Ini cerita last week..
Mode : Merajuk dengan en.asben on something yang biasalah kecil punya hal.
Off courselah en.asben tak layan. Lelaki kan. Mana rajin nak layan perempuan merajuk. So aku hantar sms kat en. asben. Typelah something about it. Mana tahu dia nak hantar sms memujuk balik ke. Tapi takde juga. Dia reply OK. Ok saja okey!! Takde nak pujuk-pujuk pun. Then aku pun reply. OK juga. Tapi aku tambah Thank you. Biar nampak ayu sikit.
Mode : Tengah sedih-sedih sebab en-asben tak layan and even pujuk pun.
Sekejap tu masuk ofis pentadbiran sebab nak hantar dokumen. Balik-balik kat meja dengar handphone ringging. Nama en.asben terpampang di skrin. (Masa nak pick up call tu, ternampak message dari en.asben. Mungkin sebab aku tak reply itu yang en.asben call). So aku pun jawab call. Ingat nak cakap macam biasa tapi tak boleh sebab tengah merajuk kan. Jadi jawab pun guna bahasa skema. U tengah buat apa tu ma? Soal en.asben mesra sambil gelak-gelak. Beb aku kan kat ofis. Tentulah tengah buat kerja. Lagi nak tanya. Tapi sebab soalah tu, aku pun jadi gelak-gelak sama. Sebabnya tahu dia nak pujuk aku.
So teruslah feeling macam Nora Elena yang di pujuk oleh Seth Tan. Terus rasa macam wujud juga Seth Tan tu dalam dunia nyata. Ha..ha.. sesekali nak feeling-feeling. U all layan ajelah yer. (Sebenarnya tak tahan nak buat entry pasal Nora Elena selepas ramai yang dilanda demam Nora Elena ni. Nasib ada cerita yang berkaitan untuk create entry..)