Assalamualaikum..
Adakalanya.. keadaan membuatkan kita perlu menjadi seseorang yang bukan diri kita. Dalam erti kata lain, perlu melakukan sesuatu perkara di luar kemahuan kita. Walaupun bukan dipaksa tapi kita 'diperlukan' untuk melakukannya. Aku dah mencuba. Malah berusaha juga (walaupun tak sepenuh jiwa he..he..). Sejujurnya.. aku ditahap memaksa diri untuk melakukannya. Tapi yang pastinya aku tak boleh. Actually boleh kut.. kalau aku mahu. Errrr.. mungkinlah kut? Hmm.. entah?
Apa yang pasti masalahku ialah aku memang tak mahu. Bukan tak boleh! Jiwaku bukan begitu. Habis tu bagaimana? Perlu berundur? Eh.. Taknaklah. Aku belum mahu mengundur. Ini kerana perkara itu menjadi perkara yang sangat aku senangi. Cuma.. hal sampingannya yang membuatkan aku jadi lemas. Lemas kerana perlu menjadi seseorang yang bukan diri sendiri. Oh... kenapalah dua perkara yang aku suka dan tidak suka perlu saling berkait?
p/s : Ianya cuma masalah kecil. Tak langsung berkait dengan hal keluarga atau yang berkaitan periuk nasiku. Tapi ianya sangat menganggu.
Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah..
2 comments:
semoga dipermudahkan semua urusan akak..
Salam perkenalan. Jika ianya mendatangkan manfaat & kebaikkan tak salah jika ianya diteruskan walaupun ada segelintir perkara yang menjengkelkan. Semoga dipermudahkan segala urusan.. aminnn..
LatifahFazri
Post a Comment