Thursday, March 26, 2015

Memenuhi amanat ayah..

Assalamualaikum..

Tahun ini, si bongsuku Az sudah darjah lima. Tahun depan dia akan menduduki peperiksaan UPSR. Bermakna tahun depan adalah tahun terakhir Az di sekolah rendah, insyaALLAH. Bila dah habis sekolah rendah akan masuk ke sekolah menengah pula. Tak seperti Han dan Is, sejak darjah satu hingga darjah empat Az memang tak aktif langsung di sekolah. Tidak memegang apa-apa jawatan. Juga tidak mengambil bahagian dalam apa jua aktiviti sekolah. Bila ditanya mengapa, jawapannya ialah dia memang tak mahu melibatkan diri. Tak minat. Amboi!! senangnya jawapan he..he.. Tapi bila ada pengalaman anak-anak yang lain  masuk ke sekolah menengah, jadi aku dah tahu kepentingan untuk terlibat dalam aktiviti sekolah. Juga untuk ada jawatan yang di pegang di sekolah. Ini kerana borang untuk permohonan masuk ke sekolah-sekolah pilihan memerlukan kita mengisi bahagian aktiviti dan jawatan. Bila sudah begitu, sudah tentu pelajar yang mempunyai jawatan dan terlibat aktif dalam aktiviti sekolah akan mempunyai peluang yang lebih untuk terpilih. 

My cheeky Az..

Awal tahun ni sebelum sekolah di buka, en.asben dah beri amanat pada anak bongsunya. Nasihatkan Az agar dia  aktif sikit. Mana aktiviti yang boleh disertai cuba sertai. Mana jawatan yang boleh dipegang cuba pegang. Ianya supaya Az  ada kelebihan bila mahu memohon masuk ke sekolah menengah yang baik jika ada rezeki mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR nanti. Waktu en.asben dan aku beri amanat dan nasihat. selamba aje muka Az. Macam tak berapa nak ambil kisah pun. Tapi.. sebaik sekolah dibuka, pada minggu pertama, balik aje dari sekolah Az menelefonku. Mama.. Bb jadi ketua kelas. Excited aje suaranya memberitahu. Alhamdulillah.. ada rezeki Az untuk pegang jawatan tu. Padahal dia baru naik kelas tu dari kelas kedua tahun ni. Mungkin kerana dalam kelas itu sendiri sudah ramai yang berjawatan pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan. Disebabkan itu dia yang tidak mempunyai sebarang jawatan terpilih untuk dicalonkan dan dipilih pula kawan-kawannya untuk menjadi ketua kelas.

 Az yang dah pegang jawatan sebagai ketua kelas.. akhirnya.. he..he..

Pada minggu seterusnya, Az memberitahuku yang dia terpilih untuk menyertai kumpulan nasyid sekolah. Aku tanyalah bagaimana dia boleh terpilih. Dia memberitahuku yang dia dan kawan-kawannya pergi uji bakat bila diberitahu ada pemilihan untuk penyanyi nasyid. Dari situlah dia terpilih dan mendapat peluang untuk masuk kumpulan nasyid sekolah. Beberapa hari selepas itu, balik dari sekolah Az menelefonku. Mama.. Bb dapat jadi penyanyi solo untuk nasyid. Berbisik-bisik aje suaranya untuk cover rasa excitednya. Alhamdulillah.. Tapi terperanjat jugak aku. Tak pernah-pernah nyanyi kalau kat rumah, tiba-tiba aje boleh jadi penyanyi solo. Jadi bukan setakat aku, en.asben dan seisi keluarga pun sama terperanjat he..he.. Bila aku minta dia nyanyi depan aku, eh.. boleh tahan juga suaranya. Tapi sikit aje dia nyanyi. Malu! Dalam pada langsung tak aktif sebelum ini, masuk darjah lima ni terus aktif pulak dia. Dalam pada buat tak kisah bila ayah bagi amanat, rupa-rupanya dia ambil berat juga nasihat dari ayah. Alhamdulillah.. kumpulan nasyid sekolahnya berjaya menjadi naib johon dalam pertandingan nasyid sekolah peringkat zon. InsyaALLAH, dapat peluang untuk ke peringkat daerah. Syukur.

Penyanyi solo nasyid sekolah..

Doa mama dan ayah agar Az terus cemerlang dalam kehidupan di dunia dan di akhirat insyaALLAH. Bila tengok gambar-gambar ni macam baru tersedar yang besar dah si bongsu aku ni. But for me he is always my baby. Mama love you so much sayang.

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

5 comments:

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillh..

kadang-kadang tu memang malas tapi dengan dorongan yang tepat terus dia bersemangat kan kak :)

Acik Erna said...

Alhamdulillah..dengar amanat ayah le tu Hanis.
anak bongsu acik dulu pun macam tu..mula darjah 5 juga aktif..macam2 sijil dia dapat..

Kakzakie Purvit said...

Amanat tu betul Hanis. Bagus Az mengorak langkah sejajar kehendak masa kini. Tahniah adik!

Dr K said...

Bagus AZ!

Lepas ni boleh try berkolobrasi dgn UNIC..hihihihi..

Saya dulu zaman sekolah rendah, satu jawatan pun takda..hahaha..ketua kelas pun tak...pengawas jauh sekali. Aktiviti sukan. ko-ko yg lain, semua tadak! hahaha

Eye_nee said...

Penyanyi Nasyid Solo..bagus lah Az..Ketua Kelas lagi tu...

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...