Showing posts with label CSR. Show all posts
Showing posts with label CSR. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

Anak teruja.. aku pun sama..

Sabtu yang lepas, kami ke zoo negara. Sebenarnya tiada dalam plan pun untuk jalan-jalan cuti sekolah ke zoo. Tapi disebabkan ofis en.asben ada CSR bersama anak-anak dari Kiwanis makanya kami pun ikut serta. Sebenarnya seperti anak-anak, aku pun selalu teruja bila pergi ke zoo. Seronok bila tengok aksi haiwan-haiwan yang dijaga sebaiknya di sana. Walau penat berjalan tapi memang rasa berbaloi. Bila penat barulah patah balik cari tram pula he..he..

Harga tiket untuk dewasa RM25. Harga tiket untuk kanak-kanak RM9. Agak mahal harganya kan. Tetapi memikirkan biaya penyelengaraan juga tentulah tinggi makanya harga itu mungkin berpatutan. Cuma yang tak puas hati tu bila harga makanan yang dijual jadi berganda-ganda. Kalau untuk pelancong mungkin tidak terasa. Tetapi untuk orang tempatan memang muak jugalah. RM20++ hanya dapat 4 ice cream cornetto dan sebotol air mineral. Yang anak-anak pulak time tu jugaklah dia orang nak makan cornetto. Haiiissshh.. Tapi bila fikir sekali sekala nak makan ice cream dalam zoo makanya layankan ajelah.

Sepanjang di zoo, walaupun kami sekeluarga pergi bersama tetapi kami tak join pun program CSR en.asben tu. Iyelah, en.asben pergi ke sana untuk buat amal. Kebetulan en.asben ditugaskan untuk jadi kid buddies. Takkanlah nak ganggu untuk jaga anak sendiri pula kan. Jadinya kami jalan asing-asing. Cuma waktu animal show  saja baru kami duduk di tempat yang sama.

Anak-anak Kiwanis ini ialah anak-anak sindrom down. Seronok tengok gelagat mereka yang nampak keletah. Simpati sudah semestinya walaupun bukan itu yang mereka harapkan. Apa yang aku lihat memang kena banyak sabar untuk melayan mereka. Bagus juga ada aktiviti CSR sebegini. Sekurang-kurangnya kita dapat maklum tentang sedikit sebanyak perkara yang kita tidak tahu sebelum ini. Walaupun program ini bukan program aku, tetapi dari cerita en.asben dapatlah aku dan anak-anak sedikit info tentang anak-anak ini.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...