Showing posts with label nama. Show all posts
Showing posts with label nama. Show all posts

Friday, March 2, 2012

Nama versi muzium..

Beberapa bulan lepas kami sekeluarga ke majlis kenduri di rumah kawan en.asben. Ketika makan aku duduk semeja dengan seorang kakak dan anak-anaknya. Kakak itu sangat peramah. Seronok berborak dengannya walaupun baru pertama kali bersua. Setelah seketika berbual dia bertanyakan namaku. Bila aku beritahu namaku responnya ialah, eh, nama muzium tu he..he.. Tergelak aku dan anak-anak mendengarnya. Sebelum ini memang biasa kalau orang cakap namaku nama klasik, nama orang dulu-dulu atau nama kampung. Tapi nama muzium tu, itulah pertama kali aku mendengarnya. Lawak betullah akak tu. Sampai sekarang, setiap kali aku teringat memang aku tersenyum sendiri.

Tak kisahlah nama muzium ke, nama klasik ke, nama orang dulu-dulu atau nama kampung pun. Aku sangat berbangga dengan namaku. Ini kerana nama itu, arwah ayah yang letak. Namaku sama dengan nama arwah ibunya (nenekku). Jadinya tentulah aku berbangga kerana arwah ayah letakkan namaku sempena nama insan kesayangannya. Yang best tu, nama panggilanku di rumah juga menggunakan nama arwah ibunya juga. Tapi dalam pada aku tak kisah, ada juga sebenarnya orang yang kisah. Ada seorang dua juga yang tak jadi berkawan kerana namaku. Takpelah, bak kata orang, pinggan tak retak, nasi tak dingin... Macam tak percaya kan. Tapi itulah hakikatnya. Aku pun terasa semacam juga. Tapi tak kisahlah, setiap orang punya pandangan dan kriteria masing-masing dalam memilih kawan.

Yang penting, kawan-kawanku semua okey. Mereka boleh terima. Yang lebih penting en.asben pun tak kisah. Ingat lagi selepas bersalinkan Han. Nama Han pun klasik juga. Adalah kawan-kawan yang menegur. Nama maknya dahlah klasik. Nama anak pun nak letak yang klasik juga. Aku tak kisah pun dengan komen itu. Biarlah orang nak cakap apa kan. Nama Han tu en.asben yang letak sebab dia suka nama tu. Agaknya memang en.asben suka nama-nama klasik kot. Itu yang sangkut denganku tu he..he..  Tuah nama muzium kot ha..ha..

*Alhamdulillah, sakit tekak, sakit kepala dan sakit badan walaupun masih terasa tapi semakin berkurang. Terima kasih ya atas doa kawan-kawan.

Thursday, June 9, 2011

Suka-suka nak petik..

Salam semua..

Hari ni nak cerita pasal petik. Bukan petik bunga yer. Petik gitar pun bukan. Tapi petik nama. Petik nama??? Ya, petik nama. Contoh macam ni : Siapa yang rosakkan benda tu? Wah, nanti ada somebody yang cakap. Si fulan itu yang rosakkan. Sedangkan dia sendiri tidak pasti akan kebenarannya. Sekadar mangagak yang si fulan itu yang melakukannya. Sudahnya siapa yang jadi mangsa? Tentulan si fulan itu. Sudahlah si fulan tu tiada di situ untuk mempertahankan diri. Sudahnya nama siapa yang rosak? Off courselah nama si fulan itu juga kan. Nampak tak kesannya bila suka-suka petik nama orang ni.

Kadang-kadang tu ada orang suka benar nak berikan jawapan untuk setiap soalan yang di tanya. Kalau jawapan yang diberikan itu memang benar memang tak jadi masalah. Tapi kalau main sebut saja tanpa usul periksa, pada aku itu sesuatu yang tak kena. Aku rasa perkara itu sangat tidak adil. Kalau tak pasti, better jangan sebut. Tak perlulah nak meneka dalam kesamaran dengan memberi jawapan yang kita sendiri kurang pasti. Jawab tak tahu saja kan lebih baik. Then kalau nak berikan juga jawapan tentang perkara tersebut, bolehlah siasat. Bila ada bukti dan sudah tahu akan kebenarannya, waktu itu tiada salahnya nak petik nama orang yang buat itu.

Aku pernah menjadi mangsa. Namaku dipetik merosakkan satu barang itu hanya kerana akulah orangnya yang paling kerap menggunakan barangan tersebut. Sedangkan bukan aku yang merosakkannya. Bila ditanya pada seseorang, tanpa usul periksa, namaku yang dipetik. Kalau aku ada di situ bolehlah aku mempertahankan diri. Waktu itu memang rasa tak puas hati sangat bila ada orang yang sampaikan padaku. Jadinya aku memberitahunya yang bukan aku yang rosakkan. Jawapannya pula ialah Oh ye ke. Ingatkan awak yang buat sebab awak selalu guna. Sakit hati betul rasanya mendengar jawapan itu. Dia cuma mengandaikan tapi sudah menuduh aku yang melakukan. Tak pasal-pasal nama aku yang tercemar. Memang rasa terkilan  dan teraniaya sangat waktu itu. Geram dan sedih jadi bersatu.

Pengajaran dari kisah itu, buatkan aku lebih berjaga-jaga. Bukan setakat berjaga-jaga untuk menggunakan sesuatu barang itu. Tapi lebih berjaga-jaga untuk mengelakkan diri dari memetik nama orang lain. Takut sangat andai membuat kesilapan sama yang boleh menganiaya orang lain. Yang pastinya untuk aku, kalau tak tahu, cakap tak tahu saja. kalau tak pasti, cakap tak tahu juga. Jangan suka-suka nak petik nama orang..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...