Showing posts with label curang. Show all posts
Showing posts with label curang. Show all posts

Wednesday, August 29, 2012

Saya orang yang curang...

Assalamualaikum..

Pagi ni dalam kereta dengar saluran ERA. Topik pagi JoHaRa ialah mengenai peratusan tinggi wanita Malaysia yang curang tu. Statistik yang rasanya tak perlu dibanggakan. Tapi ada satu pemanggil wanita dengan bangganya membuat pengakuan yang dia memang wanita yang curang. Wah! cukup bangga dan penuh yakin dia mengaku. Siap kata biasalah kalau curang. Yang paling tak tahan ialah alasan dia curang ialah kerana mahu mencari yang terbaik di antara lelaki-lelaki yang dia curangi. Sebab dia mahukan lelaki yang sempurna untuknya. Aduhai.. dengan bersahaja dia berikan alasan sebegitu. Mungkin baginya curang itu bukan satu kekurangan sehinggakan tanpa segan silu memberitahu yang dia mahukan orang yang sempurna buatnya. Semoga dia ketemu dengan orang yang sempurna buatnya. 

Pemikiran setiap orang memang berlainan dari kita. Setiap orang punya alasan untuk melakukan sesuatu perkara mengikut kemahuan diri. Perasan tak yang sekarang ni, cukup ramai yang nampaknya pandai bercakap. Begitu lantang bersuara. Tapi kelantangan yang tidak kena pada tempatnya. Apa gunanya lantang kalau sekadar mahu membuka aib diri. Dalam setiap perkara kita perlulah berpada-pada. Dari kata-kata kita orang boleh menilai siapa kita? Bagaimana dangkalnya pemikiran kita? Tak tahu kenapa, sekarang ini ramai pula yang suka berbangga pada perkara yang tak sepatutnya. Takut sangat andai sikap dan cara sebegitu menjadi trend dan contoh yang akan merosakkan nilai diri anak-anak muda kita.

Salam hormat untuk semua. Take care!

Wednesday, March 30, 2011

Curang itu cukuplah sekali...

Kesabaran ada batasnya. Sekali terkena memang pahitnya tak boleh lupa. Tapi memikirkan anak-anak yang sedang membesar, hati terus dikuatkan juga. Biarlah kecurangan itu membayangi kehidupan. Kasih sayang dan kebahagian yang sekian lama dibaja harus terus dipertahankan. Agar ianya terus subur mengikat dua hati yang pernah saling mencintai. Kemaafan diberi. Pastinya dengan doa dan harapan agar ianya tidak berulang lagi.

Namun bila ianya terus berulang, apa lagi yang mahu dipertahankan. Janji hanya tinggal janji. Mengekalkan kebahagiaan  bukan peranan sebelah pihak. Tapi peranan kedua belah pihak. Sekukuh mana pun tiang yang satu itu, tidak mungkin ianya akan terus bertahan tanpa satu lagi tiang yang turut menyokongnya. Anak-anak harus terus bahagia. Namun perasaan dan hati sendiri harus juga di ambil kira. 

Kemaafan boleh saja diberi. Namun untuk terus bersama, mungkin sudah tiada harapan lagi. Hati yang luka terus dilukai. Apa gunanya mengharapkan bahagia andai hati dan perasaan terus menderita. Kalau bahagia lain yang di cari, maka pergilah bersama bahagia itu...  

Semoga temanku terus tabah menghadapi hidupnya bersama 5 permata hati. Apa yang aku lihat, temanku lebih kuat berbanding dulu.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...