Assalamualaikum..
Hari ahad lepas ajak keluarga mertua berbuka puasa di rumah. Plan asal nak buat hari sabtu. Tapi sebab kakak ipar ada hal lain terpaksalah tunda hari ahad. Jadinya agak kelam kabut sikit sebab hari ahad tu orang kabinet datang pasang kabinet dapur. Lagi kelam kabut sebab emak pun ada hal hari ahad tu. So terpaksalah aku memasak sendiri. Itu yang seriau tu. Bukannya langsung tak boleh masak. Bolehlah masak sikit-sikit untuk makan anak beranak. Menu pun menu yang sama aje he..he.. Tapi bila kena masak banyak dan yang nak makan tu mertua, dia punya berdebar tu lain macam sikit. Emak dan emak mertuaku sangat pandai memasak. Sudahnya aku jadi tak pandai masak. Kalau raya atau ada apa-apa occasion pun semuanya emak dan emak mertua yang buat. Aku setakat tolong-tolong aje. Kadang-kadang tak sempat tolong dah siap semuanya. (Sama ada aku yang selalu terhegeh-hegeh atau my mums yang laju giler memasak he..he..) Hari-hari emak yang masak. Kalau hari ahad ke rumah mertua, emak mertua dah siap-siap masak. Itu yang jadi semakin tak pandai nak memasak sendiri tu. Adik-adik aku semua dah terror masak sebab emak tak duduk dengan mereka. Tapi aku masih di takuk lama he..he..
Jadinya hari ahad tu aku cabar diri aku sendiri. Sebab orang kabinet nak datang tengah hari terpaksalah aku mula masak pagi-pagi. Bila sesekali memasak anak-anak jadi excited terlebih. Semuanya dok sibuk cakap sedapnya bau. En. asben pun asyik datang jengguk kat dapur. Off courselah bukan nak tolong kan. Dia tolong bagi semangat aje he..he.. (itupun dah cukup bagus untuk tambahkan keyakinan diri). Petang tu waktu emak mertua datang emak mertua aku cakap tadi jumpa 'tukang masaknya' (emak akulah tu) kat pasar malam. Maklum sangat yang menantunya tak pandai masak he..he.. Aku pun buka cerita cakap yang hari tu akak masak sendiri. Tengok dalam periuk dah siap kurma ayam 2 ekor, sambal sotong 2 kilo, goreng sayur etc.. mak mertua terus cakap boleh pun.. he..he.. Masa emak aku balik emak pun tersenyum-senyum tengok lauk dah siap masak dalam periuk besar (sebab selalu periuk kecik pun jarang masak he..he..). Emak pun cakap juga boleh pun.. Alhamdulillah.. boleh pun aku masak. Okey ke? Sedap... (Jawapan standard en.asben dengan anak-anaklah tu he..he..). Raya nanti boleh buat open house masak sendiri ceh..ceh.. tapi entah-entah kalau buat pun guna katering kot eh..eh.. tak pun emak juga yang memasak he..he..
Salam hormat buat semua. Take care.