Assalamualaikum..
Salam syawal buat semua. Raya yang meriah. Suasana yang indah. Kaum keluarga dan sanak saudara yang ramah. Semuanya sangat seronok dan jadi riuh rendah di hari raya kan. Alhamdulillah. Itulah kegembiraan buat kita yang berjaya selepas sebulan berpuasa dan berjuang di bulan Ramadhan. Terima kasih Allah.
Macam mana boleh jadi gitu? Itulah persoalan yang selalu keluar dari mulut kita bila terdengar ada kemalangan berlaku. Bila kena pada diri sendiri, blur juga untuk menjawabnya. Ditakdirkan, pada hari raya ketiga ketika kami nak balik Bangi, kereta kami terlibat dalam kemalangan di susur masuk Shah Alam selepas keluar dari Puncak Alam. Tak tahu macam mana. Tiba-tiba saja kereta boleh berpusing-pusing 3,4 kali dan terseret. Subhanallah.. terasa macam mimpi. Waktu tu aku dengan en.asben tengah borak-borak. Kiranya en.asben bukannya dalam keadaan mengantuk. Aku yang duduk sambil mengadap en.asben memang tak sedar pun waktu kereta dah berpusing kali pertama tu sebab waktu tu en.asben memandu perlahan. Lepas en.asben sebut Allah, Allah sambil mengawal stereng barulah aku perasan kereta tengah berpusing-pusing. Ya Allah, kami sedang terlibat dalam kemalangan rupanya. Sebab tak laju, anak-anak yang kat belakang pun langsung tak jatuh atau tersembam. Jalan memang lengang. Tak langgar apa-apa atau dilanggar oleh kenderaan lain. Kami berandaian mungkin jalan berminyak atau angin pusing atau apa juga yang kami sendiri tidak pasti. Bumper kereta memang teruk depan belakang sebab bergesel dan berlanggar dengan divider. Boot kereta pun kemek sikit. Calar balar sekeliling kereta.
Alhamdulillah, walaupun kereta teruk, tapi kami sekeluarga tak apa-apa. Alhamdulillah tiada kenderaan lain di jalanraya pada waktu itu. Kalau tidak, tak tahulah nasib kami. Terima kasih Ya ALLAH kerana melindungi kami sekeluarga. Rasa sangat bersyukur. Sampaikan Az pun mahu ikut buat sujud syukur juga. Alhamdulillah, kereta yang teruk boleh dibaiki walaupun memakan modal yang besar. Itu semua bukan bandingan pun pada keselamatan kami sekeluarga yang lebih berharga. Semoga ianya menjadi penghapus kepada sedikit dosa-dosa kami. Hari ni kereta masih di bengkel lagi. Pergi kerja terpaksa pinjam kereta mak mertua. Segalanya bagai mimpi. Mungkin bila kejadian seperti ini menimpa orang lain begitu jugalah rasanya. Anak-anak pun kata terasa macam cerita dalam wayang.
AZ : Kereta kita teruk. Banyak ke mama dengan ayah kena bayar nanti?
ME : Banyakkkkk...
AZ : Takpelah, mama ambillah duit raya baby.
ME : Boleh ambil semua ke? (Sengaja nak mengusik dan menguji kemurahan hatinya)
AZ : Boleh. Ambil semua pun takpe.
Tersentuh aku jadinya. Takpelah mama dengan ayah guna duit sendiri aje. Mungkin ada zakat yang kami terkurang bayar. Semoga ianya menjadi pembersih pada rezeki kami, InsyaAllah.