Kegatalan kulit kepala boleh buat kita jadi tak selesa. Sejak dulu, aku belum jumpa shampoo yang sesuai denganku untuk masalah kelemumur. Walaupun taklah teruk sangat masalah tu tapi bila ada rasa gatal, ianya tetap buatkan aku rasa tak selesa. Kalau guna shampoo biasa, kelemumur dan kegatalan kulit kepala selalu hilang sekejap. Tapi selepas itu, ianya akan datang menyerang kembali. Bermacam shampoo yang aku guna tapi tetap tak jumpa yang sesuai denganku.
Tahun lepas emak sibuk bercerita tentang shampoo kaler biru ni. Emak kata sejak pakai shampoo tu kelemumurnya langsung hilang. Takde lagi dah masalah kegatalan di kulit kepala bila kelemumur dah takde. Bila emak kata macam tu aku pun teringin nak cuba. Alhamdulillah.. shampoo kaler biru tu memang sesuai juga denganku. Kelemumur terus hilang dan kegatalan kulit kepala juga terus tiada. Memang wow sangat shampoo kaler biru tu he..he..
Dua bulan lepas waktu nak beli stok barang rumah, shampoo kaler biru tu takde pulak kat Billion tempat aku shopping. Malas nak pergi cari kat tempat lain, aku belilah shampoo yang sebelum ni aku pakai. Bila pakai shampoo lama tu, kelemumur datang semula. Sehari lepas shampoo kulit kepala dah rasa gatal. Adooiii.. stress dibuatnya. Mula tu tak perasan juga. Tapi bila rasa gatal kulit kepala terus berulang barulah aku teringat untuk cari shampoo kaler biru tu semula. Tapi sebelum tu muak nak habiskan shampoo yang lama tu dulu hu..hu..
Minggu lepas waktu pergi kedai aku terus beli shampoo yang best tu semula. Alhamdulillah.. sampai hari ini dah takde lagi masalah kelemumur dan kegatalan kulit kepala. Aku sangat-sangat suka sampai teringin nak berkongsi dengan orang lain. Mana tahu ianya memberi manfaat buat orang lain juga. Jadi kepada sesiapa yang ada masalah kelemumur dan kegatalan kulit kepala bolehlah cuba guna shampoo kaler biru yang best tu. Harap-harap ianya serasi dan sesuai untuk anda juga.
Tarrraaa.. Inilah shampoo kaler biru bak kata emak aku tu he..he..
Shampoo Sunsilk Anti Dandruff yang best.
P/s : Entry ni bukan iklan berbayar ya.
Ianya ikhlas dari hati pengguna yang sangat berpuas hati.
(Gambar pinjam kat en. google.. TQ)
Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah..
10 comments:
Skrg ni susah nk dpt shampoo yg sesuai dgn kulit kepala...Dulu guna gak shampoo ni...
Skrg guna safi pula huhu...
Salam Sis..
Saya ada masalah jugak dengan kelemumur/kulit kepala ni..sampai buat rambut keguguran byk sgt... sakit mata tgk..
dah cuba jugak syampu ni..mmg xde kesan.. last2 cuba syampu Selsun Blue tu... alhamdulillah...so skrg gilir2 guna dengan syampu biasa.. klu time kelemumur teruk sangat (esp kalau time simpan rambut panjang), terpaksa guna Selsun Yellow tu... mahal sikit tp mmg berkesan..
so far Selsun Blue dengan Selsun Yellow mmg stok wajib kat rumah.. dan skrg x leh simpan rambut panjang2 sbb susah jag.. hihi
As-salam Qhaifa,
Betullah.. akak pun dah bertahun2 tak pernah jumpa shampoo yang sesuai sampailah akak guna sunsilk biru ni.. tapi jenis kulit kepala dan rambut kan lain2.. ada yang serasi dengannya, ada yang tidak. TQ ya Qhaifa.
As-salam Juls Julie80,
Akak pun pernah cuba selsun blue tu.. tapi untuk akak pulak shampoo tu tak berkesan.. agaknya kulit kepala akak nak shampoo yang murah juga hehe.. TQ ya Juls Julie
heheh sama2 kak..tu la... lain orang lain kulitnya..ekeke.. ni mmg spesis kepala nak syampu mahal... tu nasib baik rambut pendek.. kalau rambut panjang... alamatnya sebotol tu 3-4x jer guna..ekekek
Saya xde kelemumur tapi kepala selalu gatal sb ikat dan bertudung kot nak try lah nanti
As-salam
Juls Julie80,
Hahaha.. Kan..kalau rambut panjang parahlah sikit.. sebab shampoo tu kecik mahal..
As-salam Idzwa,
Nanti boleh cuba.. mana tahu boleh hilangkan rasa gatal kat kepala tu :)
Sy x pernah cuba yg ni kak.kdg pki x berkesan.letih nk tukar tukar syampoo.tq infonya kak fea
As-salam LM..
Harap2 shampoo yang ini berkesan juga untuk LM..
Betul tu. Saya pun sama. Kelemumur takde pun tapi gatal tu ya Allah
Post a Comment