalanlah temankan sepupu aku cari beg. Anak-anak dengan en.asben ke kedai sukan. Orang masih sangat-sangat ramai walaupun ramai juga yang dah nak balik. Sampai kedai-kedai kat IOI Mall dah nak tutup kami pun balik. Sebelum balik sajalah bawak semua singgah minum. Nama aje nak singgah minum tapi makanlah juga he..he.. Tapi semua order yang ringan-ringan ajelah.
Tengah makan tu masih teringat kat tok lagi. Susahnya hati dengar keadaan tok yang tak sihat tu. Tak sampai hati tengok gambar tok dalam keadaan yang lemah macam tu. Bincang-bincang dengan sepupu kami pun pakat-pakat nak balik kejap bawak emak dengan makcik aku tengok tok esoknya. En.asben ada kerja yang nak disiapkan. Jadi aku cakap takpelah, aku pun boleh drive.. InsyaALLAH. Kami pergi naik satu kereta aje. Sebelum tidur malam tu en.asben tanya lagi boleh ke aku drive sebab aku tak pernah drive sendiri balik Taiping. Tapi aku yakin boleh drive sendiri. Lagipun sepupu aku dengan suaminya ada sekali. Kalau mengantuk boleh tukar-tukar driver. Jadi pagi ahad tu lepas subuh, dah siap-siapkan sarapan dan makan tengah hari untuk orang-orang yang tinggal di rumah kami pun bertolak ke Taiping. Alhamdulillah.. jalan sangat-sangat clear. Takde masalah untuk aku drive all the way sampai Taiping. Syukur..

Gambar tok yang sepupu hantar kepada kami.
Sebak tengok gambar tok yang nampak letih sangat macam ni.
Gundah gulana hatiku. Hati emak lebihlah lagi.
Kami sampai Taiping dalam pukul 10 pagi. Waktu kami sampai tu tok terbaring macam dalam gambar tu. Mata pun tak larat nak buka. Sarapan pagi pun tak berusik. ALLAH.. risau sangat hati. Makcik aku panggil-panggil tok. Pujuk tok suruh makan sikit. Bangunkan dan cuba dudukkan. Itupun kena ampu pakai bantal kat belakang tok barulah tok boleh duduk. Alhamdulillah.. tok masih kenal kami lagi. Senyum dan nampak cerialah sikit mukanya bila tengok kami datang. Bila suapkan makan dia makanlah 2,3 suap. Yang lain tu dia kemam aje dalam mulut. Lepas dah lama-lama tu dia luahkan semua balik. Lepas tu tok nak baring balik sebab tok kata dia penat. Mata pun asyik tertutup aje. Lepas dah baringkan kejap, pujuk-pujuk tok ajak duduk kat luar sekejap. Kebetulan orang sebelah rumah pakcik aku ada buat kenduri kahwin anak dia hari tu. Jadi tepi dengan depan rumah memang penuh dengan orang gotong royong dan datang kenduri. Jadi biarlah tok duduk kat luar kejap biar nampak orang sikit.
Bawak tok ambil angin di luar.. Tapi kejap aje sebab lepas tu Tok mengadu penat dan nak baring balik kat dalam.
Dalam pukul 1.30 kami pun bertolak balik. Ikutkan hati rasa macam taknak balik. Tapi nak buat macam mana kan. Tak boleh nak lama-lama sebab makcik aku nak balik Melaka. Kami kerja dan anak-anak pun sekolah esoknya. Dapat melawat kejap aje. Masa emak cakap kat tok, emak kami nak balik dulu. Tok balas balik cakap aku pun dah nak balik juga ni.. Huhu.. Sebak jadinya. Doaku semoga tok diringankan kesakitannnya juga diampunkan dosanya.. insyaALLAH. Dalam perjalanan balik tu singgah pulak tengok adik emak yang kena stroke kat Lenggong. Dah lama sangat tak jumpa sejak dia sakit. Dah alang-alang satu haluan, kami pun ambil kesempatan untuk singgah melawat. Pakcik aku nampak dah semakin pulih. Bahagian yang kena stroke sudah mula berasa. tapi masih tak boleh gerak lagi. Semoga pakcik aku akan terus sembuh hendaknya. Semoga semangatnya terus kuat. Perjalanan balik sedikit tidak lancar. Dengarnya ada kemalangan. Jadi ada tempat yang jem panjang. Pukul 8.30 malam kami sampai di Bangi.. Alhamdulillah. Lepas solat isyak dan makan sikit, makcik aku pun bertolak balik ke Melaka. Emak dan anak-anak buah pun bertolak balik ke rumah arwah adik dengan sepupuku.
Salam hormat untuk semua. In sya ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi amanillah.
3 comments:
Assalammualaikum kak..
Penuh nyer aktiviti akak ye..saya pun dah serupa macam akak..huarghh penat tak terkata tapi hati gumbira ;)
semoga tok akak diringankan beban kesakitan..dipermudahkan semua urusan.
Padat bagaikan dah disusun itinerary yg dibuat Hanis sekeluarga. Apa pun yg jelas ukhuwah, kegembiraan, susah-senang dirasai bersama barulah akan ada kasih yg panjang. Tidak ada sesalan dihujungnya pada semua biar apa pun yg mahu Allah berikan kemudiannya.
meriah...silaturahim yang nampak erat
Post a Comment