Jika marah pada orang lain, tak perlulah dilepaskan pada orang lain sama. Apa hal pulak orang yang tak terlibat perlu dibabitkan sama.
Jika minta tolong dari orang, manis-maniskanlah mulut tu untuk mengucapkan terima kasih. Bukan minta bayaran sekadar minta berbahasa.
Jika mahu pertolongan, baru teringat mahu bertegus sapa. Jika tidak lalu depan mata buat pandang tak pandang saja. Selama ni ingat halimunan ke??
Jika jenis bercakap kasar, berkomunikasi dengan orang tak perlulah nak terus tunjukkan yang kasar juga. Sesekali sorokkan yang kasar apa salahnya.
Jika terasa nak ikut mood sendiri, fikirkanlah juga mood orang lain. Bukan awak sorang ada mood ting tung ting tung tu.
Jika kita pun pernah berkecil hati, tak perlulah nak kecilkan orang lain sama. Buat orang rasa besar hati tentunya lebih baik.
Berhadapan dengan ramai orang selalu buat aku rasa macam-macam. Dalam ramai-ramai yang beradab, ramai juga yang biadap. Bukan marah. Cuma nak tegur. Boleh ikut, ikutlah. Taknak ikut, terpulang. Aiman tak kisah... eh..eh.. he..he..