Wednesday, June 8, 2011

Kata-kata terindah..

Dalam kehidupan kita, tentu ada banyak quote yang kita pernah dengar atau baca. Ada yang kita suka kerana kata-katanya yang berbunga. Ada yang kita suka kerana  simbolik di sebalik kata-kata itu. Ada yang kita suka kerana ianya mempengaruhi cara dan pembawakan kita. Ada banyak quote yang aku suka. Tapi yang dua ini merupakan yang selalu aku ingat.

If we can't get what we want, we must love what we have..

Sejak dulu aku suka dengan quote ini. Ia membuatkan aku lebih menghargai segala perkara yang berlaku padaku. Lebih menghargai semua benda yang aku miliki. Tak kiralah ianya sesuatu yang biasa-biasa mahupun sesuatu yang amat bernilai buat diriku. Ianya juga membuatkan aku rasa semua yang aku ada dan aku dapat itu adalah yang terbaik. Syukur Alhamdulillah.

A beautiful young lady is a gift. A beautiful old lady is a piece of art...

Menjadi cantik merupakan impian setiap wanita. Ada orang beruntung dilahirkan dengan kecantikan semula jadi. Ianya merupakan satu anugerah yang sangat berharga. Tapi kecantikan itu perlu dijaga. Ini kerana kecantikan itu tidak kan kekal selamanya. Tanpa penjagaan, kecantikan akan pudar. Sebab itulah, aku amat mengagumi orang yang sudah berusia tapi masih dapat mengekalkan kecantikannya. Sebab mengekalkan kecantikan itu merupakan satu seni yang perlu ada pada setiap wanita. Memiliki kecantikan dari segi fizikal dan akhlak pastinya merupakan satu bonus untuk wanita muda mahupun yang berusia. 

Kadang-kadang quote itu merupakan kata-kata yang biasa. Tapi ianya bisa mempengaruhi kita. Begitu juga kata-kata dari Mak Ayah kita. Ianya banyak mempengaruhi corak kehidupan kita. Tanpa kita sedar, kata-kata dari mereka menjadi bimbingan untuk kita dalam menerajui ranjau kehidupan. Walaupun kata-kata yang keluar dari mulut mereka merupakan kata-kata biasa yang yang biasanya tidak simbolik. Hanya kata-kata semangat, tegahan, larangan yang sentiasa berulang-ulang. Bagi aku, kata-kata Mak Ayah itu merupakan quote terindah dan terbaik untukku. Dengan kata-kata itu aku dapat mencorak kehidupanku sebaik mungkin. Kalau tidak di mata orang lain, sekurang-kurangnya di mata keduanya.  

29 comments:

eB said...

singgah dengan senyuman :)

Irfa said...

If we can't get what we want, we must love what we have..

sgt menarik

mak saya penah pesan
'jgn selalu pandang atas..nanti sakit leher..sesekali pandang bawah supaya kita sedar ada org lagi susah dr kita'.

mak encik | SZ said...

kecantikan tu terlalu subjektif kan kak...

insyaAllah ditambah dengan jagaan/santapan rohani, sentiasa nampak cantik ...

Siti Noor Aminah said...

suami pesan jangan solat lambat2. haha

Dr K said...

macam macam quotable quotes yang kita boleh jadikan motivasi setiap hari...termasuk jugalah hadis Nabi pun saya anggap macam tu :)

ummiross said...

kadang2 kata2 yang simple tetapi cukup kuat untuk memotivasikan kita kan Hanis...

Unknown said...

Sama la... dulu2 masa study suka gak kumpul kata2 camni... siap ada buku khas lagi...

sampai sekarang masih menjadi pengumpul madah yang setia... hehe

Unknown said...

saya tengok semua orang ada kata2 yang dia suka...
beza pulak dengan saya..
tak de pun yang saya ingat dan rasa ayat tu menarik ke apa..
bagi saya biasa2 je...
dan tak de simpan apa2 quote untuk jadikan panduan atau penaik semangat..
teruk kan???

safurara said...

betul tu.rara suke sgt quote.ianya buat rara bersemangat sgt2.suke quote yg membina.

Kak Amy said...

amy suka komen SZ simple tapi cukup padat.

Daddylicious said...

semua pun cantik ...cuma nampak atau tidak ...

Hanis Azla said...

eB : senyuman yg manis semanis orangnya..

happy irfa : pesanan yg baik dari mak tu utk elakkan kita dari lupa diri..

-sz- : sgt setuju.. itu merupakan pakej yg cukup sempurna..

-GC- : pesanan yg patut dipatuhi tu..

daddy ziyyad : Hadis nabi mmg motivasi terbaik utk kita..

ummiross : betul ummi.. sbb apa yg tersirat dlm kata2 itu mempunyai makna yg besar..

lady salwa : oh, pengumpul madah yer.. best kan baca madah2 ni.. rasa bermotivasi aje..

diana : lain orang lain caranya.. tentunya diana ada cara diana yg tersendiri utk naikkan semangat.. mana ada teruk..

rara pinkmafia : dgn kata2 yg indah buatkan kita berfikir dan mahu memperbaiki diri..

amy syaquena : akak pun suka juga..

Hanis Azla said...

big daddyz : betul tu.. semua pun cantik dan ada keistimewaan tersendiri..

Hanis MY said...

lovelynya post ni mcm akak jugak...betul tu kak stuju sgt kata2 dan doa ibi bapa sgt penting

Dilla Ady said...

tetiba terjatuh cinta lak ngan quote yg first tu kak..

mengajar kite supaya menghargai apa yg kite ade

atau dalam kata melayunye jgn yg dikejar tak dapat, dikendong keciciran..

tu diaaaa...berfalsampah pulak ai..hihihi

sarah-najwan said...

qoute ni mcm motto jugak kan
zmn skol2 dulu..siap ada motto diri..hehe

saya pun da lupa apa motto=qoute saya..hehe

Liza @ Adzriel AB said...

minat kita sama.. kalau hanis tengok di header blog kak liza & anak2 memang ada juga quotes yg menerangkan tentang blog dan cita2 & minat dlm diri.

NzA said...

kata2 boleh buat kita gembira n brduka....

Azlan Strider said...

betul kak...kat dalam pc penuh ngan qoute2 yang saya rasa best..hehehe..kadang pas baca make us motivate..hehehe

Regards,
-Strider-

Unknown said...

kecantikan dalaman lebih penting dari luaran...ceh berfalsafah la pulak..hehe

kurus said...

bersyukur dgn apa yg allah berikan kerana masih ramai org yg tidak mampu dan tidak sempurna dari kita huhuhu

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

org kata kalau duit kita byk...seri duit naik ke muka betul ker?

nurkaloi said...

kecantikan tu msti wujud dalm diri...bukan tuk ditnjuk pd orang len..tp kepuasan diri kan kan... Nabi pun suke mende yang cantik ^__^

Hanis Azla said...

hanis MY : betul.. mmg penting sgt doa ibu bapa untuk kita..

dilla ady : sesekali berfalsafah apa salahnya dilla.. he..he..

sarah najwan : he..he.. betullah.. alamak tak ingat dah apa motto sekolah dulu..

liza@adzriel aB : saya perasan juga ttg tu.. samalh kita ni yer kak..

nZa : setuju dgn akak..

azlan hassan : mmg ada sesetengah quote tu boleh motivated kita.. itu yg akak suka sgt tu..

papa mifz : betul.. tp keduanya tidak boleh diabaikan..

ieda : setuju.. bersyukur itu sgt perlu.. Alhamdulillah..

be simple beb (bsb) : oh ye ke? tak pernah dgr pulak.. he..he..

nurkaloi : betul.. kecantikan utk kepuasan diri sendiri paling utama.. Bila nabi suka, kita pun perlu suka juga..

Sofya said...

terima kasih kak..
sebab tolong ingatkan saya.. :)

farah fauzi said...

sayapun suka quote yang 1st tuh...kira macam ayat untuk sedapkan hati la klu tak dapat sesuatukan..hihi...think positif la katakan...

Unknown said...

kata-kata ingah ni mcm citer yg tengah jeee .. tu citer nora elena .. seth tan tu kan .. ishhh susah nak citer .. haishhhh

Hanis Azla said...

sofya : sama2 kita saling mengingat.. itulah gunanya kawan kan..

farah fauzi : akak suka pun sebab itu juga.. mmg kena selalu think positif kan.. barulah hidup terasa lebih bernilai..

aida : ha..ha.. demam nora elena juga yer aida..

Rina Rahamat said...

sy pon suka guna quote utk lebih semangat dlm hidup..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...