Tuesday, April 9, 2013

Room makeover..

Assalamualaikum..

Entah kenapa sekarang ni, mood nak mengemas  rumah jadi sangat tinggi. Kalau menyapu, mesti sampai bawah-bawah carpet pun aku nak sapu. Kiranya,  kalau menyapu tu memang kena alih kerusi meja baru rasa puas hati. Bila rumah dah kemas, terasa lebih beria nak menghias dan ubah susun aturnya pula. Tapi sebab tak berapa kreatif, dapat ubah sikit-sikit aje susun atur rumah. Jadilah, sekadar dapat rasa suasana baru dan menghilangkan kebosanan dengan susun atur yang sama. Bila dah susun atur rumah terasa nak tukar dan tambah perabot pula he..he.. Adooii.. terus rasa macam semua nak tukar baru.

Macam baru-baru ni terasa nak buat ubah suai bilik tidur. Terasa nak tukar perabot dan buat build in cabinet. Tapi perabot-perabot tu semua masih elok lagi. Terasa sayang pula nak membazir untuk perkara yang tak perlu. Tapi dah jemu dengan kedudukan susun atur perabot sekarang. Nak tukar kedudukan macam tak boleh sebab bilik aku macam dah ada ruang khas untuk katil, untuk almari, untuk meja solek. (He..he.. penilaian dari orang yang tak berapa kreatif nak susun atur ruang).

Sebab dah rasa tak boleh nak buat apa, aku sekadar alihkan perabot yang kecil-kecil mana yang boleh aje. Almari buka yang tumpang dalam bilik anak aku alihkan semula ke dalam bilik aku. Buku-buku yang letak kat ruang keluarga aku bawa masuk dalam bilik. Dalam laci semua susun elok-elok. Dalam almari, semua atur kemas-kemas. Lappy aku letakkan kat satu meja khas. Takdelah bertenggek kat atas katil bila nak guna. Benda-benda yang tak perlu aku keluarkan dan buang. Bila dah ada perubahan, barulah hati rasa senang. Alhamdulillah.. walaupun sekadar perubahan kecil, tapi efeknya sangat mengembirakan. Terasa macam dah buat total room makeover he..he.. Sebab apa yang penting bukanlah perabot baru. Tapi kekemasan dan kebersihan.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care & have a nice day.

14 comments:

Izwa Kamaruddin said...

oh akak..skrg ni mood mengemas adelah ke laut..kekeke..mood nak tido je ade la..

ummiross said...

Seronok kan sekali-sekala main deko2 ni, Eric Leong pun boleh terkejut Hanis. Deko kita, selera kita, kalau orang tak suka tapi mata kita suka, oklah kan Hanis..hehehe.

Qhaifa Nur said...

macam saya suka mop lantai tak selesa pijak lantai kotor...
ubah suai perabot pun suka juga...

Hudalatip said...

Saya pun hari2 mengemas tapi biasa2 ikut spec saya la..Kalau tak dapat kemas tu rasa cam mood lain macam..Ingat hujung minggu ni macam2 lagi nak buat la.

faraherda.razalan said...

Amboi! Rajinnya menyapu smpi bwh karpet.

Sy tak suka bela karpet dlm umah. Habuk. Dan sy malas. Hahahah...

Dr K said...

Dia bila mood rajin tu dah datang, teruskan aja...Bersih berkilat rumah...hahaha

Kakzakie Purvit said...

Bila dah buat semua seperti kehendak hati pasti hati senang dan mata pun sedap memandang walau ada sedikit rasa letih..

Irfa said...

SATU KEPUASAN WPUN DIRI SENDIRI YG PENAT..HEHE.SAYA PUN TERINGIN NAK PASANG KABINET PASANG SIAP DALAM BILIK,SENANG NAK SUMBAT APA2 DALAM TU ..TAK NAMPAK

SABTU AHAD LEPAS KONON BERKEBUN,BERPELUH MACAM AIR HUJAN..TP SERONOK TGK LAMAN KEMAS DAN BERSIH..RASA MACAM NAK CARI TANAH/BAJA DAN BERTANAM POKOK SAYUR

Unknown said...

best..simple change make us different.

saya pon tak sabar nk deco2 rumah. rumah sewa sangat lain feelnya berbanding rumah sendri kan. kang dh dok ruah sendiri ntahcemana plak feelnya kalau dh bosan. kena carik rumah lain pulak ke? hhih

♥MAMASYAZA♥ said...

yup setuju. kekemasan dan kebersihan tu yg lebih penting

Unknown said...

saya sekarang ni nak ubah suai dapur je kak..tak de mood nak ke dapur sebab dapur tak best(alasan orang malas...)
tapi tak de duit nak ubah suai sebab saya perlukan kabinet dapur yang baru..muahahah

Dinas Aldi said...

Bila rumah bersih, kemas & cun, baru la bersemangat lebih sket kan :)

mamaarifakeemaisy said...

Betul..sesekali kena buat jugak ubahsuai ni, biarpun cuma kedudukan yg berubah, itu pembaharuan jugak namanya :-)

Eye_nee said...

As-Salam Sis..

Perabot rumah akk berat sis..tak dapat nak alih....yg kecik2 jer lah dapat alihkan...mata mmg bosan jer tgk kedudukan statik jer kat situ...

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...