Assalamualaikum..
Entah kenapa sekarang ni, mood nak mengemas rumah jadi sangat tinggi. Kalau menyapu, mesti sampai bawah-bawah carpet pun aku nak sapu. Kiranya, kalau menyapu tu memang kena alih kerusi meja baru rasa puas hati. Bila rumah dah kemas, terasa lebih beria nak menghias dan ubah susun aturnya pula. Tapi sebab tak berapa kreatif, dapat ubah sikit-sikit aje susun atur rumah. Jadilah, sekadar dapat rasa suasana baru dan menghilangkan kebosanan dengan susun atur yang sama. Bila dah susun atur rumah terasa nak tukar dan tambah perabot pula he..he.. Adooii.. terus rasa macam semua nak tukar baru.
Macam baru-baru ni terasa nak buat ubah suai bilik tidur. Terasa nak tukar perabot dan buat build in cabinet. Tapi perabot-perabot tu semua masih elok lagi. Terasa sayang pula nak membazir untuk perkara yang tak perlu. Tapi dah jemu dengan kedudukan susun atur perabot sekarang. Nak tukar kedudukan macam tak boleh sebab bilik aku macam dah ada ruang khas untuk katil, untuk almari, untuk meja solek. (He..he.. penilaian dari orang yang tak berapa kreatif nak susun atur ruang).
Sebab dah rasa tak boleh nak buat apa, aku sekadar alihkan perabot yang kecil-kecil mana yang boleh aje. Almari buka yang tumpang dalam bilik anak aku alihkan semula ke dalam bilik aku. Buku-buku yang letak kat ruang keluarga aku bawa masuk dalam bilik. Dalam laci semua susun elok-elok. Dalam almari, semua atur kemas-kemas. Lappy aku letakkan kat satu meja khas. Takdelah bertenggek kat atas katil bila nak guna. Benda-benda yang tak perlu aku keluarkan dan buang. Bila dah ada perubahan, barulah hati rasa senang. Alhamdulillah.. walaupun sekadar perubahan kecil, tapi efeknya sangat mengembirakan. Terasa macam dah buat total room makeover he..he.. Sebab apa yang penting bukanlah perabot baru. Tapi kekemasan dan kebersihan.
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care & have a nice day.
Showing posts with label room makeover. Show all posts
Showing posts with label room makeover. Show all posts
Tuesday, April 9, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)
Positif juga akhirnya..
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...
-
Tandas (tempat mandi) tersumbat memang selalu memeningkan. Bila dah tersumbat, airnya jadi melimpah. Waktu mandi, air bertakung bagaikan ko...
-
Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. majlis perkahwinan sepupuku pada ahad lepas telah berlangsung dengan lancar dan penuh meriah. Semingg...
-
Assalamualaikum.. Bismillahirahmanirrahim. ALLAH.. terasa kekok untuk kembali menulis selepas berbulan tidak menulis di sini. Tapi...