Alhamdulillah.. Hari keluarga belah ibu mertuaku telah berjaya diadakan pada tanggal 25 sehingga 27 Mac 2016. Lokasinya adalah di Kampungstay Desa Murni, Temerloh. Syukur bila semuanya dapat berkumpul. Program bermula pada petang jumaat. Hari tu anak-anak sekolah. Jadi kami sekeluarga bertolak dari rumah selepas solat jumaat. Sampai di Temerloh dalam pukul 5 petang. Alhamdulillah.. perjalanan lancar. Waktu kami sampai sudah ramai ahli keluarga yang lain sudah selamat tiba di sana. Ada juga yang masih dalam perjalanan dan ada juga yang sampai pada keesokan harinya.
Jumlah bilik penginapan yang mencukupi, keadaan rumah yang menarik dan selesa serta kolam mandi yang bertingkat ini menjadi daya penarik buat kami untuk mengadakan hari keluarga kali yang ke-6 di sini.
Antara bilik penginapan di Desa Murni Homestay. Setiap bilik ada 2 katil king bed. Alhamdulillah.. cukup selesa untuk kami semua mendiaminya selama 3 hari 2 malam.
Almari yang disediakan di dalam bilik.
Ruang rehat di tingkat yang cukup luas di luar bilik kami. Memang selesa sangat berkumpul beramai-ramai di Kampungstay Desa Murni ni. Rumahnya cukup luas. Ruang tamu dan dapurnya pun besar. Peralatan rumah seperti TV dan peti ais juga semuanya besar-besar belaka.
Bilik airnya.
Penginapan jenis kabin juga terdapat di sini. Anak-anak bujang aku semuanya tidur di sini. Luas juga kabinnya. Muat untuk menginap satu keluarga dengan selesa. Ada 4 biji tilam di dalamnya. Ada bilik air dan juga tv dalam kabin ni.
Si comel yang ceria..
Alhamdulillah.. malam pertama tu kami dapat solat jamak maghrib dan isyak berjemaah. Selepas itu diadakan tahlil dan bacaan yaasin. Solat subuh juga kami berjemaah. Ada rezeki juga untuk sebahagian dari kami dapat berqiamulail. Dapat berkumpul bersama-sama memang seronok. Bila dapat beribadat bersama-sama ianya jadi lebih seronok. Syukur..
Terima kasih ALLAH.
Semoga kehidupan kita semua sentiasa dirahmati olehNYA.
Terima kasih ALLAH.
Semoga kehidupan kita semua sentiasa dirahmati olehNYA.
Selepas tahlil dan bacaan yaasin, kami menunggu orang-orang dari surau untuk majlis aqiqah baby Madinah dan baby kembar Damia dan Dania.
Ada pulut kuning yang cantik juga yang disediakan oleh my MIL yang cukup kreatif dan pandai masak.
Ada pulut kuning yang cantik juga yang disediakan oleh my MIL yang cukup kreatif dan pandai masak.
Kami berselawat beramai-ramai waktu acara potong jambul baby.
Semoga majlis diberkati.. in sya ALLAH..
Meriah bila 3 orang baby potong jambul sekali.
ALLAH.. comelnya baby.. Geram tengok.
Makcik-makcikku yang vouge dan manis-manis belaka di area tempat makan..
Family photo..
Alhamdulillah.. kami dapat berkumpul dan bergambar bersama.
Selepas warna campuran, merah, kelabu, kuning dan hijau, tahun ini kami sepakat memilih warna biru sebagai tema baju. Sukalah warna biru ni. Nampak cantik dan segar. Selepas bersarapan pagi, agenda pertama adalah mengambil gambar bersama. Agenda bergambar adalah acara wajib setiap kali family day he..he.. Sebagai kenangan di masa hadapan.
Alhamdulillah.. sedikit buah tangan dari kami sekeluarga untuk dikongsi bersama sebagai hadiah permainan dan lucky draw.
Semuanya dalam bentuk makanan dan minuman aje.
Sepupu-sepupu dan anak buah yang manis..
Lagi.. sepupu-sepupu yang manis juga..
Pose yang manis untuk acara lambungan kasih..
Bersedia untuk acara lampungan kasih..
Berpasangan suami isteri, ibu dan anak, ayah dan anak, adik beradik..
Aku pair dengan MIL.. En. Asben pair dengan anak..
Lagi pose yang manis untuk memeriahkan lagi suasana :)
Bersungguh semuanya membaling dan menyambut..
Semangat kesukanan yang tinggi ni he..he.. :) Tapi aku awal-awal dah out sebab aku kaki bangku.. Segala jenis sukan dan permainan memang tak reti nak main he..he..
Acara lari ikat kaki..
Pasangan suami isteri serta pasangan ayah dan anak berdua ni
antara pemenangnya.. Hebatlah!
Kanak-kanak tengah ambil tempat untuk acara kanak-kanak..
Acara musical chair yang ala-ala bola beracun..
Finalistnya.. Serius aje muka he..he..
Acara bola beracun wanita..
Kalut semua orang taknak pegang botol tu.. Takut muzik berhenti time kita pegang tu he..he.. Dahlah botol tu ada 2.. Kejap-kejap botol tu sampai.. Aduhai.. gelabah dibuatnya.. Sampai jadi takut dengan botol kosong tu hahaha..
Meriah terjerit-jerit sampai senget-senget tudung he..he..
Oh ya.. yang macam anjung di sebelah kiri tu adalah area tempat makan..
Ehem.. I kan kaki bangku.. So acara duduk atas bangku macam ni memang boleh menang.. He..he.. at least bolehlah dapat juga tempat ke-3.. Alhamdulillah..
Acara bola beracun lelaki..
Punyalah cool dia orang ni main.. Jeles tengok.. Boleh pass botol tu pelan-pelan aje.. Takde kalut macam waktu game perempuan he..he..
Alhamdulillah.. semua orang seronok..
Itu yang paling penting..
Ini acara gusti lengan lelaki..
Antara acara yang paling meriah pada hari itu.. Semua orang dok berkerumum nak menyaksikannya.. Tengoklah.. anak-anak kecil pun seronok nak menonton acara ni dari dekat..
Acara gusti lengan wanita..
Kuat tau dia orang ni... Dont play-play he..he..
Selepas majlis cukur jambul, kami makan malam dengan juadah lauk aqiqah. Alhamdulillah.. sedap kari kambingnya. Alhamdulillah.. sepanjang kami di Desa Murni, makanan yang disediakan semuanya sedap dan menepati selera kami. Pinggan mangkuk dan tempat makannya juga sentiasa bersih. Itu paling utama.
Makcik-makcikku yang vouge dan manis-manis belaka di area tempat makan..
Family photo..
Alhamdulillah.. kami dapat berkumpul dan bergambar bersama.
Selepas warna campuran, merah, kelabu, kuning dan hijau, tahun ini kami sepakat memilih warna biru sebagai tema baju. Sukalah warna biru ni. Nampak cantik dan segar. Selepas bersarapan pagi, agenda pertama adalah mengambil gambar bersama. Agenda bergambar adalah acara wajib setiap kali family day he..he.. Sebagai kenangan di masa hadapan.
Sebaik lepas bergambar, acara seterusnya adalah acara sukaneka. Macam-macam acara yang ada. Seronok dan bagai nak pecah perut sebab asyik gelak aje. Yang menonton sibuk bersorak dan menyokong kumpulan favourite masing-masing. Yang peserta-peserta pulak dalam kusyuk nak bertanding masih gigih juga nak buat lawak spontan yang cukup menghiburkan. Setiap kumpulan sibuk nak bahankan kumpulan yang lain he..he.. Nama kumpulan nak gempak aje ha..ha.. Meriah sangat suasananya. Kalah menang kan adat permainan. Usik mengusik sesama keluarga pula membawa bahagia. Jadi apa ada hal, kan?
Emcee yang disediakan oleh Desa Murni juga sangat membantu untuk memeriahkan acara sukaneka pada pagi itu. Acara diadakan di kawasan berbumbung. Jadi takdelah panas sangat. Hadiah untuk acara sukaneka disumbangkan oleh ahli keluarga. Ikutlah siapa yang nak sponser untuk permainan mana. Begitu juga dengan hadiah untuk cabutan bertuah. Alhamdulillah.. semuanya begitu bermurah hati. Baguskan bila dapat sama-sama berkongsi rezeki dengan keluarga. Semoga semua ahli keluarga semakin dimurahkan rezeki hendaknya.. in sya ALLAH.

Waktu nak beli hadiah untuk permainan, aku tanya en.asben nak sponser hamper untuk lucky draw tak? Bila en.asben kata OK aje, seronoklah aku pergi memborong barang makanan nak buat hamper. (Aku bab-bab ni memang suka aje he..he..). Nasib ada teman-teman ofis yang temankan dan tolong angkatkan barang. (Terima kasih kawan-kawanku yang budiman). Sebab tahu diri tak reti nak balut-balut plastik untuk buat hamper, jadi waktu beli barang aku beli sekali beg yang agak-agak muat untuk aku masukkan barang makanan dan minuman tu. Alhamdulillah.. Muat elok aje dapat susun semuanya dalam setiap beg. He..he.. maka jadilah hadiah dan hamper dalam bentuk beg aje. Walaupun nilainya tak besar, tapi rasa berbesar hati sangat nak berkongsi dengan setiap ahli keluarga.
Ini acara boling kelapa..
Baling jangan tak baling..
Pemain dan penonton sama meriah..
Lagi.. sepupu-sepupu yang manis juga..
Pose yang manis untuk acara lambungan kasih..
Bersedia untuk acara lampungan kasih..
Berpasangan suami isteri, ibu dan anak, ayah dan anak, adik beradik..
Aku pair dengan MIL.. En. Asben pair dengan anak..
Lagi pose yang manis untuk memeriahkan lagi suasana :)
Bersungguh semuanya membaling dan menyambut..
Semangat kesukanan yang tinggi ni he..he.. :) Tapi aku awal-awal dah out sebab aku kaki bangku.. Segala jenis sukan dan permainan memang tak reti nak main he..he..
Acara lari ikat kaki..
Pasangan suami isteri serta pasangan ayah dan anak berdua ni
antara pemenangnya.. Hebatlah!
Kanak-kanak tengah ambil tempat untuk acara kanak-kanak..
Acara musical chair yang ala-ala bola beracun..
Finalistnya.. Serius aje muka he..he..
Acara bola beracun wanita..
Kalut semua orang taknak pegang botol tu.. Takut muzik berhenti time kita pegang tu he..he.. Dahlah botol tu ada 2.. Kejap-kejap botol tu sampai.. Aduhai.. gelabah dibuatnya.. Sampai jadi takut dengan botol kosong tu hahaha..
Meriah terjerit-jerit sampai senget-senget tudung he..he..
Oh ya.. yang macam anjung di sebelah kiri tu adalah area tempat makan..
Ehem.. I kan kaki bangku.. So acara duduk atas bangku macam ni memang boleh menang.. He..he.. at least bolehlah dapat juga tempat ke-3.. Alhamdulillah..
Acara bola beracun lelaki..
Punyalah cool dia orang ni main.. Jeles tengok.. Boleh pass botol tu pelan-pelan aje.. Takde kalut macam waktu game perempuan he..he..
Alhamdulillah.. semua orang seronok..
Itu yang paling penting..
Ini acara gusti lengan lelaki..
Antara acara yang paling meriah pada hari itu.. Semua orang dok berkerumum nak menyaksikannya.. Tengoklah.. anak-anak kecil pun seronok nak menonton acara ni dari dekat..
Acara gusti lengan wanita..
Jom kita lihat siapa yang paling ganteng.. Eh.. siapa yang paling gagah he..he..
Acara batu seremban pun ada juga tau..
Acara baling selipar dan galah panjang pun ada..
Semuanya meriah.. Gambar ada banyak tapi tak dapat nak masukkan semua..
My beloved family yang manis-manis belaka..
Sebelum makan kita posing-posing dulu..
Family adik bongsu MIL..
My lovely family..
Kolam renang yang menggoda waktu tengah hari tu..
Mahunya anak-anak tak beria nak minta izin mandi he..he..
Aku pun tergoda sangat melihatnya..
Punyalah ceria bila dah dapat mandi.. Waktu ni anak-anak aku aje yang ada dalam kolam.. Orang lain semua tak turun lagi sebab tengah terik waktu ni.. Tapi kisah pulak anak-anak aku tu he..he.. Konsepnya biar hitam asalkan dapat mandi.. Maklumlah rumah sendiri takde swimming pool..
Acara potong kek beramai-ramai.. Syukur..
Sebab aku lahir dalam bulan mac maka dapatlah join acara potong kek ni he..he..
Kek dua tingkat lagi.. Kelas kan??
Kek coklat sedap yang cantik dan menggoda hasil air tangan MIL..
Selepas aje minum petang anak-anak semua sambung mandi kolam. Emak-emak sambung lepak tepi kolam.
Acara baling selipar dan galah panjang pun ada..
Semuanya meriah.. Gambar ada banyak tapi tak dapat nak masukkan semua..
Acara permainan berakhir dekat pukul 1 petang macam tu. Dah selesai acara tu kita makan tengah hari pula. Seperti yang aku beritahu, makanan yang disediakan di Desa Murni ni sedap-sedap semuanya. Tapi ikan patin masak tempoyak takde walaupun tempat ni kat Temerloh he..he.. (sedikit frust di situ!). Alhamdulillah.. lepas dah kenyang makan ramai yang masuk bilik untuk solat dan berehat. Aku dah sah-sah siap tidurlah he..he.. Anak-anak sibuk nak mandi kolam. Tak bagi mandi, rasa kesian pulak. Jadi bagilah juga dia orang mandi waktu panas terik tu.
Sebelum makan kita posing-posing dulu..
Family adik bongsu MIL..
My lovely family..
Kolam renang yang menggoda waktu tengah hari tu..
Mahunya anak-anak tak beria nak minta izin mandi he..he..
Aku pun tergoda sangat melihatnya..
Punyalah ceria bila dah dapat mandi.. Waktu ni anak-anak aku aje yang ada dalam kolam.. Orang lain semua tak turun lagi sebab tengah terik waktu ni.. Tapi kisah pulak anak-anak aku tu he..he.. Konsepnya biar hitam asalkan dapat mandi.. Maklumlah rumah sendiri takde swimming pool..
Pemandangan dari tingkap bilik aku..
Dapatlah intai-intai dan pantau-pantau anak-anak mandi kola dari sini..
Dengar suara jerit lain macam aje cepat-cepat intai ke bawah.. Tak lena tidur mama nak oi.. Eh.. Iya ke tak lena tidur??? he..he..
Dengar suara jerit lain macam aje cepat-cepat intai ke bawah.. Tak lena tidur mama nak oi.. Eh.. Iya ke tak lena tidur??? he..he..
Petang tu, dalam pukul 5 petang kami semua berkumpul meraikan acara sambutan hari lahir untuk ahli keluarga yang lahir pada bulan mac. Ramai juga yang lahir pada bulan mac. Semoga kesemuanya mendapat keberkatan umur, kesihatan yang baik, kemurahan rezeki, keindahan ibadat dan kesejahteraan dan kebahagiaan yang berpanjangan di dunia dan di akhirat.. in sya ALLAH.. Bila dah celebrate birthday, jadinya petang tu sambil minum petang kita makan kek coklat yang sedap. Alhamdulillah.
Sebab aku lahir dalam bulan mac maka dapatlah join acara potong kek ni he..he..
Kek dua tingkat lagi.. Kelas kan??
Kek coklat sedap yang cantik dan menggoda hasil air tangan MIL..
Bestnya mandi kolam..
Hajat hati memang nak mandi kolam juga. Tapi tak kesampaian he..he.. Sepatutnya petang tu ada acara cari guli dalam kolam. Tapi waktu nak mula main tu ramai pulak orang luar yang datang untuk mandi kolam. Jadi rasa tak selesalah nak buat permainan tu bila ada orang luar. Sudahnya permainan cari guli dalam air di tukar kepada acara ping pong. Dengarnya meriah juga acara tu. Malamnya selepas solat jamak maghrib dan isyak kami semua makan malam. Ada BBQ juga pada malam tu. Alhamdulillah.. sedap dan kenyang. Lepas makan malam dan BBQ, ada acara pertandingan karaoke. Acara sampai pukul 12 tengah malam sebelum masing-masing masuk tidur.
Bangun pagi, solat subuh berjemaah. Lepas tu sambung tidur he..he. Bangun tidur, dah siap mandi terus kemas barang sikit-sikit. Sebab tengah hari tu dah nak balik dah. Siap kemas turun bawah untuk bersarapan. Lepas bersarapan kami semua berkumpul di dalam rumah untuk majlis penyampaian hadiah dan cabutan bertuah. Meriah acaranya. Alhamdulillah.. rasanya semua orang dapat sesuatu untuk dibawa pulang. Hadiah untuk pemenang permainan, hadiah untuk pemilik nombor bertuah, hadiah cenderahati kenang-kenangan dan hadiah istimewa untuk kanak-kanak dari ahli keluarga yang baik budi. Terima kasih banyak ya.
Salam hormat untuk semua. In sya ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi amanillah.
Berkumpul untuk acara penyampaian hadiah yang penuh meriah.
Selepas acara penyampaian hadiah, diadakan juga acara undian untuk memilih setiausaha yang baru untuk hari keluarga yang ke-7. Bendahari pada tahun ini juga bertukar kepada bendahari yang baru untuk memberi peluang untuk bendahari sedia ada untuk berehat. Terima kasih Cik Faridah. Tahniah Cik Adam. Ucapan setinggi penghargaan terima kasih dan tahniah buat Puan Aishah dan seisi keluarga yang telah menjadi setiausaha yang cemerlang untuk program Hari Keluarga Haji Miskun yang ke-6.
Good job Aishah!!!
Tahniah juga untuk setiausah kami yang baru, Puan Noraini.
All the best Adik!!!
Sebahagian dari hadiah-hadiah yang ohsem pada hari tersebut..
Tarikh hari itu adalah 27 Mac 2016. Genap 2 tahun pemergian Arwah Embah tersayang. Semoga arwah tenang di sana. Al-Fatihah untuk arwah. Hari tu juga adalah hari ulang tahun kelahiranku yang ke-40. Syukur Alhamdulillah.. Terima kasih ALLAH kerana memanjangkan usiaku. Semoga amalan dan ibadatku terus meningkat seiring dengan pertambahan usia. Syukur Alhamdulillah juga kerana Hari keluarga Haji Miskun yang ke-6 telah berjalan dengan lancar, selamat dan penuh meriah. In sya ALLAH.. ada rezeki, panjang umur kita berkumpul lagi. Sebelum tu semuanya kena rajin-rajin kumpul duit. Untuk menjayakan program sebegini memerlukan belanja yang agak besar. Jadi setiap keluarga perlu memberikan komitmen agar program ini akan dapat diadakan setiap tahun. Peringatan untuk diriku juga ni.
Alhamdulillah.. dapat bunga yang cantik dari emak mertua tersayang sempena hari lahirku. Terima kasih banyak emak. Tak terucap rasa terima kasihku. Doaku semoga emak dan ayah mertuaku dan seisi keluarga sentiasa dirahmati ALLAH hendaknya. Kakak ipar juga dapat bunga dari emak sebab kakak dapat Anugerah khidmat cemerlang. Alhamdulillah.. Tahniah Kak li!
Di penghujung majlis kami berselawat dan bersalaman. Selepas itu mengemas barangan masing-masing untuk di bawa pulang dan makan tengah hari. Selepas makan kami bertolak pulang. Alhamdulillah.. kami semua selamat sampai ke rumah masing-masing. Terima kasih ALLAH. Terima kasih buat semua Ahli Keluarga Haji Miskun yang sangat ohsem. Semoga persaudaraan ini terus kekal erat dan mesra. Semoga ALLAH merahmati kita semua di dunia dan di akhirat.. In sya ALLAH.
5 comments:
Bestnya...CNY hari tu plan nak buat family in law gathering tapi arwah mak tak sihat masa tu so cancelled...boleh tahu tak..yg ni rumah no brp ye ??
As-salam Norma NML,
Alhamdulillah.. Best. Oh ye ke.. Kami ramai. Jadi banyak rumah yang kami sewa. Tapi untuk solat jemaah dan berkumpul, kami adakan di rumah utama yang besar tu.
Tahniah Pn Hanis.
Terima kasih sudi singgah ke Kampungstay.
Selamat berpuasa
Salam nak tanya.brapa rate/person.terima kasih. Seronok lihat keluarga puan..nak buat family day jugak..
As-salam Anon,
Alhamdulillah.. terima kasih. ALLAH.. Minta maaf. Saya dah tak ingat berapa rate/person. Tapi rasanya dalam 100++ seorang. Semoga selamat mengadakan family day nanti.. in shaa ALLAH. TQ ya.
Post a Comment