Assalamualaikum...
Panas betul semalam. Bila panas, rasa dahaga terasa lebih lagi. Bila dahaga, dalam kepala dah tentu-tentu terbayang minuman sejuk. Sejak dari ofis, aku teringatkan air tembikai. Malam tadi kami ke hospital melawat adik aku selepas menghantarkan Is ke kelas tuisyen. Balik dari hospital, terus ke pusat tuisyen semula untuk mengambil Is. Dalam perjalanan tu memang terasa dahaga. Jadinya aku dah terfikir nak singgah beli air tembikai di restoran belakang pusat tuisyen Is. Dalam pada merancang sendiri, en.asben memberitahuku yang dia juga dahaga. Lepas tu dia cakap, nanti kita singgah beli air tembikailah. Subhanallah.. kami terfikir tentang perkara yang sama rupanya. Sedangkan, air tembikai bukanlah minuman kegemaran kami. Kalau makan di luar pun, hanya sesekali saja kami akan pesan air tu.
Bila dia dah sebut macam tu aku pun beritahulah yang memang perkara itu sudah berada di dalam fikiran aku. Bila dah terfikir perkara yang sama tentulah aku rasa excited kerana terasa seperti kami sejiwa. Tapi reaksi en.asben pula berbeza. Boleh pulak dia kutuk aku. Eleh, you kalau pasal makan minum memanglah selalu terfikir dalam kepala. Eeeiiiii... geramnya. Aku baru ingat nak feeling sehati sejiwa, dia dah kacau mood aku. Hmm.. lelaki ni selalu macam tu kan. Bila kita rasa benda tu sweet, dia rasa biasa aje. Kadang-kadang dia langsung tak rasa apa-apa. Sedangkan hati kita dah mengebu-gebu dah ni. Siap nak cerita kat blog lagi ha..ha..
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.