Alhamdulillah.. waktu di Mekah, aku dan en.asben berpeluang mendaki ke Gua Hira'. Waktu mutawwif bertanya pada sesiapa yang mahu ke Gua Hira' memang aku begitu teruja untuk ke sana. Sangat teringin untuk sampai ke Gua Hira'. Awal-awal lagi mutawwif sudah memberitahu. Perjalanan untuk naik ke Gua Hira' ialah dalam 40 minit. 40 minit lagi untuk perjalanan turun. Entah mengapa aku seperti tidak ambil peduli tentang perkara itu. Macam berdaya sangat kaedahnya. Mungkin kerana semangat yang begitu membara. Bak kata mutawwif, lebih 40 minit membeli belah tu tak jadi hal. Jadinya tentulah tak jadi hal juga untuk mendaki.
Kami bertolak dari hotel jam 10 malam. Mutawwif memilih waktu malam kerana faktor cuaca. Walaupun malam, masih juga terasa bahangnya dengan suhu sekitar 30~35 darjah celcius. Dari bawah sudah nampak Jabal Nur yang bercahaya. Memang nampak bercahaya. Kami ingatkan bukit itu nampak bercahaya kerana waktu itu bulan terang. Tapi menurut mutawwif pada waktu bulan gelap pun Jabal Nur masih lagi bercahaya. Mendengarnya membuatkan kami semua menjadi sangat kagum. Subhanallah.. Mungkin itulah sebabnya nama bukit itu dinamakan sedemikian, Jabal Nur.
Ketika sampai bas berhenti di tepi jalan. Kemudian ada van yang datang mengambil kami untuk di bawa ke kaki bukit. Menaiki van ini terasa seperti menaiki roller coaster. Ini kerana keadaan muka bumi yang seperti tegak mendaki 45 darjah. Juga dengan cara pemanduannya yang sangat laju. Namun skill pemandunya sangat boleh dipuji. Maklumlah memang kerjanya dan dia sangat arif dengan keadaan di situ. Tapi kami semua memang mengucap panjang dan terjerit-jerit juga kerana terasa ngeri. Namun bila sampai ke kaki bukit semuanya rasa seronok dengan pengalaman yang terasa mencabar itu.
Untuk mendaki kaki bukit yang bertar pun terasa payah. Aduhai, itulah akibatnya bagi orang yang rajin bersenam. Baru 4,5 langkah mendaki sudah terasa pancit. Kemudian mendaki tangga pula. Itu pun rasanya sepuluh kali aku berhenti. Terasa sudah jauh benar mendaki. Ingatkan sudah sampai separuh pendakian. Bertanya pada mutawwif rupa-rupanya baru suku. Makkk.. Namun semangat tetap ada. Namun makin lama makin perlahan. Makin lama makin lebih banyak berehat dari mendaki. Sudahnya aku seperti mahu menyerah. En.asben pujuk juga sambil beri semangat. Pelan-pelan katanya.
Tapi aku rasa tak berdaya. Sudahnya aku minta en.asben jalan dulu. Sebab kesian pula kalau disebabkan aku en.asben juga tidak dapat sampai ke Gua Hira'. Maka tinggallah aku bersama beberapa orang dari ahli kumpulan kami yang masih ada semangat namun sudah tidak terlarat. Aku yang kononnya dah surrender pada mulanya dengan begitu bijak pandai tidak ambil air minuman dari en.asben. Makanya kehausanlah jadinya. Sampai kena tebalkan muka minta air dari ahli kumpulan.. he..he..
Namun dalam tak berdaya tu, gagahkan juga daki pelan-pelan. Makin lama makin pancit. Tapi dalam makin pancit tu makin terasa sayang pula untuk berhenti. Masing-masing memberi semangat antara satu sama lain. Gagahkan juga daki lagi. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga aku ke atas. Alhamdulillah juga sebab sebelum nak ke Gua Hira' ada orang menjual air. Makanya berhenti dulu hilangkan dahaga. Dah sampai atas tu aku mula gayat. (Aku memang gayat pada ketinggian) Sebab nak ke Gua Hira' kena turun ke bawah sikit di sebalik bukit tu. Aduhai terasa cukup mencabar. Sampaikan aku terpaksa buka kasut. Sudahnya pakai stokin aje aku masuk ke Gua Hira'.
Alhamdulillah, sampai juga aku ke Gua Hira'. Terasa hilang segala penat. Rasa sangat puas. Kecil benar laluan pintunya. Muat-muat badan saja nak melepasi pintunya. kena lalu seorang-seorang. Subhanallah.. Terbayang bagaimana kepayahan Rasulullah dulu. Terbayang kesetiaan isterinya, Saidina Khadijah yang menghantarkan makanan buat Baginda Rasulullah. Subhanallah... Selawat dan Salam ke atas Rasulullah saw dan ahli keluarganya.
Waktu aku sampai en.asben dah nak turun pun lepas dah lepak lama kat atas tu. He..he.. punyalah lambat. Tapi dia tunggu juga. Sebab kalau tak memang aku tak tahu macam mana nak turun. Sebab aku dah super gayat waktu tu. Rasa mengigil-gigil nak turun. Kaki rasa mengeletar sangat. Dari atas tu nampak Masjidil Haram. Sungguh terang benderang bagaikan kota emas di mataku. Sangat indah. Sekarang ini aku hanya teringatkan kepuasannya. Rasa penat itu bagaikan langsung aku terlupa tentangnya. Rasa seronok berada di tempat Rasulullah pernah berada. Walaupun tiada kelebihan pun untuk kita mendaki ke Gua Hira'. Hanya kepuasan untuk diri sendiri.