Assalamualaikum..
***Ini entry semalam. Tapi tak sempat post sebab nak pergi melawat nenek mertua arwah adikku yang sedang sakit malam tadi.***
Alhamdulillah.. aku baru selesai membalut buku teks Az. Tahun ni pelajar tahun 5 dapat buku teks lambat sikit sebab mereka dapat buku teks baru dengan versi yang baru. Balik sekolah tadi dia dah siap-siap letakkan buku teks atas katil mama siap dengan pembalut buku sekali. Tapi takde pun cakap apa-apa. Cuma tinggalkan klu aje he..he.. Macam comel pulak bila dia buat macam tu.
Hari ni aku cuti. Anak buah aku Hafiy masuk sekolah darjah 1 dan adiknya Gegirl masuk sekolah tadika 5 tahun. Sejak awal memang aku dah siap-siap apply cuti. Bila buka sekolah ditangguhkan seminggu, aku tukar cuti tu ke tarikh baru. Alhamdulillah.. bila dah cuti hari ni, dapatlah aku menemankan kedua beradik tu ke sekolah untuk memulakan sessi persekolahan mereka. Dah beri tahu awal-awal juga pada papa mereka yang aku akan uruskannya.
Malam sebelumnya, en.asben dah risau dan kesian, takut takde siapa yang dapat temankan Hafiy dan Gegirl. Bila aku beritahu en.asben yang aku dah ambil cuti dan memang aku akan temankan anak-anak tu, barulah en.asben rasa lega. Kalau boleh, en.asben nak sangat anak-anak buahku mendapat layanan yang sama seperti mana kami melayani anak-anak kami sendiri. Kalau mungkin tak cukup sempurna, sekurang-kurangnya tidaklah kurang layanannya.
Alhamdulillah.. hari ini aku dapat menemankan kedua-duanya untuk hari pertama persekolahan mereka. Dari awal pagi hingga ke pukul 2 petang sampai 8 kali aku berulang ke sekolah anak-anak itu hari ini. Selepas anak-anak aku dah selamat ke sekolah, aku terus pergi ke rumah arwah adikku. Ahamdulillah.. emak dah uruskan mereka adik beradik. Dah segak berpakaian sekolah yang baru, kasut baru, beg baru juga dengan keseronokan untuk memulakan sessi persekolahan baru.
Memang terkejar-kejar juga. Tapi, takde pulak aku rasa terlalu penat. Malah tiada langsung rasa membebankan. Lepas uruskan Hafiy di sekolahnya, menjenguk Gegirl pula di tadikanya. Kemudian pergi uruskan pendaftaran di sekolah agama kafa. Kemudian balik ke rumahku semula ambil dokumen anak-anak untuk mengambil wang bantuan persekolahan yang RM100 tu sebab sekolah perlukan dokumen yang original. Berulang sampai dua kali mengikut sessi persekolahan Hafiy dan abangnya. Alhamdulillah.. semuanya sudah aku serahkan pada emak.
Sebelum balik tu, sempat juga aku menjenguk Hafiy pada waktu rehatnya. Alhamdulillah.. bukan main ceria lagi dia. Pandai dia bawak diri. Dah boleh beli makanan sendiri. Seronok aku tengok dia. Jadi hilang risau. Gegirl pun nampak happy dengan hari persekolahan pertamanya. Nampak sangat confident. Kalau arwah mummy ada, tentu mummy bangga tengok anak-anak dia yang hebat. Waktu balik aku tunggu Hafiy kat pagar sekolah dan naikkan van. Petang tengok-tengokkan dia dulu di sekolah kafa. Lepas dah settle semua baru aku balik ke rumahku.
Sebenarnya, aku takde niat nak mengungkit bila menceritakan hal ini. Aku sekadar nak bercerita bila teringatkan satu perkara yang pernah aku persoalkan. Sebelum ini ada seorang teman yang sudah mempunyai anak sendiri. Tapi kemudian dia mengambil anak angkat pula. Aku ada bertanya padanya, boleh ke dia berikan kasih sayang yang sama antara anak sendiri dengan anak angkat? Sebab kalau aku, aku tak rasa aku boleh berikan kasih sayang dan layanan yang sama. Tapi jawapan yang diberikan kepadaku ialah BOLEH.
Aku jadi terkagum dengan jawapannya. Ini kerana, aku tidak yakin aku boleh melakukannya sama seperti dia. Aku tak yakin aku boleh berbuat begitu serupa dengannya. Aku rasa aku tak mampu nak sayang dan ambil berat hal anak orang lain seperti mana aku sayangkan dan ambil berat hal anak-anakku sendiri. Apa yang aku tahu, aku tak boleh melakukannya. Kalau boleh pun, tentu ada banyak bezanya. Kalau buat pun, mungkin tidak sepenuh hati. Memang aku boleh katakan yang aku tak akan boleh untuk menguruskan hal itu dengan baik.
Tapi.. ALLAH itu Maha Besar. ALLAH itu Maha Agung kuasanya. DIAlah pemilik segalanya. Juga pemilik hati yang kita ada. SUBHANALLAH.. Hari ini aku boleh menguruskan anak-anak arwah adikku sama seperti mana aku uruskan anak-anak aku sendiri. Aku boleh menyayangi mereka seperti aku sayangkan anak-anakku sendiri. ALLAHUAKBAR.. Besar sungguh kuasa ALLAH. ALHAMDULILLAH.. Terima kasih ALLAH kerana mengurniakan rasa ini. MASYA ALLAH.. Ianya satu rasa yang sangat menakjubkan. SUBHANALLAH.. ALHAMDULILLAH.. ALLAHUAKBAR.. Tiada apa yang berlaku tanpa izin dari ALLAH. Tiada apa juga yang mustahil untuk berlaku dengan izin dari ALLAH.
Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiada ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!
Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiada ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!
7 comments:
assalammualaikum kak..
sebak izwa baca entry ni kak..
besar harapan izwa sekiranyer dijemput Ilahi biarlah anak-anak izwa dapat layanan macam ni jugak dari keluarga izwa/eady...
nak nangis :(
SubhanAllah...
Allah masukkan rasa kasih itu di hati saat kita sendiri tidak yakin kita boleh memilikinya...
Sedih saya kak...Allah itu Maha Besar dan Maha Mengetahui...Semua yang berlaku dengan kehendak dia kan. Semoga kisah akak ni boleh jadi iktibar pada kami semua...
besar pengorbanan akak... moga RASA itu akan terus kekal dan KEBAHAGIAN itu milik mereka bersama. Allah pasti memberi setimpal2 pahala utk akak sekeluarga.
Entah kenapa setiap kali Hanis memaparkan kisah anak-anak buah Hanis yg ini hati kakak jadi sayu sampai mengalir air mata.
Percayalah yg Hanis dan suami adalah insan terpilih. Tak rugi membela/jaga mereka macam anak sendiri. Allah maha melihat.
Syukur alhamdullilah... Allah akan membalas dengan nikmat syurga untuk penjaga anak yatim... mudah2an hidup tuan blog diberkati
Interesting read, thanks for sharing
Post a Comment