Tuesday, July 12, 2016

Cerita raya 2016 kami...

Assalamualaikum..


Selamat hari raya buat semua. Maaf zahir dan batin penuh ikhlas dariku buat semua yang mengenali.

Hari raya tentu banyak cerita dan penuh dengan kenangannya, kan? Aku sendiri pun begitu. Dua hari sebelum raya hp aku buat perangai. Tak tahu kenapa langsung tak boleh nak on. Aduh.. time nak rayalah dia buat hal. Malas nak fikir banyak aku dah plan nak beli hp baru aje. Sebab nak raya tentulah hp sangat berguna untuk menyimpan gambar kenangan raya. Kalau nak hantar repair takut ambil masa yang lama. Aku memang nak ada hp time raya. Waktu nak pergi survey hp baru, aku 'ter'lalu kat kedai repair HP. Sajalah check kalau-kalau boleh repair phone aku tu. Orang kedai kata dia kena check dulu. Aku tanyalah berapa lama dia nak check tu. Dia kata 20 minit aje. Oh.. kalau 20 minit aje bolehlah aku repair HP aku tu. Lepas 20 minit masih tak boleh repair. Dia nak check lagi dalam 15 minit. Dah tunggu 20 minit apalah sangat nak tunggu lagi 15 minit, kan? Jadi aku tunggulah. 

Sambil-sambil tunggu tu dapatlah beli sepasang lagi baju raya untuk aku dan Han. (Dua pasang aje pun baju raya tahun ni). Alhamdulillah.. lepas 15 minit HP aku berjaya dibaiki.  Harga repair RM120. Okeylah tu. Kalau nak beli hp baru tentu lagi banyak jumlah duit yang kena keluar. Syukur sangat-sangat walaupun terpaksa redha bila banyak nombor telefon  dan gambar-gambar yang hilang dari simpanan. Sebelum tu, dahlah hp rosak. Ditakdirkan beg dan kasut yang sepatutnya aku pakai untuk raya tak boleh aku gunakan untuk hari raya atas sebab-sebab tertentu. Jadi aku adalah sedikit sedih di situ. (Macam budak sangat perangai tu kan he..he..) Terus cakap kat en.asben nak beli HP dengan handbag baru. Hp dah tak payah beli. Jadi aku minta en.asben belikan handbag baru. Sebab aku saja nak kelainan. Kalau aku yang beli sendiri memang aku akan beli pattern yang sama dan warna yang asyik-asyik sama juga. Aku cuma cakap aku nak handbag yang besar aje. Senang boleh sumbat semua barang. Jangan beli yang mahal-mahal sangat. Asal cantik, sudah. Itu aje pesanan penaja dari aku he..he.. So petang raya tu balik kerja en.asben singgah belikan handbag aku. Alhamdulillah.. aku suka sangat dengan handbag baru tu. TQ en.asben. Kalau aku yang beli sendiri memang beg tu tak akan jadi pilihan hati. Tapi sudahnya aku sendiri dah jatuh hati dengan beg tu. 

Ehem.. nampak sipi-sipi handbag baru kita :)  
Dalam bulan ramadhan kawan Han pun ada hadiahkan dia handbag kecil.. En.asben tak tahu pun pasal tu.. Sekali boleh sama kaler pulak handbag yang en.asben beli untuk aku dengan handbag Han.. He..he.. boria terus beg mama dengan anak dara..

Alhamdulillah.. tahun ni kami beraya bersama dengan keluarga mertua.  Tahun ni kemeriahan beraya terasa sedikit berkurang bila kakak iparku tidak sihat. Seisi keluarga jadi risau dan susah hati. Doaku semoga kakak iparku diberikan kesembuhan segera, kesabaran yang tinggi dan terus mendapat kesihatan yang baik.. In shaa ALLAH. Emak dan anak-anak arwah adikku ikut adik bongsuku beraya di Taiping dan di Kedah. Tahun ni sebelum raya aku tak cuti. Sebab beraya di Kajang jadi terpaksalah mengalah kasi chance orang yang balik kampung jauh bercuti dahulu. Jadi hari isnin dan selasa sebelum raya tu aku masih ada di pejabat yang dah lengang dan sunyi sepi tu. Alhamdulillah.. hari selasa dapat pelepasan untuk balik lebih awal sikit. Jadi dapatlah juga menolong mertua memasak juadah raya walaupun waktu aku sampai dah hampir 70% kerja-kerja memasak selesai. Mujur ada anak-anak buah dan kakak ipar yang tolong emak mertuaku.  Malam raya kami bermalam di rumah mertua. Pagi raya Lepas solat raya, makan-makan raya, bersalam raya dan bergambar raya kami semua terus kemas-kemas untuk balik kampung arwah embah en.asben di Sabak Bernam. 

 Emak, adik bongsu dan suami dan anak-anak buahku yang beraya 
di Taiping dan Kedah.. 
Bukan main lagi semuanya sedondon.. :)
Tahun ni anak-anak lelaki semua pakai kurta.. Adik aku belikan untuk semua anak-anak buahnya termasuklah untuk en.asben di Bandung..

Bersama keluarga mertua.. 
Tak cukup korum sebab kakak iparku takde dalam gambar..
Tolong sama-sama doakan kesihatan kakak iparku ya, TQ.

 Mertuaku bersama anak-anak dan cucu-cucunya..

 
Kesayanganku.. 

 Han dan sepupu-sepupunya sempat berphotoshoot di luar rumah nenek.. 

Mama bersama Han, Is dan Az tersayang.. 

Terindah dalam hidupku.. Terima kasih ALLAH.. 

Pinjaman dari ALLAH.. Terima kasih ALLAH.. 

Cinta hati.. Terima kasih ALLAH..   
 
Semoga kami sekeluarga direzekikan dengan kebahagiaan yang 
berpanjangan di dunia dan di akhirat.. In shaa ALLAH.. Aamiin..

Sebelum balik kampung tu sempat singgah beraya di rumah pakcik dan makcikku di Bangi. Lepas tu balik rumah dulu sebab baju nak balik kampung pun tak kemas lagi. Sambil mengemas tu sempatlah basuh dan sidai baju dulu. Lepas zohor baru kami bertolak ke kampung. Alhamdulillah.. perjalanan lancar walaupun di sesetengah tempat jalannya agak sesak. Kami sampai di kampung dalam pukul 6.30 petang. Takde siapa pun di rumah embah. Ada pakcik en.asben dan anaknya serta kami sekeluarga bersama keluarga mertua. Tapi kami okey aje. Aku memang jenis tak kisah sangat. Kat mana-mana pun sama. Ramai orang  atau takde orang pun tak jadi masalah buat aku. Raya kedua, lepas subuh aku keluar dengan en.asben cari sarapan. Walaupun lauk raya ada banyak lagi, tapi nak juga membeli nasi lemak kampung bungkus daun pisang yang sedap tu. Malam tu pakcik en.asben ada bercerita kata roti canai kat kampung pun sedap. Jadi pagi tu en.asben pun belilah roti canai juga. Alhamdulillah.. sedap semuanya. Seperti biasa, aku memang berselera aje bab makan he..he..

 Selalu kereta penuh.. bila anak-anak arwah adik dah ikut maksu, jadi kosong pulak kereta.. Apalagi, anak-anak buat kereta jadi rumahlah he..he..
 Semua pakat-pakat tidur baring dalam kereta.. Paling best siap ada hidangan kuih raya lagi.. Eh.. nak promote sikit.. Kuih tart Kak Ati Masrif Blogger tu sedap tau.. kami sekeluarga suka sangat-sangat dengan tart kak ati..

Lepas sarapan raya kedua tu, dah selesai mertuaku menziarahi kubur arwah embah kami semua keluar beraya. Pagi tu sempatlah beraya ke 4 buah rumah. Lepas tu balik rumah untuk solat zohor. Lepas solat sambung tidur pulak he..he.. Bangun tidur lepak dengan anak-anak tengok tv. Tolong emak mertua pasang langsir sikit. Lepas tu, kemas-kemas beg nak balik Bangi. Sebelum balik sempat lagi ikut mertuaku beraya ke sebuah rumah lagi. Kami bertolak dari kampung dalam pukul 6.30 petang. Jalan memang sesak. Terpaksa ikut jalan dalam. Ikut google map dibawaknya kami jalan ikut tengah-tengah sawah. Kanan sawah padi, kirinya macam terusan. ALLAH.. aku punya seram hanya ALLAH yang tahu. Dahlah jalan tu muat-muat untuk sebuah kereta aje yang lalu. Syukur.. perjalanan kami sekeluarga dilindungi. Dalam perjalanan pakcik aku dah call suruh singgah rumahnya sebab makcikku ada buat nasi ayam. Tapi sebab semua orang dah lapar jadi kami singgah makan subway dulu. Sampai rumah pakcik aku makan lagi nasi ayam he..he.. Lepas singgah rumah pakcik aku semua, pukul 12 tengah malam baru kami sampai ke rumah. Pukul 4 pagi emak, adik dan anak-anak buahku pula sampai dari Kedah. Alhamdulillah.. perjalanan raya kami selamat semuanya.
 Alhamdulillah.. dah selesai beraya di kampung Sabak Bernam.. 
Kami dah nak balik Bangi dah..

Bangun pagi terus borak-borak bercerita raya dengan emak. Layan anak-anak mengira duit raya. Asingkan siap-siap sebahagiannya untuk dimasukkan ke dalam akaun bank masing-masing sebelum semua duit raya tu lebur menjadi barang mainan he..he.. Kemudian siapkan sarapan. Sebelum tu keluar juga nak cari sarapan. Tapi takde kedai dan gerai pun yang buka kat sekitar rumah aku tu hu..hu.. Sudahnya beli roti aje. Balik rumah aku goreng telur. Lepas sarapan, terus kemas-kemas rumah. Settlekan kain baju. Mana yang kena angkat. Mana yang kena lipat. Mana yang kena basuh. Mana yang kena sidai. (Panjang kisahnya kalau cerita pasal urusan kain baju, kan? Macam tak habis-habis he..he..). Lepas tu menyapu rumah atas bawah. Lepas siap menyapu isi kuih muih dalam balang pulak. Lepas tu siapkan nak masak tengah hari. Sambil-sambil tu packing baju pulak lagi sebab kami ada family day belah Taiping pulak hari tu. Konon nak keluar rumah lepas solat jumaat. Tapi sudahnya dekat pukul 4 baru keluar dari rumah. Itupun dah siap nak masak lunch + bekal untuk family day sekali separuh jalan gas habis. Pergi kedai nak beli gas semua masih tutup. So pasrah ajelah. Simpan semua dalam peti ais balik. OTW ke Hulu Langat untuk family day kami singgah mamak. Sekian cerita raya aku dan keluarga.

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.. 

4 comments:

Izwa Kamaruddin said...

Selamat Hari Raya kak Hanis ;)

Hudalatip said...

Selamat Hari Raya untuk akak dan family. Seronok la anak2 buah akak yea beraya di Perlis..Baju raya semua simple dan cantik..Saya pun nak beli kuih tart Kak Ati asik nengok je kat instagram dia, terliur tak sempat nak order untuk raya hari tu..Akak dengan Han nampak seiras confuse saya hehe..Dan pandai suami akak belikan handbag, untung akak..

anyss said...

Assalamualaikum,
meriahnya raya

mamaarifakeemaisy said...

Salam ziarah express..hii..

dh terlambat, tp tkpelah.. meriahnya raya. selamat hari raya.. hihi..dh basi pun kan.. tp seronok tgk gambar memori raya, eina dlm mood berpantang raya baru ni, pepun 1 syawal sempat abadikan juga gambar kenangan dengan family. hihi..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...