Assalamualaikum..
Semalam ada majlis di tempat kerjaku. Dalam majlis tu ada disediakan hadiah cabutan nombor bertuah. Banyak juga hadiahnya yang berupa hamper makanan. Seperti biasa aku tidak mendapatnya he..he.. Petang tu ada seorang rakan sekerja yang lalu di tempatku membawa beberapa botol besar air minuman. Salah satu darinya diberikan kepadaku. Alhamdulillah.. rezeki juga tu. Kadang-kala dek terlalu mahu mengejar rezeki yang besar, kita terlupa akan rezeki-rezeki kecil yang kita perolehi. Bila terlupa tentang itu kita jadi terlupa juga untuk selalu bersyukur. Bila tidak bersyukur, kita akan selalu rasa kecewa bila rezeki yang besar-besar tidak kita perolehi.
Semalam sewaktu pulang dari kerja aku mendengar siaran radio IKIM FM. Tertarik dengan kata-kata tetamu yang diundang dalam segmen petang semalam. Katanya (lebih kurang begini mengikut ayatku sendiri) perkara yang baik perlu kita selalu kenang-kenangkan untuk membuatkan kita selalu rasa bersyukur atas anugerahNYA. Jadinya, sengaja aku mahu coretkan di sini kisah aku mendapat sebotol air minuman di saat orang lain mendapat hamper yang besar. Ianya menjadi pembandingan yang cukup mudah untuk aku selalu ingat bahawa kedua-duanya tetap rezeki untuk kita. Jadinya, walau dalam apa keadaan pun perlu harus sentiasa bersyukur.
Salam hormat untuk semua. Have a nice day.