Assalamualaikum..
Sejak kahwin, emak mentuaku selalu cerita. Katanya, en.asben tak pandai nak minta apa-apa. Bukan jenis nak meminta-minta. Kalau dah bagi duit belanja waktu belajar dulu, duit itu ajelah yang dia guna. Cukup ke, tak cukup ke tak pernah nak minta. Tak pernah beritahu pun cukup ke tidak. Macam apa yang ada tu dah cukup untuk dia.

Malam kelmarin sebelum tidur aku berbual dengan en.asben. Dalam berbual aku terkenangkan percutian kami ke Bali pada Januari tahun lepas. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru lagi tapi rupanya dah setahun dah percutian tu. (Punyalah isterinya kaki jalan, nak tidur pun ingat pasal jalan lagi he..he..) Teringatkan Bali, aku teringatkan hal yang terjadi waktu percutian kami. Waktu itu kami singgah di kedai pembuatan silver. Pada mulanya aku tak berminat nak singgah berhenti kerana aku bukannya peminat barangan aksesori. Tapi bila dah singgah dan masuk, aku jadi seronok. SUBHANALLAH.. memang kebanyakannya cantik-cantik. Cincin, gelang, rantai dan barangan lain yang dihasilkan dari silver sangat memikat hatiku. Aku jadi teruja melihatnya. Bila melihat ianya cantik di mata, hati pula terasa untuk mencubanya. Pekerja kedai juga bukan main ramah menawarkan untuk aku mencubanya. Ngak beli pun ngak apa.. Bila sudah begitu katanya, aku pun tak segan nak mencubanya. Aku mencuba beberapa darinya yang sudah membuatkan aku jatuh cinta. Bila dah cuba pakai, memang rasa cantik. Hati mula membuat pilihan. Tapi.. bukan pilihan mahu membeli yang mana. Pilihan ni untuk beli atau tidak. Ini kerana aku bukannya orang yang jenis pandai nak bergaya dengan aksesori. Harga barangan itu pun bukanlah murah sangat. (Beratus-ratus dan cecah juga beribu-ribu harganya). Disebabkan itu aku perlu memikir sama ada praktikal atau pun tidak untuk aku membelinya.
Sudahnya aku memilih untuk tidak membelinya. En.asben bersungguh suruh aku beli juga apa yang aku dah berkenan. Tapi aku menolaknya, dengan alasan tak mahu membazir. En.asben pujuk juga suruh ambil saja sebab katanya sejak kenal dan sejak kahwin, aku tak pernah minta apa-apa darinya. (Maksudnya meminta-minta barangan yang khas untukku. Kalau barangan rumah dan barangan yang untuk kegunaan bersama tu lainlah). Fikir punya fikir aku tetap tak mahu membelinya. Sebab aku taknak membazir membeli barangan yang aku tidak betul-betul perlukan. Bila aku terus menolak, en.asben memberitahuku, insyaALLAH, ada rezeki yang sudah menantinya. Jadi kalau aku mahukan apa yang aku sudah berkenan tu, insyaALLAH dia tak kisah nak belikan. Memang bulatlah mata aku mendengarnya. Tapi... aku tetap menolaknya. Sebab aku tahu kalau aku beli pun nanti aku lebih banyak menyimpan dari memakainya. Rezeki yang lebih tak bermakna aku boleh membazir dengan perkara yang tak perlu. Jadi hasrat untuk memiliki itu aku abaikan walaupun mendapat sepenuh sokongan dari en.asben.

Balik dari Bali, bila tiba bulan mac, en.asben bertanya apa yang aku mahukan untuk harijadiku pula. (Waktu tu rezeki yang diberitahu sebelumnya sudah diterima). Sekali lagi aku tak reti nak minta apa. Sebab aku memang bukan orang yang tahu nak meminta-minta dari orang lain. Dah biasa susah agaknya. Selepas arwah ayah meninggal, dengan emak pun aku selalu rasa kesian nak minta apa-apa. Nak minta dengan orang lain lagilah aku tak pandai. Kalau aku benar-benar mahukan sesuatu, aku akan berusaha mendapatnya sendiri. Waktu bercinta pun, en.asben suka nak tawarkan untuk bayarkan barangan yang aku beli. Macam kalau kami keluar beli perfume, mesti dia nak bayarkan kedua-duanya. (Perfume dia dan perfume aku sekali). Gila tak suka. Bestlah... tak luaklah duit aku. Tapi aku selalu rasa tak sampai hati. Sudahnya aku tetap menolak dan membayarnya sendiri. Mungkin sebab tak biasa. Jadi aku rasa bersalah dan rasa macam mengambil kesempatan pulak kalau nak minta orang lain yang perlu bersusah payah nak tolong bayar atau belikan barangan yang aku sendiri mahukan. Rupanya, aku dengan en.asben sama. Tak reti nak meminta-minta.
Back to the story about my birthday gift. Bila dah tak tahu nak minta apa, akhirnya aku beritahu pada en.asben aku tak mahu apa-apa. En.asben dok tanya juga suruh cakap apa-apa. Tapi aku memang tak tahu nak minta apa. Apa yang ada pun rasanya dah cukup untukku. So cerita itu pun berakhir di situ. Takde tanya-tanya lagi dah. Pada pagi harijadiku (Tepatnya dalam pukul 12 lebih tengah malam), sebelum tidur en.asben hulurkan sebuah kotak kecil yang panjang ukurannya kepadaku bersama ucapan happy birthday. Dalam taknak-taknak tu bila orang bagi hadiah hati rasa berbunga-bunga jugak. Thank you, sayang. Eh.. apa ni? Apa ni? (Mengada-ngada kan, hadiah dah ada kat tangan lagi nak tanya. Bukak ajelah. Lagi nak banyak cerita ha..ha..) Bila dah buka pembalutnya tu terus nampak kotak bertulis Poh Kong. Isinya gelang tangan. En.asben tanya aku suka tak gelang tu? Eh.. gila tak suka ha..ha.. Tapi dalam suka sempat juga cakap.. Kan I dah kata I taknak apa-apa. Serius.. aku rasa macam tak perlu pun en.asben nak hadiahkan aku gelang tu. Tapi en.asben cakap, Takpelah, ma. Sejak kita kahwin, U tak pernah minta apa-apa dari I. Serius sebak masa tu. Macam aku baik sangat padahal selalu jugak melawan cakap suami hu..hu..
Dalam pada sebak tu, sempat juga aku tanya. Eh, u beli ni u tawar harga tak? ha..ha.. Sebab en.asben bukannya pernah pergi kedai emas sendiri. Tentulah dia tak tahu beli emas pun boleh tawar-tawar harga. Aku tak tahulah dia minta tawar ke tidak. Sebab en.asben tak mahu aku sibuk-sibuk pasal tu. Walau apa pun aku tetap rasa tersentuh. Pada aku, apa yang en.asben dah berikan pada aku dan anak-anak dah cukup dah. Aku tak perlukan hadiah yang lain darinya. Sekarang ini, aku lihat anak-anak aku pun macam tu. Dia orang ni jarang nak meminta-minta sangat. Macam kalau betul-betul nak tu (maksud aku untuk barangan kemahuan bukan barangan keperluan ya) adalah dia orang menyebut. Tapi kalau tak dapat pun dia orang macam faham sebab takde pun nak push cakap nak.. nak.. nak.. Lebih-lebih lagi bila en.asben dengan aku selalu cakap, kalau kami rasa benda tu perlu dan mesti dapat waktu itu, memang kami akan usahakan untuk terus belikan. Tapi kalau rasa benda tu tak perlu dan belum sampai masanya untuk anak-anak mendapatnya, silalah tunggu dahulu. ALHAMDULILLAH.. anak-anak selalu faham. Sampaikan dia orang macam tahu sendiri untuk tidak meminta-minta.
Macam lepas dapat result PT3 hari tu, kami tanya Han nak hadiah apa. Tapi dia cakap dia taknak apa-apa sebab pada Han, dia tak score. So, tak payahlah kami nak bagi apa-apa hadiah. Okey.. aku dah sebak. Sebab pada aku, result dia masih baik dan dia patut dapat ganjaran dari kami. Tapi dia tetap cakap dia taknak apa-apa. ALLAHUAKBAR.. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Rasa bersyukur juga sebab mungkin anak-anak taknak menyusahkan kami berdua dengan perkara yang bukan keperluan. Lebih bersyukur bila anak-anak juga tak reti nak meminta-minta. Sekurang-kurangnya mereka dah tahu untuk tidak menyusahkan. Mereka juga tahu yang kami bukan orang senang sangat untuk mereka meminta apa-apa dengan sewenang-wenang. Bukanlah nak cakap perkara tu hebat sangat. Tapi aku cuma nak cakap, adakalanya perangai kita sebagai ibu dan ayah menurun pada anak-anak kita. Kalau ada perkara yang baik turun kepada anak-anak ianya tentulah jadi hal yang perlu disyukuri. Doaku, semoga lebih banyak perkara yang baik-baik akan menjadi ikutan anak-anak. Semoga aku dan en.asben yang serba kekurangan ini juga akan dapat menunjukkan lebih banyak contoh yang baik-baik untuk anak-anak kami.
Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nica day!

7 comments:
Sebak kakcik baca catatan ini...
Kakcik juga tak pandai nak meminta-minta dari En Suami...
Kakak rasa sebab kita pun bekerja itu yg tak suka meminta-minta. Tapi sebagai suami mesti ada keinginan nak memberi pada isteri...
Kakak ni lagilah dulu lahir dari keluarga miskin Hanis. Jadi dgn kehidupan sekarang dah lebih dari bersyukur...
Nak minta tak sampai hati.. tp kalu dikasi.. alhamdulillah (sama kita kak.. hehe)
tersentuh hati kak baca entry nie..
Akak biasanya beli guna duit sendiri apa yg menjadi keinginan akak tetapi masih gengan persetujuan suami. Macam Fea jugak kalau keperluan anak-anak memang cepat je bagi kalau kehendak depa je pelan-pelanlah dapat...kadang-kadang tak dapat2...ehehehe...
halamak bestnya tak pandai mintak apa apa... anak sedara saya siap sound lagi kalau bagi sikit... lokeknya... syukur sangat2... kadang2 orang yang tanak apa apa ni lah lagi kita nak bagi kan
sebak, kita sama. kalau nak tu, smpi mimpi2 tp nak mintak mmg taklah. kalau nak belikan, sy terima huhu
Post a Comment