Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. dah selesai dah cuti tiga hari minggu lepas sempena Maulidur Rasul hari jumaat lepas. Tiga hari cuti kami tak ke mana pun sebab hari jumaat tu adik aku buat kenduri aqiqah baby barunya di rumahku. Alhamdulillah.. segalanya berjalan dengan baik. Aku memang suka kenduri kendara ni. Suka bila orang datang rumah dan dapat jamu orang makan. Jadi aku memang rasa seronok sangat walaupun perancangannya cukup singkat. Aduhaiii.. Adik-adik aku memang terer kalau nak buat along dia ni kalut macam tu hehe.. Urut dada dibuatnya.
Isnin petang minggu lepas, adik aku call tanya boleh tak nak buat aqiqah anaknya? Memang aku takde plan apa-apa pun minggu lepas. Jadi aku cakap ok ajelah kalau nak buat kenduri aqiqah anaknya. Teruslah aku tanya buat kat mana? Penuh selamba dia jawab nak buat aqiqah kat rumah mamalah (maksudnya nak buat aqiqah kat rumah akulah tu hehe..). Sebab rumah dia dan rumah mertuanya rumah atas. Emak aku pun cuti sekolah memang kat rumah aku. Jadi kalau buat kat rumah aku lebih senang. Nak buat terkejut-kejut tu pulak sebab teringat dia dah nak masuk kerja minggu ni. Nanti dah masuk kerja susah pulak dia nak cuti. Sebab dia kerja masa tak sama dengan orang.
Aku beritahu kat en.asben dulu. Dia kata, takpelah kita tolong mudahkan urusan orang. Alhamdulillah. Bila en.asben dah setuju petang tu juga adik aku datang rumah. Minta izin secara rasmi dari en. asben nak tumpang buat kenduri kat rumah. (Dulu waktu kahwin pun nikahnya buat kat rumah aku juga). Lepas dah confirm kami mula plan untuk buat kenduri aqiqah yang tarikhnya lagi 4 hari. Masa nak urus cuma ada 3 hari aje lagi. Cuak aku weii. Adik aku pulak macam time is not a problem. Semua dia nak. Nak marhaban. Nak pelamin. Nak goodies. Kiranya dia nak majlis yang complete. Semua nak ada. Majlis anak sulung kan? Lama pulak tu tunggu nak dapat yang seorang ni. Jadi naklah semua ada. Kecik besar aje emak aku tengok adik aku. Tapi anak bongsu dia kan. Emak aku layankanlah jugak. Aku pulak, itu ajelah adik aku yang tinggal sekarang. Layankan ajelah he..he..
Bab makanan memang tak jadi masalah. Emak mertua dia dengan emak aku bab masak kenduri memang takde hal. Adik ipar aku terus order kambing untuk aqiqah anaknya. Emak dia masak kambing tu buat lauk kurma yang mabeles. Masakkan nasi putih dan nasi minyak. Buat jelatah timun nenas juga. Emak aku buat laksa johor super sedap. Buat pulut kuning dengan sambal ikan bilis untuk letak dalam goodies. Buat serunding kelapa ikan bilis untuk makan dengan pulut. Buat bubur kacang campur jagung. Emak mertua dia pun buat bubur kacang juga. Lepas tu emak aku buat kari telur untuk makan dengan roti jala. Alhamdulillah. Bab makanan settle. Aku buat roti jala dengan bantuan ramai orang sebab berjam-jam aku nak siapkan adunan 2kg tepung sebab macam-macam nak kena buat in the middle tu hahaha.. Alhamdulillah.. terima kasih kepada yang tolong aku menjala hari tu. (Nieza kawan adik aku, emak mertua aku, kakak ipar aku dengan Ana anak buah aku). Ramai tak? Hahaha..
Masa yang ada tiga hari sebelum majlis tu kami isi dengan siapkan persiapannya. Waktu lunch aje aku keluar beli barang untuk masak. Keluar beli jajan untuk goodies. Adik aku pun buat persiapan dia juga. Cari kumpulan marhaban. Cari pelamin. Cari jajan dan paperbeg. Beli pinggan mangkuk dan sudu garfu plastik etc. Malam rabu aku dah start packing jajan. Aku bungkus keropok bantal masuk plastik lepas tu masukkan dalam kotak. Masuk sekali coklat choclair. Masa ni feeling kenduri dah datang dah. ALLAH.. seronoknya. Aku kan memang sukakan kenduri dan suasana kenduri. Anak-anak pun seronok nak tolong sibuk-sibuk buat kerja tu semua.

Sebelum majlis aku tak fikir lain. Apa-apa pun yang penting kerusi meja dan khemah. Sebab walaupun cuma nak jemput saudara mara yang rapat, jiran-jiran terdekat dan kawan-kawan rapat, itupun jumlahnya dekatlah jugak 150 orang. Mana nak duduk kalau ramai-ramai tu. Tapi mana pulak aku nak cari khemah dalam masa yang singkat tu. Contact pun takde. Sudahnya call pakcik aku. Terus aje pakcik aku kata, takpe. Pakai aje kerusi meja dan khemah dia. (Pakcik aku dulu ada gerai makan. Jadi adalah kerusi meja). Alhamdulillah.. settle lagi satu perkara. Hari rabu petang pakcik aku datang hantar khemah, kerusi meja semua. Tapi pakcik aku kata dalam stor tempat simpan tu ada tikus. Pakcik aku suggest suruh sembur dengan air. Dengar aje cerita tu aku jadi tak senang duduk.
Lepas solat subuh hari khamis tu, sebelum pergi kerja, aku yang ada mild ocd ni pun apa lagi. Aku basuh semua kerus meja tu dengan air sabun sampai bersih dan berkilat. Jadi kisah tikus tu takkan ganggu hidup aku hahahaha.. Lega. Settle basuh meja 10 biji dan kerusi 40 biji dengan bantuan emak, gegirl dan hafiy. Waktu lunch keluar pergi beli barang mana lagi yang tak cukup. Balik rumah petang khamis tu rumah dah ada bau sedap. Emak dah siap buat kuah laksa johor. Sambal tumis ikan bilis dan serunding dah siap. Telur pun dah siap rebus. Malam tu orang pelamin nak datang pasang pelamin. Jadi petang tu aku dah sibuk alih-alihkan kerusi, meja dan almari. Sapu rumah dan buang habuk-habuk. Alhamdulillah.. anak-anak ramai. Jadi ringanlah sikit kerja aku. Kawan adik aku pun ada datang tolong sorang. Petang tu pun adik aku dengan adik ipar aku dah datang. Jadi ringanlah sikit kerja bila ramai yang membantu.
Balik dari ambil kuih aku terus singgah beli ais sekali. Balik rumah terus buat air bandung soda. Waktu tu keluarga terdekat ada yang dah sampai. Orang lelaki dah sibuk nak ke masjid untuk solat jumaat. Waktu tu juga orang candy buffet sampai. Mulalah sibuk nak bawak keluar makanan. Sebab meja makan tak susun apa pun lagi. Waktu tu dah nak pukul 1 dah pun. Aku belum bersiap pun lagi. Nasib ada kakak ipar, anak buah dan sepupu aku yang menolong. Dia oranglah yang tolong susunkan meja buffet sementara aku naik mandi, bersiap dan terus solat zohor. Alhamdulillah.. waktu aku turun makanan semua dah ada atas meja. Cuma tinggal nak alih-alihkan aje sikit sebab makanan tak muat meja. Alhamdulillah. Murah rezeki tetamu hari tu. Makanan sedia ada dah banyak. Adik ipar adik aku sponser candy buffet. Emak mertua, kakak ipar dan anak buah bawak brownies dengan kek red velvet. Kakak ipar bawak takoyaki. Jiran depan bagi buah oren. Makcik aku bawak kerabu mangga dengan jeruk mangga. Alhamdulilllah.. Semoga semakin murah rezeki orang yang memberi dan kesemuanya dikurniakan dengan kesihatan yang baik. Aamiin.
Lepas solat jumaat, tetamu dah mula datang. Lepas tu kumpulan marhaban pun sampai. Ramai juga dalam 20 orang. Jadi tetamu makan dengan alunan marhaban selama 2 jam. Alhamdulillah.. ramai juga tetamu yang dapat datang. Rasa berbesar hati sangat. Terima kasih kepada semua yang hadir. Berpadat-padatlah di rumah kecil kami itu. (Sebab itulah juga tak dapat nak jemput ramai). Semoga barakah yang dibawa oleh tetamu akan meluaskan lagi rezeki kami sekeluarga. In shaa ALLAH. Seronok bila tetamu kata juadah semua sedap-sedap dan serba lengkap. Alhamdulillah.. memang niat nak bersedekah. Jadi bila tetamu puas hati, kami rasa lebih puas hati. Syukur.. segalanya dengan izin ALLAH. Ada makcik marhaban tu siap cakap, puas sangat makan hari ni. Semua ada dan semuanya sedap-sedap belaka. Makcik doakan semoga awak sekeluarga sentiasa diberkati ALLAH. ALLAH.. rasa terharu sangat. Untuk hal kecil yang kita lakukan dapat doa yang cukup baik dari orang lain. Semoga ALLAH makbulkan.. in shaa ALLAH.
Jom kita tengok gambar sekitar majlis. Adik aku ada hire photographer. Jadi tak banyaklah aku ambil gambar sendiri. Mana yang sempat minta orang tolong snapkan aje ni. Sebab sibuk ke depan ke balakang top-up makanan dan sambut tetamu datang dan nak bagi goodies pada tetamu yang nak balik. Mak pengantin sangat kan hahaha..
Family kecil kami. Alhamdulillah.. Ada berkurang ada bertambah.
Itulah kehidupan dunia kan. Akhirat kekal abadi.
Family kesayangan plus chu tersayang.
Seronok kakak abang dapat adik baru. Alhamdulillah.
Nenek dengan cucu baru.
Candy Buffet
Close up candy buffet.
Seronok bila dalam rumah penuh dengan tetamu.
Mula-mula adik aku suruh aku bawak dulang tu. Eh.. taknaklah aku.
Biar anak daralah yang buat kerja angkat dulang tu he..he.. So kita pass tugas pada Han.
Mak mertua tersayang. Terima kasih emak banyak tolong.
Han dan kumpulan marhaban.
Selawat nabi dialun penuh merdu.
Selawat dan salam ke atas Junjugan Besar Nabi Muhammad SAW.
Lagi kumpulan marhaban dari Taman Kajang Raya.
Terima kasih makcik-makcik dan kakak-kakak semua yang memeriahkan majlis kami.
Happy Ami. Alhamdulillah.
Baby Luna yang sangat behave sepanjang majlis.
Semoga terus membesar dengan sihat dan cemerlang ya sayang.
Comel sangat tutu Luna.
Ada yang makan di dalam rumah. Ada yang makan di luar rumah. Ada yang makan di bawah khemah. Ralat juga sebab tak sempat nak snap semua gambar tetamu. Yang baju biru wife sepupu aku, Ros. Terima kasih Ros sebab banyak membantu waktu majlis.
Sebahagian dari tetamu. Terima kasih semua.
Alhamdulillah.. porch berbumbung. Jadi dapat susun meja di bawah porch aje.
Pasang 2 khemah kecil kat luar sebagai tambahan.
Kalut-kalut sebelum nak family photo. Tak kalut tak sah kan he..he..
BFF aku yang sempat singgah sekeluarga sebelum balik kampung. TQ Yati.
Mama, ayah and baby luna. Ami, abi duduk tepi kejap ya hahaha..
Emak, mama, ami dan baby luna.
Alhamdulillah.. apa yang kami hajatkan dapat terlaksana dengan baik.
Terima kasih ALLAH.
Emak mertua, kakak-kakak ipar dan anak buah aku yang banyak sangat membantu sepanjang majlis. Alhamdulillah.. terima kasih semua.
BFF aku Salma dan Family yang sempat datang dari Klang. TQ Kak Mah.
Pelamin yang cantik dengan harga yang berpatutan.
Terima kasih acik pelamin yang sudi ambil tempahan di saat-saat akhir.

Acara packing goodies untuk tetamu.
Malam tu kami masukkan telur dalam bekas telur dan packing popcorn. Esok paginya packing pulut kuning dengan sambal ikan bilis masuk dalam tipuware. Then masukkan dalam beg goodies. Isi goodies - Buku Surah Yaasin, Telur rebus dalam bekas telur, Pulut kuning + Sambal ikan bilis, popcorn dan biskut bantal + gula-gula choclair. Saja nak share sebab aku pun google isi goodies untuk aqiqah waktu sebelum majlis. Jadi boleh bagi idea untuk orang lain pula. Semoga bermanfaat.. in shaa ALLAH.
Dalam pukul 9 malam orang pelamin datang pasang pelamin. Suasana jadi lagi meriahlah dibuatnya bila buat kerja depan pelamin. Hari jumaat lepas solat subuh aku terus turun bawah. Emak aku pukul 3 pagi dah bangun dah. Jadi tolong-tolonglah apa yang patut kat dapur. Buat sarapan pagi semua. Keluar-keluarkan mangkuk bagai. Adik aku siapkan awas-awas untuk laksa. Pulut pun kena kukus 3 kali sebab masak 6kg. Celur spagetti. Pulut siap masak packing masuk bekas pulak. Lepas tu masa paling lama ialah masa aku nak menjala roti jalalah ha..ha.. Tahu-tahu dah pukul 12. Aku nak pergi ambil kuih lagi. (Aku order kuih kole kacang dan talam ubi). Orang lelaki dah nak pergi solat jumaat. Jadi taknaklah susahkan suruh ambil kuih pulak. Waktu tu emak mertua aku, kakak ipar dan anak-anak buah aku dah sampai. Merekalah yang banyak tolong aku sepanjang majlis. Alhamdulillah.. TQ semua.
Other option for anyone yang nak tempah doorgift yang unik, cute, super awesome dan yang penting affordable, boleh singgah kat REEM DOORGIFT. Seriusly.. goodies yang menarik juga boleh menjadi pelengkap majlis tau. Rasa best aje dapat bagi tetamu doorgift yang best-best.
Balik dari ambil kuih aku terus singgah beli ais sekali. Balik rumah terus buat air bandung soda. Waktu tu keluarga terdekat ada yang dah sampai. Orang lelaki dah sibuk nak ke masjid untuk solat jumaat. Waktu tu juga orang candy buffet sampai. Mulalah sibuk nak bawak keluar makanan. Sebab meja makan tak susun apa pun lagi. Waktu tu dah nak pukul 1 dah pun. Aku belum bersiap pun lagi. Nasib ada kakak ipar, anak buah dan sepupu aku yang menolong. Dia oranglah yang tolong susunkan meja buffet sementara aku naik mandi, bersiap dan terus solat zohor. Alhamdulillah.. waktu aku turun makanan semua dah ada atas meja. Cuma tinggal nak alih-alihkan aje sikit sebab makanan tak muat meja. Alhamdulillah. Murah rezeki tetamu hari tu. Makanan sedia ada dah banyak. Adik ipar adik aku sponser candy buffet. Emak mertua, kakak ipar dan anak buah bawak brownies dengan kek red velvet. Kakak ipar bawak takoyaki. Jiran depan bagi buah oren. Makcik aku bawak kerabu mangga dengan jeruk mangga. Alhamdulilllah.. Semoga semakin murah rezeki orang yang memberi dan kesemuanya dikurniakan dengan kesihatan yang baik. Aamiin.
Lepas solat jumaat, tetamu dah mula datang. Lepas tu kumpulan marhaban pun sampai. Ramai juga dalam 20 orang. Jadi tetamu makan dengan alunan marhaban selama 2 jam. Alhamdulillah.. ramai juga tetamu yang dapat datang. Rasa berbesar hati sangat. Terima kasih kepada semua yang hadir. Berpadat-padatlah di rumah kecil kami itu. (Sebab itulah juga tak dapat nak jemput ramai). Semoga barakah yang dibawa oleh tetamu akan meluaskan lagi rezeki kami sekeluarga. In shaa ALLAH. Seronok bila tetamu kata juadah semua sedap-sedap dan serba lengkap. Alhamdulillah.. memang niat nak bersedekah. Jadi bila tetamu puas hati, kami rasa lebih puas hati. Syukur.. segalanya dengan izin ALLAH. Ada makcik marhaban tu siap cakap, puas sangat makan hari ni. Semua ada dan semuanya sedap-sedap belaka. Makcik doakan semoga awak sekeluarga sentiasa diberkati ALLAH. ALLAH.. rasa terharu sangat. Untuk hal kecil yang kita lakukan dapat doa yang cukup baik dari orang lain. Semoga ALLAH makbulkan.. in shaa ALLAH.
Jom kita tengok gambar sekitar majlis. Adik aku ada hire photographer. Jadi tak banyaklah aku ambil gambar sendiri. Mana yang sempat minta orang tolong snapkan aje ni. Sebab sibuk ke depan ke balakang top-up makanan dan sambut tetamu datang dan nak bagi goodies pada tetamu yang nak balik. Mak pengantin sangat kan hahaha..
Family kecil kami. Alhamdulillah.. Ada berkurang ada bertambah.
Itulah kehidupan dunia kan. Akhirat kekal abadi.
Family kesayangan plus chu tersayang.
Seronok kakak abang dapat adik baru. Alhamdulillah.
Nenek dengan cucu baru.
Candy Buffet
Close up candy buffet.
Ralat sebab terlupa nak snap gambar meja buffet. Harap-harap photographer ada ambil. Dahlah banyak makanan yang aku tak sempat nak rasa he..he.. Dari pagi aku cuma makan nasi goreng sesudu. Lepas tu asyik minum aje. Sibuk-sibuk layan tetamu sampai takde rasa nak makan. Petang dah habis majlis baru aku makan. Itu pun dah nak dekat maghrib baru makan. Hasilnya berat aku turun sekilo. Yeayyy.. kena selalu buat kendurilah nampak gayanya ni hahaha.. Tapi berat turun sekilo tu sehari ajelah. Esoknya aku cover makan balik. Dan badan terus maintain gemmmss macam biasa huhuhuhuhu..
Seronok bila dalam rumah penuh dengan tetamu.
Mula-mula adik aku suruh aku bawak dulang tu. Eh.. taknaklah aku.
Biar anak daralah yang buat kerja angkat dulang tu he..he.. So kita pass tugas pada Han.
Mak mertua tersayang. Terima kasih emak banyak tolong.
Han dan kumpulan marhaban.
Selawat nabi dialun penuh merdu.
Selawat dan salam ke atas Junjugan Besar Nabi Muhammad SAW.
Lagi kumpulan marhaban dari Taman Kajang Raya.
Terima kasih makcik-makcik dan kakak-kakak semua yang memeriahkan majlis kami.
Happy Ami. Alhamdulillah.
Baby Luna yang sangat behave sepanjang majlis.
Semoga terus membesar dengan sihat dan cemerlang ya sayang.
Comel sangat tutu Luna.
Ada yang makan di dalam rumah. Ada yang makan di luar rumah. Ada yang makan di bawah khemah. Ralat juga sebab tak sempat nak snap semua gambar tetamu. Yang baju biru wife sepupu aku, Ros. Terima kasih Ros sebab banyak membantu waktu majlis.
Sebahagian dari tetamu. Terima kasih semua.
Alhamdulillah.. porch berbumbung. Jadi dapat susun meja di bawah porch aje.
Pasang 2 khemah kecil kat luar sebagai tambahan.
Kalut-kalut sebelum nak family photo. Tak kalut tak sah kan he..he..
BFF aku yang sempat singgah sekeluarga sebelum balik kampung. TQ Yati.
Mama, ayah and baby luna. Ami, abi duduk tepi kejap ya hahaha..
Emak, mama, ami dan baby luna.
Alhamdulillah.. apa yang kami hajatkan dapat terlaksana dengan baik.
Terima kasih ALLAH.
Emak mertua, kakak-kakak ipar dan anak buah aku yang banyak sangat membantu sepanjang majlis. Alhamdulillah.. terima kasih semua.
Pakcik aku yang bersusah payah berulang alik hantar kerusi meja dan khemah.
Orang nak pergi ambil dia tak kasi. Dahlah garang hahaha.
Terima kasih pakcik. Jasamu dikenang.
Pelamin yang cantik dengan harga yang berpatutan.
Terima kasih acik pelamin yang sudi ambil tempahan di saat-saat akhir.
Alhamdulillah.. Majlis selesai dengan baik. Terima kasih buat semua yang membantu. Terima kasih buat semua tetamu yang sudi datang dari jauh dan dekat. Hajat aku nak menulis kenangan tentang majlis aqiqah Luna pun tercapai juga. Sejak lama tak menulis ni, adalah juga yang bila jumpa cakap, akak bila nak update blog?? Terharu rasanya. Nak menulis tu bukanlah takde masa sangat. Tapi sekarang ni bila menulis aku suka nak cerita panjang lebar. Semua benda nak cerita hahaha.. Itu yang jadi panjang berjela. Bila dan mula rasa tak nak menulis ala kadar. Jadi ambil masa kalau nak menulis tu. Harap-harap penulisan aku tak menganggu orang lain. Terima kasih kepada semua tetamu di blog kerdilku ini.
Salam hormat untuk semua. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.
Salam hormat untuk semua. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.
9 comments:
Alhamdulillah...gembira bila dapat menggembirakan... :)
nikmat bermuafakat...tahniah utk seluruh keluarga
As-salam Kakcik,
Alhamdulillah.. betullah kakcik. Orang gembira, kita rasa lebih gembira.
Terima kasih ya.
As-salam Angah,
Alhamdulillah.. Syukur. Terima kasih Angah.
Kak..kenapa org tengok Han tak berkelip kak..kekeke..cantik nyer diaaaa..
As-salam Izwa..
ALLAH.. Syukur Alhamdulillah.. Tolong doakan semoga Han cantik luar dalam ya izwa.. Terima kasih Izwa. Nak berbesan syahmi kecik lagi hehehehe
Alhamdulillah.. selesai majlis anak dara.
As-salam Pn. Sakinah (SMS)
Alhamdulillah.. Terima kasih ya.
nice sharing sis, semoga menjadi anak solehah :)
As-salam..
Thank you Reem Doorgift. Aamiin Ya Rabb.
Post a Comment