Tuesday, September 17, 2019

Family Fun Day Anak Cucu Cicit Tok Lang Taiping 2.0 di Puteri Qashrina Chalet, Pantai Puteri, Melaka..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Program hari keluarga family adik beradik emak dah selamat berlangsung penuh meriah dari 6-8 September 2019. Family Day kali kedua ini kami buat di Puteri Qashrina Chalet, Pantai Puteri, Melaka. Alhamdulillah..  segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang sejak setahun lepas. Terima kasih kepada semua ahli keluarga yang bersungguh memberikan komitmen. Dari segi kutipan duit, sumbangan, kerjasama, satu hati, sporting semuanya terbaik. Terima kasih ALLAH kerana mengizinkan segalanya. Semoga silaturahim yang sedia erat dan mesra terus kekal till Jannah.. in shaa ALLAH.

Hari jumaat aku dan en.asben cuti. Sempatlah pagi tu kami selesaikan urusan kami dulu di bank dan di TM. Selesai semua, kami bergerak ke Banting ambil Is. Siap solat jumaat, singgah makan sekejap di Banting kami terus bergerak ke Melaka. Han dan Firhan bertolak dari Seremban. Alhamdulillah.. pukul 5 petang kami selamat tiba di Puteri Qashrina. Waktu tu ramai ahli keluarga lain yang dah sampai. Ada yang dah mula gerak hari khamis dari Taiping. Waktu kami sampai tu ramai yang dah bersuka ria mandi pool dan bersantai-santai berborak dan makan-makan tepi kolam.

Image may contain: 2 people, people sitting, pool and swimming
Keluarga kami aje kat dalam ni he..he.. 
Ini baru separuh yang dah sampai. Itu pun suasana dah riuh rendah dan meriah giler. Pool kat sini ada dua. Ini pool di bahagian depan. Ada bahagian untuk kanak-kanak dan dewasa. Pool yang di sebelah belakang ada slide pendek untuk kanak-kanak. Pool dia walaupun tak besar mana tapi masih selesa untuk mandi manda. Kami sekeluarga berpuas hati. Anak aku Az dan Hafiy, sampai-sampai aje dah terus kena angkat, dan dihayun masuk dalam pool hahaha.. Sepupu-sepupu aku belah Melaka memang kepala gila-gila sikit. Campur dengan pakcik-pakcik aku yang sama kepala terus semua sepupu-sepupu yang lain pun join the team. Aduhaiiii.. Tak boleh nak kata apa dah haha.. Memang kena redha. Alhamdulillah.. semua sporting.

Image may contain: food
Tepi pool nilah tempat lepak kami pagi-pagi, petang-petang, malam-malam. Tempat kami kena campak dalam pool pun kat sinilah juga hehe..

Selesai bersalam-salaman, anak aku pun dah dua orang basah kuyup hahaha.. kami pun angkat beg masuk bilik dulu. Bilik untuk kami sekeluarga style apartment.  Ada dua bilik, dua bilik air dan hall yang agak luas. Alhamdulillah.. sangat selesa untuk kami sekeluarga. Biliknya bersih dan cantik. Keseluruhan kawasan Puteri Qashrina pun sangat bersih, cantik dan kemas terjaga. Mesin minuman air coway pun banyak tersedia. Kiranya kami sekeluarga sangat berpuas hati dengan penginapan kami di sini. Untuk 3 hari 2 malam penginapan kami, 12 jenis bilik untuk 18 keluarga harga sewaannya RM 6460. (Catatan untuk kami sekeluarga). Lepas solat asar, dah kemas-kemas barang, tukar baju terus semuanya turun balik nak mandi dan lepak tepi pool. En.Asben  terus masuk sendiri dalam pool. Dari kena campak dalam pool lebih baiklah menyerah diri haha.. Aku dengan Han yang kononnya malas nak mandi pool tinggal harapan aje sebab sudahnya kena campak juga dalam pool. Hahaha..

Selesai mandi kolam petang tu, kami siapkan tempat untuk acara malamnya. Siap kemas tempat semua naik bilik, solat maghrib dan turun semula. Majlis dimulakan dengan bacaan surah yaasin beramai-ramai. Alhamdulillah.. Selesai bacaan yaasin, bakar-bakar BBQ dan makan BBQ plus nasi lemak.  Makanan untuk kami sepanjang berada di sana disediakan oleh family mertua sepupu aku. Alhamdulillah.. semuanya sedap. Kuih muih pun banyak yang bawa. Kami bawa bubur kacang durian. Ada sepupu bawa roti dan beberapa pek air minuman. Sepupu yang lain bawa pau sambal. Adik aku bawa  sandwich telur dan sandwich sardin. Alhamdulillah.. kenyang sangat perut. Terima kasih ALLAH atas rezekiMU. Semoga kami semua terus selalu dimurahkan rezeki.. Aamiin.

Image may contain: 13 people, including Nurul Naddiah, Noor Atiqah and Azreen Effa, people smiling, people sitting, people eating and indoor
Alhamdulillah.. selesai bacaan surah yaasin sama-sama, kita makan ramai-ramai. Bismillahirrahmanirrahim

Image may contain: 2 people, people sitting and indoor
Masing-masing tunggu turn nak ambil makanan.

Image may contain: 6 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, people sitting, people eating, table and food
Ada nasi lemak, ada bbq, ada sandwich, ada kuih.. Sambil tunggu turn sambil borak-borak. Bukan senang nak kumpul ramai-ramai macam ni. Alhamdulillah.

Image may contain: 8 people, including Mohamed Salleh Lamry, people smiling, people sitting, people eating, table and outdoor
Generasi atuk dan anak cucu.

Image may contain: Rita Zaid, Jariah Ambak and Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, people sitting
Alhamdulillah.. ada juga gambar kami bertiga. Aku, emak dan adik. 
Adik aku cuma dapat join malam tu aje sebab esok dan lusanya adik ipar ada urusan yang tak dapat dielakkan. Thank you sebab sanggup juga berkejar datang sekejap sebab nak raikan hari keluarga ni. Habis aje majlis malam tu dia orang terus balik KL.

Image may contain: 8 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, people standing
Entah bila masa anak-anak bergambar dengan maksu dan Luna.

Image may contain: 6 people, including Yusri Mat Yunos and Mohamed Salleh Lamry, people smiling, people standing and food
Geng Bakar BBQ. Alhamdulillah.. Semuanya ringan tulang. TQ semua.

Image may contain: 4 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, people standing
Bakar-bakar juga, makan jangan dilupa.Image may contain: food
Our BBQ of the the day. Alhamdulillah.. Yummy.. Terima kasih ALLAH atas rezekiMU.

Image may contain: 9 people, people smiling, people standing
Malam tu pakcik aku anjurkan acara ratu kanak-kanak. Tapi separuh aje kanak-kanak yang bergaya macam ratu. Yang lain aci boleh redah guna keyakinan diri aje.. he..he.. Luna pun sibuk nak join sama.

Image may contain: 8 people, including Narimah Abd Aziz, people smiling, people standing
Yang penting semuanya sporting nak join. Clap.. clap.. clap..


Jurinya aku, sepupu dan makcik.. Hahaha.. Belasah ajelah bila pakcik aku suruh jadi juri. Yang penting yang paling layak kita bagi menang. Barulah adil dan saksama.

Selesai majlis BBQ malam tu kami sama-sama kemas tempat makan tu bagi bersih semula. Alhamdulillah.. semuanya sangat memberi kerjasama bab menjaga kebersihan. Bila semuanya ringan tulang dan saling membantu, tak terasa berat pun sesuatu kerja tu. Rasa seronok sangat bila semuanya satu hati dalam setiap perkara. Itu yang kita mahu. Terus jaga nama baik keluarga dengan sebaiknya. Kita bercuti berhari keluarga bukan sekadar bawa keseronokan berkumpul ramai-ramai. Tapi kita bawa nama baik keluarga juga. Semoga sikap yang baik ini terus kekal sehingga ke anak cucu cicit kita.. In shaa ALLAH.

Settle berkemas semua kita tunggu dan menyambut pakcik yang dari Lenggong sampai dengan sepupu yang dari Taiping. Semua yang datang sangat dihargai. Jadi setiap ketibaan memang dirai sebaiknya. Dah selamat sampai semuanya ramai yang pergi jalan-jalan tepi laut. Anak-anak aku dengan emak semua dah balik bilik. So aku berjalan berdua tepi laut dengan en.asben. Sekejap aje pun. Selepas tu duduk lepak tepi pool borak-borak dengan makcik pakcik dan sepupu-sepupu share pasal cerita hantu hehe.. Balik bilik emak dan anak-anak dah tidur semuanya.  Alhamdulillah.. malam tu kami tidur lena. Katil dan bantal sangat empuk. Aircond sejuk. Syukur. Bangun pagi penuh keceriaan. Lepas subuh orang lain sambung tidur. Aku prepare barang untuk games. Dah siap mandi, penuh semangat sarung t-shirt family day. Yeayyy.. Jom berkumpul tepi pantai depan chalet.

Image may contain: 8 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, people standing, ocean and outdoor
Warna tema Family Day kami. Alhamdulillah.. Kain t-shirt best jenis jersi. Harga baik. Warna pun cantik. TQSM Nana and Yus. Terbaiklah!

Image may contain: 8 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, people standing, ocean and outdoor
Gegirl yang dah sibuk main dah hilang entah ke mana he..he.. 

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing, ocean, sky, outdoor and nature
Cucu dan menantu sulung Tok Lang.
Inilah jarak paling dekat aku pergi dengan laut. Padahal aku sangat sukakan laut. Tapi hari tu dek seronok berkumpul aku tak pergi pun main air laut. Tak beria juga merenung laut. Bila tengok balik gambar ni rasa ruginya melepaskan peluang yang ada. ALLAHU.. Hal yang kecil juga beri pengajaran yang cukup besar untuk kita. Terima kasih ALLAH. Semoga aku lebih pandai bersyukur dan menghargai setiap peluang yang ada dengan sebaiknya.. In shaa ALLAH. Bantu aku  Ya ALLAH. 

Image may contain: 10 people, including Hanis Azla Rafeah Salim and Mazni Waham, people smiling, people standing and outdoor
Kami bersama emak. Semoga ALLAH panjangkan umur emak dan terus rezekikan emak dengan kesihatan yang baik.. Aamiin. 


Sambil tunggu sarapan sampai, kita buat senaman regangan dulu.
Ku lihat hijau kan he..he..

Image may contain: 2 people, outdoor
Family photo time. 
Alhamdulilllah.. Terima kasih ALLAH untuk kenangan yang indah ini. Terima kasih ALLAH kerana mengizinkan semua ini berlaku untuk kami.

Image may contain: 2 people, including Iskandar Maziz Harraz, outdoor and nature
Yeayyy.. free style for some of us.. Tak dengar arahan hehe.. 

Image may contain: 1 person, sitting
Acara pertama untuk hari itu ialah kutip gula-gula untuk anak-anak bawah 
4 tahun. Nampaknya supporter yang semangat lebih hehehe..

Image may contain: 6 people, child and outdoor
Next.. Acara bola beracun kanak-kanak. Dari bulat besar sampailah sekecil ini bulatannya dan mengecil lagi untuk mencari tiga orang pemenang.

Image may contain: 2 people, beach and outdoor
Acara unggun api hahaha.. Taklah.
Tapi duduk macam ni macam nak buat unggun api pulak. Ini acara bola beracun lelaki. Saja aje kita bagi games yang simple-simple. Biar semua orang boleh join. Ada rezeki boleh menang hadiah.

Image may contain: 1 person, on stage, sitting and outdoor
Ini bola beracun perempuan pulak. 
Emak dengan makcik aku yang sakit kaki pun boleh join sambil berlunjur he..he.. Takde hal. Yang kita cari bukan kemenangan. Tapi penyertaan. Biar semua orang ada peluang dapat hadiah.

Image may contain: one or more people, people sitting and outdoor
Dah terkeluar tak larat nak bangun? Takde hal juga. Ramai anak cucu dan anak-anak saudara yang sedia membantu tolong uruskan he..he.. 

Image may contain: one or more people, beach, ocean, outdoor and nature
Alhamdulillah.. seronok bila semua orang boleh join sama. Syukur.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing, outdoor and nature
Ni acara lambungan kasih. Yang aku tak sambung tidur lepas subuh tu buat aktiviti isi air dalam belon nilah hehe.. Selamat isi air dalam 24 biji belon. Memang saja isi banyak-banyak  biar ramai yang dapat join.

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing, ocean and outdoor
Alhamdulillah.. walaupun takde dalam gambar, aku dengan en.asben menang tempat ketiga. Kena cerita untuk simpan jadi kenangan haha..

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor
Acara tiup belon sampai pecah. Liat betul belon-belon ni. Sampai dah besar belonnya pun tak pecah-pecah juga. Kita orang yang tengok pun dah terjerit-jerit takut belon meletup hehehe..

Image may contain: 4 people, people standing, sky, outdoor and nature
Acara lari ikat kaki. Yang tak join dah sibuk berlarian juga kat hujung tu main bola sepak. 

Image may contain: one or more people, outdoor and nature
Acara lari dalam kain.. Ramai yang jatuh tergolek sebelum boleh menang hehe.. Tapi jatuh atas pasir pantai takdelah sakit sangat. Yang jatuh pun boleh terkekek gelakkan diri sendiri hahaha.. Sampai ada yang terkoyak-koyak kain.

Image may contain: 3 people, people standing, ocean, sky, beach, outdoor and nature
Alhamdulillah.. setiap acara memang ramai yang join. 
Semangat-semangat..

Image may contain: 1 person, standing, sky, outdoor and nature
Acara lari dukung anak. 
Post morterm : Acara ni bahaya!!!
Walaupun tiada kecederaan dan kemalangan yang berlaku, tapi bila tengok balik video baru nampak yang acara ni merbahaya.  Sila elakkan acara ini di lain kali.

Banyaklah lagi acara yang ada. Tak larat nak share gambar aje. Alhamdulillah.. semua acara berjalan dengan lancar. Selesai semua acara kami makan ramai-ramai kat tepi pantai. Sebaik siap makan acara simbah air dan angkat baling masuk laut. Aduhai... Gigih tau semua sepupu-sepupu, anak-anak buah dan pakcik-pakcik aku mengangkat sorang-sorang campak dalam laut. Yang dah kena akan kenakan orang lain pulak. Memang meriahlah acara kejar mengejar ni. Sakit perut menahan gelak. Sibuk gelakkan orang tahu-tahu kita pulak kena siram dengan sebaldi air. Sibuk suruh orang angkat orang lain tahu-tahu diri sendiri yang kena angkat dan dicampak dalam laut hahaha.. Selesai acara tepi pantai masing-masing yang dah melekit dengan air laut pergi mandi kolam dulu sebelum naik bilik.

Image may contain: one or more people, table and pool
Penuh kolam dengan orang-orang hijau ni hahaha..

Image may contain: one or more people and table
Dalam kolam pun ada acara juga. Kita main baling bola ikut kiraan. Siapa yang terima bola ketiga ramai-ramai selamkan kepala dia dalam kolam hahaha.. Siapa yang tak fokus memang dialah yang jadi mangsa. 

Selesai mandi kolam semua naik bilik untuk mandi, solat dan berehat. Bangun tidur petang tu kami makan biskut cicah milo, cicah kopi. Lepas tu turun bawah lepak tepi kolam. Sesekali dapat berkumpul rasa sayang pulak nak habiskan masa kat dalam bilik aje. Lebih baiklah kita kumpul-kumpul dan borak-borak. Anak-anak yang nak mandi kolam lagi turun dulu awal sikit. Kat bawah ada hidangan roti telur, roti john dan air teh tarik sedap. Kita makan lagi hehe.. Siap minum petang kami siapkan tempat untuk acara penyampaian hadiah malam tu. Semua orang keluarkan hadiah yang di bawa. Alhamdulillah.. hadiah untuk permainan dan cabutan bertuah semuanya sumbangan dari ahli keluarga. Semoga semuanya terus dimurahkan rezeki.. Aamiin. Nak ucap terima kasih juga kat kawan-kawan aku Dona, Ina, Ika dan Am yang rajin temankan aku pergi membeli hadiah. Tolong pilih, tolong angkat. ALLAHU.. jasa kalian di kenang. 

Selepas solat maghrib kami turun berkumpul kat tempat BBQ semalam. Lepas makan kita mulakan acara penyampaian hadiah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh suami sepupuku Muiz.

Image may contain: food
Alhamdulillah.. Hadiah penuh 2 meja. Hadiah murah-murah aje buat seronok-seronok. Bukan harga yang jadi ukuran. Keikhlasan nak memberi tu yang lebih utama. Targetnya biar ramai yang dapat hadiah. Hadiah kecil atau besar semuanya mengikut rezeki masing-masing.

No photo description available.
Hamper pun banyak. Semoga diberkati.. in shaa ALLAH.

Acara penyampaian hadiah. Inilah orang kuat program. Sepupu aku yang  uruskan booking tempat penginapan, uruskan t-shirt, uruskan makanan.. Alhamdulillah.. Semoga ALLAH melimpahi rahmat ke atas kalian sekeluarga.

Image may contain: 4 people, people standing and text
Is dan Cik Nana.
Nana, sepupu aku. Sepupu yang macam adik beradik sendiri. Yang tadi suaminya. Ini isterinya. Sebelum program kami berdualah yang pecah kepala sikit fikir itu ini. Dahlah dua-duanya hati tisu hahaha.. Syukur takde drama airmata sebab kami saling cover antara satu sama lain. I love you so much Na. 
Image may contain: 21 people, including Junaina Abdullah and Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling
Rajin Nana nak buatkan compilation gambar kami sekeluarga terima hadiah.
Alhamdulillah.. TQSM Na. Much love. 

Alhamdulillah... Acara penyampaian hadiah berjalan dengan lancar dan semestinya penuh meriah. Terima kasih ALLAH. Syukur semua orang nampak happy. Riuh rendah suasana. Masing-masing dengan gelagat masing-masing. Alhamdulillah.. rasanya malam tu  90% dapat hadiah. Selesai acara penyampaian hadiah kami ambil gambar kenangan. Bukan senang nak berkumpul. Jadi peluang yang ada kami gunakan sebaiknya. 

Emak dan adik beradiknya. 

Image may contain: 13 people, including Jariah Ambak and Mohamed Salleh Lamry, people smiling, people sitting
Emak, adik beradik dan ipar duainya.
Makcik pakcik kesayangan aku. Semoga ALLAH jaga mereka sentiasa.. Aamiin.

Image may contain: 10 people, including Hanis Azla Rafeah Salim and Jariah Ambak, people smiling, people standing
Kami sekeluarga..
Bersama hadiah yang dimenangi hehe.. Orang anak ramai ginilah. 
Sekotak hadiahnya. Alhamdulillah.. Rezeki tak pernah salah alamat.
Saja aje semua orang bergambar dengan hadiah masing-masing nak bakar line  bagi orang lain menyirap tengok. Kalau tak mengusik tak sah semuanya.

Image may contain: 7 people, including Mohamed Salleh Lamry and Muhamad Zayyad, people smiling
Keluarga pakcik dari Rawang. 
Keluarga kecil tapi banyakkkkkkk dapat hadiah. Alhamdulillah.. Rezeki.
Makcik aku tak sihat. Tapi usaha juga gagahkan diri nak berkumpul ramai-ramai. Tolong doa-doakan semoga makcik aku cepat sembuh dan diringankan kesakitannya ya. Syafakillah makcik.

Image may contain: 16 people, including Nur Atikah Yasmin, Yusri Mat Yunos, Fazuwan Norman and Nurul Naddiah, people smiling, people standing
Family Cik Yang and Uncle Raymond sekeluarga.
Pakcik aku orang Portugis. Waktu kecil dulu pakcik makcik aku nilah yang selalu bawa kami pergi berjalan. Nilah juga family Melaka yang havoc. Tak main baling air atau baling orang dalam air memang tak sah hahaha.. Anyway keriangan harus dicipta. Bahagia harus dicari. Asal saja keriangan dan bahagia itu tak mengganggu orang lain. Mereka antara sepupu-sepupu aku yang paling rapat. 
Semoga kalian sekeluarga berbahagia, kaya raya dan berjaya dunia akhirat.

Image may contain: 21 people, including Iskandar Maziz Harraz, Nor Hasmiza Abdul Jamil, Falzal Shamsul, Nor Huda Juhari and Mazniza Sj, people smiling
Family Taiping. 
Keluarga besar. Pakcik aku ada 14 orang anak. Ini baru separuh. Kalau balik Taiping sekarang memang rumah keluarga pakcik nilah tempat kami berkumpul. Anak menantunya semua baik-baik. Alhamdulillah.. rasa bersyukur sangat bila sepupu-sepupu aku dan pasangan juga sepupu-sepupu sebelah en.asben semuanya  satu kepala. Jadi nak buat apa-apa aktiviti pun semua boleh join sama. Nak berbual dan bergurau pun tak kekok. Terima kasih ALLAH.

Image may contain: 6 people, including Eyra Hazieyrah, people sitting
Family Pakcik dari Lenggong.
Dah hampir 5 tahun pakcik aku kena stroke. Alhamdulillah.. Dalam keuzuran pakcik dapat join juga. Semoga pakcik diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan pakcik sekeluarga. Waktu aku sekolah dulu, rasanya setiap tahun pakcik aku belikan stationaries. Sampai sekarang aku ingat. Semoga aku tak pernah lupa kepada orang-orang yang pernah berjasa padaku. Ya ALLAH.. rahmatilah semua yang mempunyai hak kepadaku. 

Image may contain: 4 people, including Mohamed Salleh Lamry and Liza AnLiz, people smiling, people standing
Family pakcik dari Bangi. Pakcik yang paling havoc dan riuh mulutnya.
Antara pakcik yang paling rapat dengan kami adik beradik sebab dulu pakcik tinggal bersama kami. Sekarang pun masih tinggal di kawasan yang sama. Jadi kalau apa-apa memang pakcik nilah yang kami adik beradik akan cari dulu. Alhamdulillah.. Thank you pakcik. Selalu ada untuk kami.

Image may contain: 5 people, including Marliyana Mohd Apandi NaNa, people smiling, people sitting
Family pakcik dari Taiping. 
Kalau balik Taiping, pakcik nilah yang paling rajin melayan anak-anak aku. Terima kasih banyak pakcik. Jasamu dikenang. 

Image may contain: 3 people, people smiling, people sitting
Family arwah pakcik aku.
Masa kecik-kecil dulu arwah pakcik rajin sangat melayan kami. 
Semoga anak-anaknya  cemerlang dunia akhirat. 

Image may contain: 6 people, people smiling, people sitting
Bergambar beramai-ramai sebelum balik.
Alhamdulillah.. segalanya selamat dan dipermudahkan. Terima kasih ALLAH.

Image may contain: 7 people, including Fazuwan Norman, people smiling, people sitting
In shaa ALLAH.. Panjang umur, murah rezeki kita berkumpul-kumpul lagi.
Semoga ALLAH terus pinjamkan kebahagiaan ini buat kita sekeluarga till Jannah.. Aamiin.

Image may contain: 2 people, including Yusri Mat Yunos, people smiling, people standing, outdoor and nature
Our Pengerusi yang sangat awesome. Terbaiklah Nana and Yus. 

Last but not least, aku copy post FB sepupuku. Along.. kak nyah simpan kat sini ya untuk kenangan bersama. TQSM.

Family Fun Day 2.0 Anak cucu cicit Tok Lang.
Belum full house lagi tapi meriah dia mmg tak payah cite la. Tak pernah tak havoc wei. Tak sah kalau tak da gelak tawa gurau senda.
Bukan senang nak kumpul ramai2 mcm ni selalu. Hati kena kental, mental kena padu beb kalau tak nak kene ‘kenduri’ mcm dalam video. Kau berat 200kilo pon dorg akan angkat smpai kau kena hahaha 🤣🤣.
Terima kasih kepada insan2 yang bertungkus lumus menjayakan event family day ni. Jasa korang amat dihargai. Terima kasih jugak yang datang join walau pun kesihatan tidak berapa baik, tapi masih besemangat. Yang tak berkesempatan jmpa, salam syg kita kirimkan. Yang tidak berkesempatan dtg, moga ada rezeki berjumpa nanti.
Moga ukhuwah family kita berkekalan forever ever gitu.

Image may contain: one or more people and outdoor
Semoga ALLAH rezekikan kita sekeluarga untuk dapat selalu berkumpul macam ni dan menjaga silaturahim ini sebaiknya. (Photo from FB Yusri)

Sekian dulu cerita Family Fun Day Anak Cucu Cicit Toklang. Alhamdulillah.. Ada rezeki untuk aku membuat sedikit catatan untuk kenangan kami sekeluarga. Tiada daya dan kekuatan tanpa izin dari ALLAH. Terima kasih ALLAH.

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

1 comment:

Susan said...

Thank you for some other informative blog. See Instagram photos and videos from Pictame.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...