Wednesday, June 8, 2016

3 Ramadhan..

Assalamualaikum... 

Ramadhan kareem.. Alhamdulillah.. berkesempatan lagi untuk merasai Ramadhan pada tahun ini. Syukur.. Terima kasih ALLAH untuk segala nikmat yang dipinjamkan. Salam Ramadhan buat semua. Alhamdulillah.. hari ni dah 3 hari dah kita berpuasa. Kalau panjang umur malam ni hari yang ke-4 kita bersolat terawikh. ALLAH.. terasa cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru aje semua orang countdown Ramadhan. Lepas tu ramai-ramai memohon kemaafan sebelum menjelangnya Ramadhan. Hari ini dah 3 Ramadhan.

Alhamdulillah.. bersyukur sangat kerana dapat waktu kerja baru di bulan Ramadhan ni. Tahun ni dapat balik pukul 4.30 petang. Alhamdulillah.. pukul 5 petang dah selamat berada di rumah. Bila balik awal, ada lebih banyak masa sebelum masuknya waktu berbuka. Jadi semua kerja dapat dibuat dengan tenang tanpa perlu tergesa-gesa. Sebelum masuk waktu berbuka sempatlah nak mengaji sikit. Badan pun rasa tak letih sangat bila ada masa untuk merehatkan badan walaupun di hari berkerja.

Tahun ni, solat terawikh pertama  buat di rumah mertua. Puasa yang pertama adik aku dan suami berbuka di rumah. Alhamdulillah.. seronok dapat sambut Ramadhan bersama-sama dengan keluarga mertua dan juga keluargaku sendiri. Meriahnya lebih terasa. Syukur ya ALLAH. Untuk berbuka yang pertama tu, walaupun dah sediakan lauk lain tetap juga adikku nak emak masakkan rendang ayam. Dia sampai pun dah lambat sebab jalan jem dan singgah dulu beli barang untuk masak rendang. Jadinya, dah masuk waktu berbuka, rendang ayam masih tertenggek atas dapur. Bestnya bau rendang. Rasa macam nak raya pulak walaupun baru berbuka puasa hari pertama he..he..

Malam tu kami sekeluarga bersama adik dan suami berjalan kaki ramai-ramai ke surau taman. Balik dari solat, duduk berkumpul minum-minum sambil makan keropok cicah sos. Seronok rasanya dapat borak-borak dengan adik dan emak. Walaupun dekat, tapi aku dan adik jarang sangat nak dapat jumpa. Jadi bila dah jumpa tu rasa macam-macam nak kongsi kisah keluarga. Sehari sebelum Ramadhan, kami sempat menziarahi kubur arwah adik. Dah 3 kali ramadhan dah arwah takde bersama-sama kami. Tapi semestinya arwah tetap sentiasa di hati. Anak-anak arwah pun sempat menyambut Ramadhan bersama papa mereka. 

Aku dan teman-teman karib juga dah ada plan untuk Ramadhan tahun ini. Harap-harap apa yang dirancangkan akan menjadi.. in shaa ALLAH. Semakin meningkat usia, semakin aku menghargai hubungan  kekeluargaan, hubungan persaudaraan dan hubungan persahabatan. Terasa mahu menjaganya sebaik mungkin. Rasa sayang sangat kalau ianya dipersia-siakan. Aku tahu, bukan selamanya kita merasai kebahagiaan yang sama. Selagi direzekikan dengan kebahagiaan ini, kita berbahagialah sebaiknya. Doaku, semoga Ramadhan tahun ini menjadi Ramadhan yang terbaik buat kita semua. Semoga amalan-amalan kita diterima dan semoga kehidupan kita semua terus diberkati oleh ALLAH.

Salam Ramadhan dari kami sekeluarga..

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah..

2 comments:

Qhaifa Nur said...

wsalam....

Salam ramadhan juga...
jap dah 3 hr kita berposa..alhamdulillah seronoknya bila ramai yg berkumpul...sama2 jln kaki pergi masjid

nur pun ambil kesempatan awal ramadhan balik umah mak..
rendang ayam sedapnya...mak pula bt rendang udang...
moga thn ini lebih baik dr sblmnya..

Izwa Kamaruddin said...

Alhamdulillah kak..semoga akak sekeluarga terus diberkati ALLAH SWT.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...