Showing posts with label bas tambang. Show all posts
Showing posts with label bas tambang. Show all posts

Monday, March 7, 2011

Lian Hoe, Sum dan Foh Hup...

Oppps.. walaupun dulu ada pakwe cina tapi tajuk entry ni bukanlah nama-nama mereka. Lian Hoe, Sum dan Foh Hup tu ialah nama syarikat bas tambang yang aku pernah naik masa dulu-dulu. Tetiba pula teringat nama-nama bas itu. Rasanya sejak bertunang, dah tak pernah lagi naik bas tambang ni. Kalau tidak, perkhidmatan bas inilah yang digunakan setiap hari. Siapkan dah hafal dah waktu perjalanan untuk setiap jam tu.

Masa kecil dulu memang biasa naik bas tambang ni bila mengikut emak ke bandar. Tapi mula-mula naik bas tambang sendiri ialah pada usia 9 tahun. Masa tu ayah kerja jauh jadinya balik sekolah terpaksalah naik bas tambang ni. Takut memang takut juga. Tapi sebab terpaksa, makanya kenalah jadi berani. Dengan badan yang masih tak tinggi, memang berjingkit jugalah untuk memicit loceng bas bila sampai ke destinasi. Memang berdebar-debar saja dadanya sepanjang perjalanan untuk sampai ke rumah.

Masa sekolah menengah pun naik bas tambang juga untuk ke sekolah. Masa ni perasaan takut tu dah kurang sikit. Bila hari-hari dah naik bas ni terus hilang perasaan takut tu. Siapa yang pernah naik bas tambang tu tentu masih ingat lagi tiket bas yang di ketip-ketip oleh konduktor bas tu. Tiket-tiketnya pula berwarna-warna mengikut tambang. Entah apa yang di ketipnya. Mungkin tarikh dan masa kot sebab ada dua tiga lubang juga yang di tebuk. Tiket itu pula perlu di simpan sehinggalah bas sampai ke destinasi. Sebabnya takut-takut di pertengahan jalan ada inspektor bas yang naik bas dan akan memeriksa tiket penumpang. Aku pun tak tahu apa tujuan inspektor tu. Untuk periksa penumpang yang naik bas free atau untuk periksa konduktor bas tu buat kerja ke tidak.

Masa zaman sekolah menengah juga setiap bulan memang beli pas bulanan. Kiranya dapatlah diskaun sikit bila guna pas tersebut. Teringat lagi ajaran sesat yang dapat dari kawan-kawan. Kalau ada kelas kokurikulom pada waktu petang dan masa tu mengada sangat nak balik rumah untuk tukar baju, jadinya pada waktu sesi pagi tu cakaplah kat konduktor bas yang pas tertinggal kat rumah. Bila sesi petang baru keluarkan pas tu. Ha..ha.. yang ini pernahlah juga buat. Tapi bila dapat konduktor yang familiar dengan muka kita tu, kenalah juga bayar seperti biasa.

Anak-anak aku tak pernahnya merasa naik bas tambang ni sendiri. Rasanya naik dengan aku pun tak pernah juga. Kesian juga sebab mereka tak pernah merasa pengalaman yang sebegitu. Bukan setakat naik bas tambang sendiri. Anak sulongku yang dah berumur 12 tahun tu, pergi kedai depan rumah sendiri pun tak pernah. Masa memang merubah segalanya kan. Kalau dulu kita bebas ke mana-mana sendirian sebab kadar jenayah tak seteruk sekarang. Jadinya ibu bapa tidaklah merasa takut untuk melepaskan anak-anak. Sekarang ni nak lepaskan anak bermain depan rumah pun dah buatkan kita rasa tak selamat.

Eh.. eh.. lari topik pulak. Sekarang ni agaknya kalau suruh aku naik bas tambang sorang-sorang memang aku tak berani kot. Tentu rasa cuak macam mula-mula naik bas tambang ni jugak agaknya. He..he.. Oh yer, apa nama bas tambang yang u all naik dulu yer? Ke u all semua memang naik kereta untuk ke mana-mana sejak dari dulu lagi.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...