Friday, June 28, 2019

Jatuh menimpa tangga..

Assalamualaikum..

Salam 24 Syawal untuk semua. Dah selesai buat puasa 6 syawal? Alhamdulillah.. Syukur kepada yang dah selesai. Bagi yang belum selesai, kalau puasa hari ni masih sempat nak cukupkan puasa 6. Semoga segala amal ibadat kita ALLAH terima dan dipermudahkan segala urusan kita.. in shaa ALLAH.  

Ditakdirkan, pagi semalam aku terjatuh kat tangga rumah. Tak tahu macam mana boleh jatuh. Perkara nak jadi. Entah terpijak kain atau tersilap langkah atau terlanggar bakul yang aku letak di tangga. Tahu-tahu dah jatuh dan rasa sakit sebab lutut dan dada terkena bucu tangga.  Semoga apa yang berlaku menjadi penghapus kepada dosa-dosaku. Alhamdulillah.. Allah melindungi kerana hanya bengkak lebam dan sakit sikit aje. Harap-harap memang tiada apa yang lebih serius. Semalam aku kerja. Sebab elok aje boleh jalan lepas bangun dari jatuh tu. Siap boleh pakai high heels ke pejabat. Sekali dalam pukul 11 pagi kaki aku tak boleh nak bengkok. Nak jalan pun dah terasa sakit. Mungkin sebab kesan jatuh dan kat ofis sejuk sangat. Terus cramp kaki aku.  Panik juga sekejap hehe.. Jadi aku terus keluar ke klinik. 

Alhamdulillah.. aku masih boleh memandu sebab kaki yang sakit adalah kaki kiri. Aku pergi klinik kat area depan rumah. Panel insurans dan paling penting aku boleh terus balik rumah selepas tu. Sebelum sampai klinik aku berdoa agar doktor yang bertugas itu doktor perempuan. Dengan niat semoga auratku terjaga waktu doktor nak periksa kaki. Ditakdirkan doktor yang bertugas di klinik  waktu itu adalah doktor lelaki. Nak ke klinik lain memang aku tak daya dah. Sebab kaki dah mula sakit dan aku dah susah nak berjalan. Dahlah bersendirian. Jadi aku tawakal saja. Masuk bilik doktor dia pun dah nampak aku terjengkut-jengkut. Aku ceritakan apa yang berlaku. Tanpa perlu tengok kakiku doktor terus beri deskripsi ubat untukku. Alhamdulillah.. Doktor itu juga siap cadangkan aku untuk berjumpa dengan doktor perempuan jika aku perlukan rawatan dan pemeriksaan susulan. ALLAHUAKBAR. Allah Maha Kuasa. Maha Pengasih. Maha Penyayang. Aku mohon agar auratku terjaga dan ALLAH menjaga auratku. ALLAHU.. Terima kasih ALLAH. Aku sangkakan doaku tak termakbul bila dapat tahu doktor yang merawat adalah doktor lelaki. Tetapi aturan ALLAH itu adalah yang terbaik. Kita merancang dengan cita-cita. ALLAH merancang dengan cintaNYA.

Doktor bagi aku MC dua hari. Semalam dan hari ini. Sebab kata doktor kalau ada yang serius esoknya akan rasa lebih sakit dan perlu terus buat x-ray. Semalam dah makan ubat dan dah berehat betul-betul kat rumah. En.asben balik kerja tolong tuamkan kaki yang lebam tu. ALLAH.. hati-hati ma, please. I want to be with you forever. I know its not logical or reasonable request, of course ALLAH tentukan ajal maut, kita pasti berpisah. I'm just sharing my feeling. What I want. Please ma, take care of youself. Thank you so much sayang. I think, love is always the best medicine, kan. ALLAHU. Thank you ALLAH untuk segala rasa cinta, kasih dan sayang yang dipinjamkan. (Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat fakir atas segala macam kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku. - Doa Nabi Musa A.S)

Malam tadi tidur awal biar badan cukup rehat. Sebelum tidur sapu ubat dan makan ubat. Bangun pagi tadi kaki dah rasa kurang sakitnya. Jadi hari ni ambil keputusan untuk masuk ofis aje. Sebab kalau tak memang kena keluar juga nak hantar anak ke sekolah. Dah alang-alang keluar dan kaki pun dah kurang sakitnya pergi ajelah kerja. Tak kisahlah walaupun hari ini masih ada MC. Bila tak sihat terpaksa cuti. Bila dah sihat, apa salahnya pergi kerja. Baiknya akak ni. Kata teman-temanku. Allahu.. Segan sendiri rasa. ALLAH yang mengizinkan segalanya. Bukan nak tunjuk baik pada sesiapa.  Bila cuti, orang lain terpaksa back up tugasan kita. Bila dah sihat kalau boleh tak mahu menyusahkan orang lain. Selalu fikir, bila kita memudahkan urusan orang lain,  urusan kita akan ALLAH permudahkan.

Kita dipandang baik kerana ALLAH menutup aib kita. Tapi sejujurnya memang aku nak sangat-sangat menjadi orang yang  baik. Sebab menjadi baik bukan sahaja dapat membahagiakan orang lain. Malah ianya lebih membahagiakan diri kita sendiri. 

Sampai jumpa lagi!

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

3 comments:

Acik Erna said...

Alhamdulillah aki hanis dah beransur pulih semoga terus pulih sepenuhnya

Hanis Azla said...

As-salam Acik Erna,

Alhamdulillah.. Aamiin.. Ya Rabb.. Terima kasih Acik Erna atas doanya.

Susan said...

Great Information sharing .. I am very happy to read this article .. thanks for giving us go through info.Fantastic nice. I appreciate this post. Deskgram- sponsored app displaying ads next to its claims to be a desktop Instagram version. Deskgram is the website that claims to be.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...