Minggu
lepas sepanjang minggu aku tak sihat. Jadi kalau orang lain dapat cuti
panjang 4 hari aku dapat 5 hari sebab sehari lebih awal aku dah dapat
MC. Mujur untuk cuti panjang kali ini kami sekeluarga tak merancang
untuk berjalan ke tempat yang jauh. Maka, aku dapat lebih masa berehat
di rumah. Kalau tak mungkin makin melaratlah rasa tak sihat tu sebab tak
cukup rehat. Hari ini pun badan masih rasa tak begitu selesa. Tapi
Alhamdulillah.. sudah berdaya ke tempat kerja seperti biasa. Semoga aku
akan terus sihat hendaknya.. insyaALLAH. Bila tengok kat kalendar nak
dapat cuti panjang 4 hari rasa macam lama aje. Tapi bila dah lepas rasa
macam pendek aje cuti 4 hari tu he..he.. Tapi apa-apa pun tetap
bersyukur. Dapat juga kami penuhi cuti itu dengan aktiviti bersama
keluarga. Suara lebih banyak keluar dari biasa sebab dah berkumpul
dengan anak yang ramai-ramai tu, rumah kalau tak riuh rendah memang tak
sah. Anak-anak pulak macam-macam peelnya. Ada aje yang nak tak kena. Nak
makan gaduh, nak main gaduh, nak tengok tv gaduh he..he.. Kiranya buat
apa-apa pun kena gaduh dulu baru puas hati. Anak oh anak..
Hari
jumaat, hari cuti yang pertama tu, awal pagi kami pergi melawat pusara
arwah mummy. Bulan ni dah nak masuk setahun dah arwah pergi. Tapi arwah
sentiasa berada dekat di hati kami semua. Balik dari kubur kami beli
sarapan dan singgah makan di rumah makcik. Dah lama juga kami tak
menziarahinya. Walaupun dekat tapi nak menyinggah selalu rasa tak
sempat. Jadi dah alang-alang cuti dapatlah kami menziarahinya sekali.
Lepas makan semua kami pun balik ke rumah. Ada kerja yang dah menunggu
aku dengan en.asben. Kerjanya ialah mengemas dokumen dan surat-surat
kami yang dah menimbun. Setahun yang lepas ni aku banyak uruskan dokumen
dan surat menyurat untuk arwah adikku. Jadi dokumen sendiri terpaksa
pending dan tolak ke tepi dahulu. Alhamdulillah.. kesempatan cuti
panjang tu dapatlah aku dengan en.asben kemaskan dokumen-dokumen kami
pulak. Lega bila tengok bakul-bakul surat dah kosong. Takde dah membukit
lagi he..he.. Surat-surat dan dokumen penting dah selamat masuk ke
dalam failnya sendiri.
Hari
sabtu, hari kedua cuti en.asben dah plan nak bawak anak-anaknya tengok
wayang. Menonton cerita Avengers kat IOI City Mall. Jadi dalam pukul 11
kami keluar rumah. Mulanya aku malas nak ikut. Tapi mengikut plan kalau
tiket wayang habis nak bawak anak-anak main ice skating aje. Jadi
terpaksalah aku ikut juga. Siap ajak emak sekali biar emak dapat tengok
cucunya main ice skating. Sampai IOI memang orang beratur nak tengok
wayang punyalah panjang. Tapi dapat juga tiket nak tengok cerita
Avengers tu pukul 12.30 tengah hari. Maka en.asben dapatlah tengok bersama 6 orang
anaknya seperti yang dihajatkan. Aku, emak dengan gegirl malas nak join. Sementara tunggu kami
berlegar kat dalam mall tu. Minum dan makan yang ringan-ringan. Lepas
solat zohor terus tunggu aje kat area surau tunggu dia orang keluar
wayang. Punyalah lama kena tunggu. Tapi terpaksalah pasrah aje he..he.. (Aku memang bukan jenis lepak shopping mall. Itu yang rasa bosan).
Lepas dia orang dah siap solat semua kami pergi makan kat The Chicken
Rice Shop. Beratur punya panjang. Nak tunggu order punya lama. Tapi
semua tempat pun macam penuh. Jadi.. bertabah ajelah. Lepas makan dalam
pukul 5 lebih baru kami sampai ke rumah. Malam tu pergi kenduri tahlil
rumah jiran. Dessert tablenya sangat mengancam. Homemade lagi. Semuanya
sedap-sedap pulak. Taip ni teringat-ingat dia punya red velvet, fruit
tart, creampuff, coklat kek etc. Oh!!!
Mama, gegirl and nenek..
Waktu tunggu ayah dengan kakak dan abang-abang pergi tengok wayang.
Ala nenek tutup mata pulak..
On the way to Singgah Santai Resort..
Barang yang banyak dah ambil separuh dari tempat duduk.. he..he..
Mandi-manda di hari cuti..
Perempuan muka boolat yang dah seminggu demam.. huk..huk..
Best.. mandi kat sini..
Slide dia best tau untuk anak-anak..
Padahal ramai orang.. Tapi dalam gambar ni macam adik conquer pool ni sorang he..he..
Peace Yo!
Panas.. Semalam balik muka anak-anak semua rentung..
Ulang-ulang naik slide ni.. Anak-anak syok sangat kot..
Model Slide he..he..
Cat Lover.. Watch lover he..he..
Mama pun enjoy mandi pool.. BB.. next time gigi sorok sikit please he..he..
My in-law family yang join the trip.. Love them so much!
Gambar kat depan bilik dengan my dua-dua emak, han and gegirl.
Hari isnin, hari terakhir cuti huhuhu.. Lepas sarapan, anak-anak sambung mandi kolam lagi. Mama tak join dah. Nak kemas barang dan ambil peluang merehatkan badan. En.asben sorang aje yang temankan. Thank you so much en.asben. I love you so muchlah sayang! Dalam pukul 12 lebih kami pun bertolak balik. Lepas hantar emak dan anak-anak balik Kajang Utama, kami balik ke rumah pulak. Singgah makan kat D Limau Nipis depan rumah then balik rumah. Lepas solat zohor terus sambung tidur. Bangun tidur kemas-kemas rumah. Anak-anak gotong royong tolong lipat kain. Alhamdulillah.. Thank you kesayangan mama semua. Malam masak meehoon sup simple-simple letak fish ball, chicken ball dan cendawan banyak-banyak. Makan dengan sambal kicap licin juga sup seperiuk. Maka berakhirlah cuti panjang empat hari kami. Alhamdulillah.. terima kasih ALLAH.
**Review aku tentang Singgah Santai Resort.
Untuk orang sekitar Bangi, KL, Putrajaya jaraknya memang dah dekat sangat untuk bercuti di sini. Harganya pun pada aku masih berbaloi. Biliknya besar. Selesalah untuk menginap 1 family. Kalau bawak 2 toto pun rasanya boleh bentang dalam bilik lagi. Kalau booking awal dan dapat bilik mengadap pool dan dapat bilik yang ada aircond mungkin lagi best. Kolam mandi ada 4 jenis so boleh pilih mengikut kesesuaian. Bagi aku kolam mandi dia boleh diberi pujian. Sebab anak-anak aku memang enjoy to the max. (Kalau tak menginap di situ boleh juga untuk datang mandi sahaja. Bayaran untuk dewasa RM10 dan kanak-kanak RM5). Ada restoran di dalam resort tu. Tapi tak berapa nak beroperasi sangat waktu kami pergi. So sebagai suggestion kalau nak datang sini eloklah bawak bekalan sendiri. Enviromentnya menarik. Surau yang disediakan juga besar. Satu aje yang tak best waktu kami menginap di sini ialah, pagi isnin tu air takde pulak. Dari pukul 8.00 pagi air dah mula takde. Katanya paip pecah. Tunggu punya tunggu sudahnya pukul 11.30 pagi baru ada air balik. (Sudahnya aku balik rumah dengan tak mandi hu..hu.. sebab dah siap salin baju and pakai tudung baru ada air). Hal itu membuatkan kami rasa tak selesa sikit. Selain dari tu pada aku bolehlah. Untuk percutian dekat-dekat dan nak bagi anak-anak puas mandi kolam bagi aku Singgah Santai Resort masih menarik.
Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah..
4 comments:
seronok nyer anak-anak akak :)
next time nak pegi la singgah la kat singgah santai ni ;)
Seronok nengok akak dan anak2 semua bahagia dan enjoy...Alhamdulillah
besar juga kolamnya..puas ler kalau dpt mandi kat sini.
Salam..
Err sy rasa sy tak mampu nk ronda mall klu org tgk wayang, sy x larat dan tak minat nak window shopping. Hihihi.. Tp akk ada mak tak la rasa boring sgt kan..
Best jugak nmpk resort tu. tgk kolamnya saja dah terliur.. Hihihi
Kak.. Sebut psl restoran tu .. Sedap tak kak? Selalu lalu tgk org penuh sgt. Nak juga singgah mkn situ
Post a Comment