Thursday, November 4, 2010

Bila anak demam...

Bila badan sakit-sakit, bila malam tak cukup tidur, bila tidur tak boleh nak lena, bila perasaan jadi risau, bila tengok jadi sedih, bila 6 jam sekali tengok jam... itu tandanya anak tengah demam. Sekarang ni si bongsu Az tengah demam. On and off sejak sabtu lepas. Petang semalam suhu dia naik lagi. Melepek aje kat sofa masa aku balik kerja. Muka lesu. Kesian. So mama & ayah pun bawa lagi ke klinik untuk kali yang kedua untuk follow-up and check up.

Soalan pertama dari doktor ialah berapa liter dia minum dalam sehari waktu dia demam ni. Adakah sampai 1liter? Aku cakap iye kalau campur susu botol yang dia minum. Doktor kata no, no, susu tak boleh kira. Dia nak tahu air yang diminum saja. Tak kiralah air kosong ke, ribena ke, sarsi ke. So aku cakap kalau setakat air tu memang sikit sangatlah yang dia minum. 250 ml pun rasanya tak sampai.

Menurut doktor tu bila anak demam, kita kena pastikan anak kita minum air dengan jumlah yang banyak. Kalau boleh 1 liter air setiap hari. Katanya ubat tak boleh menghilangkan demam. Ubat cuma boleh menurunkan suhu pada waktu itu dan beberapa jam selepas itu saja. Katanya parent selalu depend on ubat bila anak demam. Sebab itu bila anak demam, agak lambat untuk demam tu surut. Sebenarnya peranan air lagi penting.

Bila tidak cukup air, tubuh anak yang demam itu terhidrat. Jadi suhu badannya akan naik. Parent pun pergilah lagi jumpa doktor and sibuk dok claim kata ubat yang diberi tidak elok. Kalau jumpa doktor lain pula doktor lain tu akan blame doktor sebelumnya. Advise pula untuk tambah antibiotik yang lebih tinggi dosnya tanpa sedikit pun memaklumkan pada kita tentang pentingnya pengambilan air yang banyak pada waktu anak kita demam.

Bila tak sembuh juga kita bawa anak kita pergi jumpa pakar pula. Pakar akan admit anak kita. Stay satu dua hari kat hospital. Bagi drip dua tiga bag air barulah anak kita kebah dari demam. Kita pun akan bagi pujian pada doktor pakar tu tanpa sedar yang air yang di masukkan ke dalam tubuh anak kita itulah penyembuh sebenarnya.

Bagus juga consultation yang doktor tu bagi pada kami. Thanks Doktor. Daripada biar tangan anak sakit, bengkak biru nak cucuk jarum untuk masukkan air, lebih baik kita usaha sikit pujuk anak kita untuk minum lebih banyak air. Balik dari klinik semalam singgah kedai beli air yang dia berkenan. (bukan milo yer.. 100 plus or air buah-buahan seeloknya) Beli dua tiga botol. Malam tadi pujuk + paksa dia minum.

Pagi ni nampak macam dah reda sikit. Umpan dengan buku upin & ipin minta dia minum air lebih sikit hari ni. Mudah-mudahan dengan izin Allah, malam ni biarlah sembuh sepenuhnya demamnya itu. Kami dah usaha dengan cara minum air yang banyak tu. Ubat pun bagi juga. Doaku biarlah anak aku segera sembuh. Jauhkanlah anak aku dari sebarang penyakit dan wabak. Aminn..

9 comments:

LiFe KaMi said...

sebab budak lebih banyak minum susu atau air manis lain dari air biasa, mmg ramai yang tak sedar benda begitu.. thanks info berguna utk kami..:)semoga anak Hanis cepat sembuh..

Hanis Azla said...

mudah-mudahan info ni dapat di manfaatkan bersama.. Alhamdulillah, petang ni nampaknya demam dah kebah, cuma batuk2 sikit ajer.. TQ yer.

Pala Maldini said...

anak aku pun demam.. musim kot eh?!

:-(

Azuan said...

uit bagus nie...tapi bujang lagi la..hahaha

Hanis Azla said...

pala maldini : mmg musim demam skrg ni.. klinik pun penuh..

azuan : takpe bujang pun kena ambil tahu untuk masa2 akan dtg nnt bila dah ada anak sendiri..

pN.rOs said...

lg satu biasanya kalau anak demam kasi minum air masak sejuk banyak...
n jngan lupa make sure kepala sentiasa diletak tuala lembap..
terlalu panas leh induce sawan tau

Hanis Azla said...

betul ros.. akak klu anak demam mmg sentiasa letak tuala basah kat kepala anak sbb ada pengalaman anak kena sawan sbb suhu tinggi sgt sebelum ni... thanks yer.

Enchik Nine said...

saye pn demam... adoh... baru start smlm... yg lagi best saya nurse amik thermometer sendiri... tepid sponging (kain basah lap2)...

Nasihat Nurse:
Minum air banyak
Duduk dalam environ yang x terperap
Pakai pakaian yg nipis...
Letak kain (basah) atas kepala tu perlu... Tapi lbh baik buat mcm tu dekat ketiak, kangkang skali... sure jgn basah sgt... n jgn smpi kesejukan pulak...
medication jika perlu (if prescribed by doctor)..

Hanis Azla said...

skrg ni mmg musim.. Take care yer.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...