Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. semalam keputusan PT3 untuk tahun 2017 dah keluar. Sehari sebelumnya lagi aku dah rasa berdebar-debar. Berapa pun keputusannya aku tak berdebar sangat. Tapi berdebar kalau-kalau anakku Fareez tak dapat meneruskan persekolahan di Maahad Hamidiah. Itulah kerisauanku untuknya sepanjang tahun ni. Kalau boleh biarlah dia dapat teruskan persekolahannya di sekolah Maahad tu sehingga tamat tingkatan lima.
Alhamdulillah.. keputusan PT3nya telah diumumkan semalam. Semalam aku kerja. Dekat pukul 10 aku keluar sekejap untuk bawa Fareez ke sekolah. Jantung aku dup dap sepanjang jalan. Untuk meredakannya aku berselawat sepanjang jalan. Tak tahu kenapa macam lama sangat perjalanan nak sampai ke sekolah ha..ha.. Lampu isyarat dahlah lama. Barisannya panjang pulak. Batch kedua baru dapat lepas trafic light tu he..he.. Menguji perasaan betul rasanya.
Waktu kami sampai sekolah ada juga yang dah keluar dari sekolah selepas ambil keputusan. Kira dah lewatlah juga kami sampai walaupun waktu tu rasanya baru pukul 10 suku. Mungkin sebab sekarang ni takde keraian untuk merai pelajar cemerlang jadi prosesnya menjadi lebih cepat dari biasa. Kami terus ke dewan selepas sampai tu. Barisannya pun dah tak panjang. Ada seorang yang sedang mengambil keputusan dari guru kelas dan hanya kami yang berdiri menunggu selepas itu untuk kelas Fareez.
Debaran dalam dada aku makin menjadi-jadi lagi hahaha.. Fareez pun walaupun nampak relaks tapi senyum kat muka dah nampak lain macam jugak. Siapa yang tak cuak kan? Sepanjang tahun ni, keputusan dia ada yang meningkat. Ada yang statik tak naik-naik. Ada juga yang menurun. Anak-anak aku dan anak-anak arwah adik aku memang jenis yang kita tak boleh nak agak prestasi dalam pelajaran. Sebab keputusan periksa ketujuh-tujuhnya memang selalu tak konsisten. Kejap naik. Kejap turun. Bukan juga pelajar cemerlang yang kita boleh awal-awal target boleh dapat result gempak. Semuanya pelajar yang pertengahan saja.
Waktu berdebar dan waktu pelajar yang sedang mengambil keputusan masih duduk di hadapan guru, cikgu kelas memanggil Fareez untuk diberikan fail keputusannya. Kami pun terus ke sebelah cikgu. Waktu lihat keputusan tu air mata aku dah mengalir laju. Bila pandang pada Fareez, kami sama-sama berkongsi senyuman kegembiraan. ALLAH.. Syukur Alhamdulillah. Berderet A nya sampai Fareez terpaksa kira A nya satu persatu. Sebab cantik pulak keputusan kat dalam sijilnya tu tersusun A, B dan C. Mama 8A. Katanya selepas habis kira. Seronok dia sebab target dia nak lebih A dari Is yang dapat 7A untuk PT3 tahun lepas. Aku terus peluk dan cium dia selepas tu. Tahniah anakku. Alhamdulillah. Fareez dapat 8A 1B 2C. Math B. Sains dan Sains Pertanian C. Syukur Bahasa Arabnya A.
Bila tengok ada C tu aku terus tanya kat cikgunya, dengan keputusan macam tu boleh lagi ke teruskan persekolahan di sekolah itu. Cikgunya kata boleh. Kalau tak dapat teruskan akan dapat surat dari sekolah. Syukur Alhamdulillah. Itulah doa aku sepanjang tahun ini. Semoga Fareez dapat keputusan yang cemerlang dan semoga dia dapat terus bersekolah di Maahad Hamidiah tu. Patutlah pelajar di hadapan kami duduk lama di hadapan guru kelas tadi. Pelajar itu mendapat surat dari sekolah. Dalam kegembiraan, aku tetap berasa sedih untuknya. Sebab itulah juga ketakutan aku untuk Fareez sepanjang tahun ini. Harap-harap pelajar itu dapat buat rayuan untuk dapat terus belajar di situ. Semoga dipermudahkan urusan pelajar itu.. in shaa ALLAH.
Malam tadi kami keluar makan untuk meraikan kejayaannya. Walaupun bukan straight A tapi bagi aku keputusannya dah cukup cemerlang untuk diraikan. Sebab kita ibu bapa sendiri tahu bagaimana pencapaian anak-anak kita kan. Bukan senang nak dapat 1A pun. Even nak dapat B, C atau D sekali pun bukan senang. Kita sendiri pun pernah bergelar pelajar kan? Aku sendiri takde masalah bila sekolah meraikan pelajar cemerlang waktu hari keputusan keluar. Bagi aku yang cemerlang layak mendapat penghargaan. Jika keputusan anak kita tak cukup cemerlang untuk diraikan oleh pihak sekolah, kita sendiri boleh raikan keputusan anak kita. Kenapa nak nafikan kejayaan orang lain dan berasa tidak senang bila pelajar cemerlang dirai? Itukan rezeki masing-masing. Bila kita tak dapat kejayaan yang sama, itu rezeki kita. Sekolah tak raikan anak kita, kita sendiri boleh raikan anak kita dengan lebih baik lagi. Itu pandangan akulah.
Aku juga tak rasa perbuatan berkongsi kejayaan anak-anak di media sosial sebagai sesuatu yang tidak baik. Kalau suka boleh like. Kalau tak suka boleh abaikan. Tapi aku tetap hormati pendirian orang yang tak mahu berkongsi kejayaan anak-anak di media sosial sebab tak mahu menganggu perasaan orang lain. Semua orang ada pendirian masing-masing. Kita sendiri tahu apa niat kita. Aku sendiri suka berkongsi di media sosial untuk menjadi memori peribadi dan berkongsi kegembiraan. Pernah di satu program ada penceramah terkenal ni kata, orang yang berkongsi keputusan anak-anak di media sosial adalah LOOSER. Pada aku, tak kisahlah apa pandangan dia. Tapi nak labelkan orang sebagai looser pada aku keterlaluan dan tak hormati pendirian orang lain. Walau betapa berjaya pun dia, tak sepatutnya dia melabel orang lain sebegitu kerana pendirian yang berbeza. Sekali lagi itu pada pandangan aku.
Untuk aku dan keluarga, hari keluar keputusan peperiksaan besar adalah hari untuk meraikan anak-anak. Tak kisahlah walau apapun keputusannya. Takde target berapa A yang perlu dapat untuk anak-anak diraikan. Aku tetap suka nak update kat FB untuk kenangan aku sendiri. Target tu cuma aku letak sebelum peperiksaan untuk senang aku nak bebel bila masing-masing leka. Tapi selepas keputusan keluar aku akan cool dan meraikan apa saja keputusan anak-anak. Asalkan dah berusaha, doa yang terbaik, jaga solat dan selalu baca Al-Quran, berapa pun yang anak-anak dapat kita kena terima itu rezeki mereka.
Tahniah anakku, Fareez Ameer Farhan. Terima kasih banyak buat semua guru-gurunya yang budiman. Terima kasih untuk semua yang mendoakan. Terima kasih kepada semua yang berkongsi kegembiraan dan huluran ucapan tahniah. Doa mama semoga Fareez terus cemerlang dunia akhirat. Semoga arwah mummy dan arwah daddy lebih berbahagia di sana punya anak solleh sepertimu. Semoga ALLAH lindungi anak-anak kita semua. Semoga anak-anak kita semua beroleh kecemerlangan di dunia dan di akhirat.. in shaa ALLAH.
Salam hormat untuk semua. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.
Untuk aku dan keluarga, hari keluar keputusan peperiksaan besar adalah hari untuk meraikan anak-anak. Tak kisahlah walau apapun keputusannya. Takde target berapa A yang perlu dapat untuk anak-anak diraikan. Aku tetap suka nak update kat FB untuk kenangan aku sendiri. Target tu cuma aku letak sebelum peperiksaan untuk senang aku nak bebel bila masing-masing leka. Tapi selepas keputusan keluar aku akan cool dan meraikan apa saja keputusan anak-anak. Asalkan dah berusaha, doa yang terbaik, jaga solat dan selalu baca Al-Quran, berapa pun yang anak-anak dapat kita kena terima itu rezeki mereka.
Fareez dan wajah kegembiraannya semalam.
We are proud of you sayang!
Salam hormat untuk semua. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.
5 comments:
Tahniah hanis dan anakanda Fareez
Alhamdulillah..tahniah Fareez ;)
As-salam Acik Erna & Izwa.
Alhamdulillah.. Terima kasih <3
tahniah, semoga terus berjaya...
As-salam Angah,
Aamiin.. in shaa ALLAH.. Terima kasih banyak Angah.
Post a Comment