Wednesday, March 4, 2015

Rumah bersih..

Assalamualaikum.. 


Ada rumah yang bersih. Ada rumah yang bersepah. Kalau tanya pada siapa-siapa pun rasanya semua orang akan memilih rumah yang bersih.  Kalau bersepah tu tentulah ada penyebabnya. Bukan sesuatu yang disengajakan dan tentunya tidak langsung menjadi kemahuan. Aku juga begitu. Aku memang suka rumahku bersih.  Selalu rasa serabut kalau rumah bersepah. Angin satu badan dibuatnya. Tapi.. hah.. ada tapi pulak ya. Kadang tu badan tak larat. Kadang tu malas menjelma. Jadi rumah yang bersepah ada kalanya tak berkemas juga. Bila tak kemas terus nampak tak bersih. Nak betul-betul sapu dan mop satu rumah sampai berkilat rasa tak larat. Kalau larat pun kadang tu malas. Ditambah pula dengan sibuk. Anak-anak pun masih belum peka lagi bab itu. Masih macam takde hal kalau rumah bersepah. Takdelah nak tolong kemas kalau mamanya tak pot pet. Langsung tak sakit mata nak pandang. Mulalah aku tarik nafas panjang-panjang dan lepas tu membebel ha..ha..

Emak aku dari dulu memang pengemas orangnya. Rumah selalu bersih. Tapi bila kita orang adik beradik dah besar-besar tugas mengemas dah jatuh pada kami. Emak memantau aje. Hujung minggu kalau pukul 10 pagi rumah masih tak bersapu memang kena bebellah kami adik beradik. Hiasan dan kerusi meja kena berlap. Itu pun bila kawan emak datang sebelum rumah sempat kami sapu, kawan-kawan emak dah tegur, bersihnya rumah.  Kita orang macam eh.. kami baru lepas kena bebel dengan emak sebab rumah tak bersih dan tak bersapu lagi. Orang lain dah nampak macam bersih. Tapi bagi emak masih belum. Emak pulak kalau kita dah sapu dia suka check. Ni kenapa rasa macam berpasir lagi? Bila emak baring tengok tv, mata emak akan check bawah-bawah almari dan bawah-bawah tv nak buat pemantauan. Kalau masih kotor mulalah keluar ayat.. menyapu macam orang takde tangan he..he.. 

Kalau kat porch rumah, sejak aku kecik memang porch rumah kita orang siap boleh baring sebab bersih sangat. Emak siap sapu dan mop sampai porch. Jadi aku pun dah terbiasa macam tu. Kalau nak kata rumah bersih, mesti dari porch pun kena bersih. Waktu emak duduk sekali memang porch aku pun bersih sebab bila kami pergi kerja emak akan pastikan porch kami bersapu. Tapi bila emak dah tinggal di rumah adik, porch aku bersih ikut kerajinan dan kesempatan aku aje. Kalau rajin tu balik kerja  terus pegang penyapu dan sapu porch dulu. Kalau malas sikit minta tolong anak-anak sapukan. Kalau kesian anak penat memang tak bersapulah porch tu. Keluar kereta aje rasa nak lari laju-laju masuk dalam rumah sebab mata sendiri pun tak sanggup tengok porch yang tak bersapu. Main sapu sikit-sikit dalam rumah aje. Bila hujung minggu emak aku datang memang tahan telingalah kena dengar emak membebel porch kotor sambil emak tolong kemas peti ais hu..hu.. Emak aku, dalam peti ais pun kena kemas he..he..

Bila dah makin berumur ni, bab kebersihan rumah dah jadi hal penting bagi aku. Menurun dari emak kut. Kalau rumah tak bersih aje stress. Aku tak kisah nak sental bilik air bilik aku setiap hari. Janji bila masuk bilik air terasa sedap mata memandang. Tapi bila bilik air sendiri dah bersih, sakit mata juga bila tengok bilk air anak-anak yang seminggu sekali baru dia orang nak sental time buat comparison. Sentap mak korang nak. Hari jumaat lepas, waktu rehat  kawan aku call. Aku jawab call sambil termengah-mengah. Waktu tu dah janji nak keluar makan sama-sama. Tapi aku sempat balik sapu rumah dulu. Eh.. ko kenapa? Tanya kawan aku pelik campur suspen. He..he.. sebab aku macam ada projek rahsia. Gelak aje kawan aku bila aku cakap aku balik rumah kejap nak menyapu. Termengah-mengah tu sebab aku menyapu dari porch sampai dapur dalam keadaan terkejar-kejar. Dah settle semua sebelum keluar memang senyum sendiri sampai ke telinga. Sebab rasa puas bila tengok rumah dah bersih. 

Sekarang ni kalau hari jumaat, waktu rehat panjang tu aku suka balik dan sapu rumah. Kalau dulu hari jumaat balik rumah suka tidur aje.  Sekarang lebih suka nak menyapu rumah waktu orang takde. (Saja nak buat aktiviti mengeluarkan peluh pun iya jugak sebab lemak tepu dah banyak sangat he..he..) Senang aku nak buat kerja. Jadi bila hujung minggu aku cuma sapu dan kemas bahagian mana yang anak-anak yang bertujuh tu buat sepah aje. Selainnya dapatlah aku tumpukan  kepada penulisan novel. Baru-baru ni ada kawan-kawan haji emak datang ke rumah. Datang pada hujung minggu yang berbeza dan tetamu yang berlainan. Bila kawan emak datang dia orang dok puji kata rumah aku bersih dan kemas  walaupun ramai budak. Lantai nampak bersih aje padahal dia orang datang tu ad hoc. Bukannya cakap awal-awal. Dah ada area depan rumah baru call tanya emak ada kat rumah aku ke tidak. Terus nampak macam rumah aku memang sentiasa dalam keadaan bersih. Siap macam tak percaya bila aku cakap aku berkerja. Dia orang kata rumah aku bersih macam orang tak kerja sebab porch pun bersih. Takde maid pulak tu. 

Alhamdulillah.. siapa tak suka bila dipuji begitu kan. Walaupun aku sendiri tahu yang aku baru  beria menyapu dan mengemas sehari sebelumnya. Terus cakap  dalam hati. Kalau mereka datang sehari lebih awal tentulah aku tak dapat pujian tu he..he.. Macam kes aku mendapat pujian rumah bersih ianya lebih kerana aku  bernasib baik. Walaupun aku suka rumah bersih dan kemas, tapi adakalanya rumahku masih juga  tak bersih dan berselerak.  Adakalanya sangat bersepah dan tak terurus juga. Moral yang ingin aku sampaikan ialah bila kita datang ke rumah orang dan rumah mereka sedang bersepah, janganlah terus buruk sangka dengan meletakkan label yang tidak baik kepada mereka. Ada sebabnya rumah mereka tak bersih, tak terurus dan berselerak. Penat tau nak kemas rumah lebih-lebih lagi untuk wanita yang berkerja dan ada anak kecil-kecil. Kalau badan letih memang tak larat nak buat. Kalau banyak kerja lain yang perlu di utamakanm mengemas rumah pun jadi tak sempat. Aku faham sangat-sangat. Tapi.. untuk yang malas sangat nak mengemas rumah tu, bolehlah usahakan untuk merajinkan sedikit diri tu. Kalau rumah bersih, tak perlu tunggu orang datang puji. Kita sendiri pun dah rasa sangat senang hati. Pujian tu hanya bonus yang buatkan kita jadi lebih berpuas hati dengan kebersihan rumah sendiri.

Nota kaki : Rumah cantik dan rumah bersih adalah dua perkara yang berbeza ya. (Sebab rumah aku biasa-biasa aje). Bersih dan kemas juga mengikut piawaian di mata masing-masing. Tapi kalau mata rasa tak senang nak memandang memang bersepah, tak bersih dan berseleraklah namanya. Rumah cantik, rumah besar atau rumah mewah tak semua ada rezeki untuk memilikinya. Tapi rumah bersih, insyaALLAH, sesiapa pun boleh mengadakannya dengan sedikit usaha dari diri sendiri. Peringatan buat diriku dan anak-anakku agar kami dapat sentiasa berada dalam rumah yang bersih. Takde rezeki untuk ada rumah yang cantik, ada rumah yang bersih pun dah seribu rahmat. Syukur.. 

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

7 comments:

Eye_nee said...

Pembersihnya mak kamu geng..sambil baring2 sambil buat inspection...umah akk nak kata bersepah tu tidaklah geng..nak kata pembersih sgt tu tidaklah jugak...dah tak daya sgt sebenarnya nak buat rutin2 dulu waktu usia 20-30an..ini dah penghujung 40an kann...

Izwa Kamaruddin said...

saya tak mcm ni tapi kakak saya macam ni..hahahahaha..kadang tgh tgk tv pun kene halau sb dia nak menyapu..kekeke..kitaorg ckp hobi dia ialah menyapu ;D

Unknown said...

rumah saya teramat bersepahhh... hahaha

All About AnaYna said...

Hahaha..tergelak ana baca nie..sebabnya ana pun jenis yang tak boleh tengok umah bersepah.Kejap2 nak kemas..kejap2 nk sapu.Tapi biaselah dah namanya ade anak2 kecik kn..kjp je kemas..dh disepahkan semula menan2 dorg.Jenuh gak ibunya nk kemaskn balik...serlaunya tggu dorg tido kemaskn menan ataupun bgn pagi esoknya.sbb dh x larat nk tggu dorg tdo lmbat lak tu. Syukur setakat ni wlaupun umah biase2 je tapi sentiasa kemas di pandangan mata ana sendiri hihiihi.Pssstt..bab ngemop tu laa paling x daya..sbb anak duk ngacau.huhuu.

azieazah said...

Kak azie ni ambik bab asas saja. Sibuk kerja (alasan). Mujur bebudak dah besar. Ok skit lah. Tapi buku sekolah depa plak yg bersepah sepah.

mummY daniSha said...

sy x boleh tgk sepah2...nanti sy pening kepale...tp sy x dela pembersih sgt hehehe...just x boleh sepah2...

qnq cleaning services said...

Penat kerja seharian?
Tiada masa membersihkan rumah/pejabat?

Jangan risau, kami sedia membantu :)

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan tempahan melalui :
call/ Message/ WhatsApp :
018- 206 5694
Facebook : https://www.facebook.com/Qnqcleaning
Email : qnq.cleaning@gmail.com
Blog : qnqcleaningservices.blogspot.com

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...