Showing posts with label perasaan. Show all posts
Showing posts with label perasaan. Show all posts

Thursday, December 20, 2012

Meluah dan memendam...

Assalamualaikum..

Beberapa hari yang lepas aku menerima sms dari seorang teman lama. Sebenarnya kami tidaklah berapa rapat. Hanya pernah menjadi teman sekerja. Nak kata baik sangat waktu kerja dulu pun tidaklah juga. Cuma sesekali menjadi teman untuk makan-makan dan lepak-lepak. Keluar pergi outing pun rasanya tidak pernah. Tapi sehingga hari ini kami masih tidak putus hubungan. Walaupun aku mahupun dia tidak pernah add antara satu sama lain di FB. Tapi dalam setahun tu, pastinya akan ada sekali dua smsnya yang masuk tanda dia masih mengingatiku. Begitulah bagaimana kami saling mengetahui perkembangan masing-masing setiap tahun.

Setiap orang ada kisah hidupnya yang tersendiri. Ada yang lebih suka menyimpan dan memendamnya sendiri. Ada juga yang boleh meluahkannya kepada seseorang. Aku teringatkan tentang perkara itu bila teringatkan sahabatku yang seorang ini. Pada satu ketika agak kecoh juga orang membuat spekulasi mengenai sahabatku ini. Aku juga turut tertanya-tanya akan kebenaran cerita. Tapi seperti orang lain aku juga tidak pernah bertanya apa-apa kepada sahabatku itu. Makanya cerita yang diperkatakan terus diperkatakan. Ketika cerita itu masih menjadi tanda tanya, sahabatku ini datang kepadaku dan bercerita kisah sebenar. 

Khabar angin yang didengar memang ada kebenarannya. Tapi dia mahu membiarkan perkara itu reda dengan sendiri tanpa dia mahu menerangkannya kepada semua orang. Entah kenapa dia boleh memilih aku untuk bercerita perihal dirinya yang sedang diperkatakan orang ketika itu. Aku sendiri juga terus menyimpannya tanpa dapat memberikan penjelasan kepada orang lain. Bila sesuatu perkara yang peribadi tentang orang lain diberitahu kepada kita, tentu saja perkara itu perlu dijaga sebaiknya. Tentu saja perkara itu menjadi rahsia. Memegang rahsia orang lain merupakan satu amanah. Bila bercakap tentang amanah, pastinya perkara itu akan terjadi atas dasar percaya.

Sebenarnya aku sangat kagum dengan orang yang boleh meluahkan masalah dengan orang lain. Ini kerana aku termasuk dalam kategori orang yang jenis memendam. Kalau perkara yang statusnya rahsia memang aku susah untuk luahkan dan kongsikan dengan orang lain. Kadangkala bukan sekadar hal yang berstatus rahsia, untuk meluahkan apa yang aku rasa pun aku tidak mampu dan tidak berani. Entah apa yang aku takutkan, aku sendiri tidak pasti. Walaupun aku nampak seperti tidak kisah untuk berkongsi cerita-ceritaku, tapi hakikatnya masih terlalu banyak yang aku simpan sendiri. Mungkin aku tak percaya dengan orang lain. Ataupun aku tidak mempercayai penilaianku sendiri yang orang lain boleh menjaga rahsia dan luahan hatiku sebaiknya.

Hmm.. adakalanya meluah adalah lebih baik dari memendam. Tapi sampai saat ini aku masih lebih suka memendam. Nampaknya bila sudah tidak boleh meluahkan, terpaksalah aku terus memendam. Bukan setakat memendam sebuah duka, malah adakalanya memendam sebuah gembira dan bahagia juga.  Sebab takut untuk meluahkan, hal-hal yang gembira pun adakalanya aku boleh simpan sendiri he..he.. Tak kisahlah kan,  yang penting kita bahagia dengan cara kita.

Salam hormat untuk semua. Have a nice day.

Tuesday, August 7, 2012

Feeling drama... tapi bukan pasal ending drama Dejavu di Kinabalu..

Assalamualaikum..

Lama betul tak bercerita di sini. Banyak benda nak kongsi. Tapi mood nak kepoh kecoh tak mari. Jadinya, buat masa ini biarlah aku simpan sendiri he..he.. Terus tajuk entry hari ni jadi panjang lebar. Sampaikan drama Dejavu di Kinabalu pun terbabit sama. Padahal aku cuma tengok beberapa episod aje. Lepas tu lupa nak tengok. Tahu-tahu dah habis. Tapi tahu juga ending dia sebab terbaca dalam entry kawan-kawan. Nadira mati ekk?? Sedihnya hu..hu..

Entah kenapa hari ni aku ada feeling macam berada dalam drama tv ha..ha.. Kadang-kadang memang perasaan macam tu datang sendiri. Tiba-tiba aje terasa eh..eh.. macam dalam drama sambil lepas tu tersenyum sendiri. Pagi tadi terasa macam tu waktu nak masak untuk sahur. Waktu pegang pisau nak potong bawang terasa macam emak-emak dalam drama tv pulak. Sebabnya aku bukannya pandai masak sangat. Tapi untuk memasak makanan simple-simple yang suami dan anak-anak request tu bolehlah. Jadi bila memasak, pagi-pagi pulak tu terus rasa macam watak ibu dan isteri yang sempurna dalam tv he..he.. Boleh aku ada feeling macam tu. Adooiii..

Lepas tu pagi ni ada hal sikit yang en.asben kena settlekan separuh dan aku kena sambung selebihnya. Lepas dan 2, 3 kali callling-calling en. asben cakap. Pukul 9 ni I ada meeting. So bila I dah masuk meeting nanti U arrange sendiri ya. Lagi sekali aku terasa macam dalam drama jugak untuk scene dalam pejabat waktu bos-bos nak bermesyuarat. Aduhai.. Korang pernah ada perasaan macam ni tak??? Maksud aku feeling diri macam berada dalam drama yang kita selalu tonton. Tapi hidup ini memang sebuah drama pun kan...

Salam hormat untuk semua. Have a nice day..

Monday, July 9, 2012

Perasaan yang sama..

Assalamualaikum..

Tadi, teringatkan si dia (off course my en.asben) sambil buat kerja. Tiba-tiba telefon bimbit di dalam laci berbunyi...

EA : Hai ma, you tengah buat apa?

ME : Tengah kerjalah. Ya Allah sayang, I baru teringat kan you.

EA : Oh ya..

ME : Ada apa you call?

EA : Takde apa, rindu kat you.

ME : Oh ya, I miss u too.

EA : Okey, I nak buat kerja ni. Bye.

ME : Okey. I pun. Bye.

Sebenarnya cuma nak tanya. Tapi suka pulak nak tulis dialog-dialognya macam ni. Konon macam sweet he..he.. Kalau ada yang menyampah minta maaf yer. Rasanya kita semua selalu ada rasa yang sama dengan pasangan kita. Betul tak?  Rasanya sungguh indah kan?

Salam hormat buat semua. Have a nice day.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...