Sungai
Airmu mengalir
Dari gunung, jauh di sana
Jernih dan sejuknya
Sungguh indah, dipandang mata
Kau tetap mengalir
Walau apa halangan tiba
Tak berhenti-henti
Hingga sampai di laut nanti
Masa juga
Kan berlalu tak menunggu kita
Gunakanlah sepenuhnya
Janganlah leka
Pernah dengar lagu Sungai ini tak? Lagu sungai ini merupakan antara lagu kegemaran aku. Rasanya aku belajar lagu ni kat sekolah masa darjah 2 ke darjah3. Menarik sangat lagu ini. Sebab itulah sampai sekarang aku masih ingat senikata dan melodinya. Bagi aku lagu ini merupakan lagu yang sangat indah. Begitu juga dengan isinya.
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian... (Surah Al-Asr)
Sejak kecil lagi kita sudah diterapkan dengan kepentingan menjaga masa. Namun sampai sekarang sikap membuang masa itu masih ada dalam diri ini. Sedih betul rasanya. Harap-harap selepas ini aku lebih pandai menghargai masa. Dan berharap sangat agar aku tidak terleka apatah lagi dalam kerugian.