Assalamualaikum..
Pagi tadi ketika dalam perjalanan ke tempat kerja lagu 6ixth Sense - Bukan Milik Kita berkumandang di saluran radio IKIM FM. Liriknya yang penuh makna bermain-main di minda. Lebih-lebih lagi sejak ahad, perasaanku rasa semacam. Bagai ada sesuatu yang tak lepas. Ada sedih dan ada sebak yang terlekat dan tak mampu aku luahkan.
Ikhlaskanlah relakanlah
Semua yang ada pasti kan pergi
Semua yang ada pasti kan pergi
Ikhlaskanlah relakanlah
Semua yang hidup pasti kan mati
Hidup bukan milik kita
Hidup bukan milik kita
Benarlah yang hidup pastikan mati. Benarlah juga yang hidup ini bukan milik kita. Bila sampai masanya, kembalilah kita kepada ALLAH. Beberapa minggu lepas, en.asben mengkhabarkan yang isteri kepada teman aikidonya disahkan menginap 4 jenis kanser sebaik selepas melahirkan anak ketiga mereka. Mungkin ada teman-teman yang terbaca tentang kisah itu di FB. Mendengarnya hati meruntun mahu pergi melawat. Namun seminggu dua ini memang jadual kami padat di hujung minggu. Maka hari ahad lepas baru kami berkesempatan untuk pergi melawat di Pusat Kanser Negara, Putrajaya.
Kami keluar dari rumah dalam pukul 3 petang. Dalam perjalanan menuju ke PKN, baru en.asben menghantar mesej kepada temannya untuk bertanyakan adakah isterinya masih berada di wad yang sama. Tapi jawapan yang kami terima ialah.. tak.. dia dah meninggal pada jam 2++ petang tadi. Dia juga memaklumkan yang dia sedang uruskan pembayaran hospital. Memang aku benar-benar tergamam dengan pemberitahuan itu. Lebih-lebih lagi bila aku sendiri yang membacakan mesej itu kepada en.asben yang sedang memandu. Pada ketika kami mahu pergi melawat. Inalillah.. Oleh kerana pada waktu itu kami sudah benar-benar mahu sampai di IKN maka kami teruskan juga niat untuk melawat.
Pertama kali sampai ke IKN membuatkan kami tidak tahu mahu menuju ke mana. Cadangnya mahu mencari teman en.asben di tempat pembayaran. Tapi tak tahu juga arah yang mahu dituju. Ditakdirkan ketika kami membaca papan tanda di hadapan lif, seseorang yang mungkin teman ataupun saudara arwah bertanyakan ke mana kami mahu pergi. Setelah diberitahu dia mengajak kami untuk ke wad saja kerana arwah masih di situ. Maka aku dan en.asben pun mengikutnya ke wad. Suasana sebak dan suram ketika kami sampai di wad. Ada ramai kaum keluarga berada di situ. Tirai menutupi ruangan katil arwah. Wajahnya sudah ditutup. Tak sempat aku melihatnya. Sebelum inipun aku tidak pernah mengenalinya. Ahli keluarga masih ada yang tersedu sedan. Bersalaman dengan seorang wanita yang mungkin ibu arwah, air mataku ikut gugur bila wanita itu memelukku dan mengatakan yang arwah dah takde.
Seterusnya ruangan wad terus sepi sementara menunggu urusan membawa turun jenazah ke bawah untuk di bawa balik ke rumah. Seketika kemudian teman en.asben (suami arwah) tiba di wad setelah menyelesaikan urusannya. Dia masih mampu tersenyum ketika en.asben bersalaman dengannya. Wajahnya nampak tenang. Tapi tingkah lakunya jelas kalut. Selepas jenazah di bawah turun temani oleh ahli keluarga dan teman-temannya, aku dan en.asben berjalan bersama suami arwah. Sebelum itu dia sempat mengucapkan terima kasih kepada para jururawat di situ yang telah menjaga isterinya dengan sangat-sangat baik. Sampaikan dia berkata, saya tak tahu nak cakap apa.. Kata-kata yang tak teratur itu mengambarkan padaku yang jiwanya sedang tak tenteram.
Ketika en.asben bersalaman dengannya saat mahu berpisah, dia masih kelihatan tenang. Masih ada juga senyuman nipisnya buat kami dalam sebak yang cuba disembunyikan. Kalau orang luar sepertiku pun rasa seperti ada perasaan tak lepas, inikan pula dia yang perlu menghadapinya. Pastilah hanya ALLAH yang tahu dengan tepat apa yang bergolak dalam dirinya saat itu. Kehilangan isteri tersayang tentunya bukan mudah untuk diterima. Lebih-lebih lagi dengan baby yang baru dilahirkan dan dua orang anak lagi yang masih kecil. Kata orang berat mata memandang, pastinya lebih berat bahu yang memikul. Doakan semoga segalanya akan baik-baik saja buat teman en.asben dan tiga orang anaknya. Semoga arwah isterinya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.. insyaALLAH. Al-fatihah buat arwah.
Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah..
12 comments:
4 jenis kanser sekali harung... Allah... Sesungguhnya dia lebih mengetahui. Al-Fatihah buat arwah dan semoga suaminya tabah menghadapi ujian ini dan menjadi bapa yg baik buat anak2.
Allah... besarnya ujian diberikan. Sungguhlah Hanis kita semua ni tak punya apa pun. Semuanya dipinjamkan aje. Kena sentiasa bersedia
Sedih kakak membaca hingga luruh airmata. Moga roh isterinya ditempatkan bersama kalangan mereka yg beriman..
Sesungguhnya segalanya bukan milik kita, bukan sekadar hidup, itu adalah realiti, sekadar memberikan pendapat kerana melihat trend sekarang pasangan muda yang suka menunjukkan kebahagiaan di media sosial. Sesungguhnya semua itu milik Allah....satu hari nanti Allah akan ambil juga...
As-salam Aina..
Amin untuk doa yang baik2 tu.. Terima kasih.. Ya Aina.. 4 jenis kanser sekali harung.. macam tak percaya, kan? Saya pun. Tapi itulah seperti yang diberitahu.
As-salam kak Zakie..
Amin.. mudah2an insyaALLAH.. terima kasih.. Betul kak zakie, kita juga bila2 masa saja akan dijemput pulang.. semoga kita sudah sentiasa bersedia hendaknya..
As-salam Ayuni..
Betul apa yang Ayuni perkatakan.. segala yg kita ada milik ALLAH.. semuanya hanya pinjaman yang satu masa, satu hari nanti akan diambil semula oleh Pemiliknya yang Maha Agung.. terima kasih ya atas perkongsian pandangan..
Kematian sememangnya mengintai dan mendekati setiap hari kan geng..terkedu mendengarkan..teringat kan seorg kwn yg juga mengidap 4 jenis kanser sekali gus...tiada tanda...tiada sakit sebelumnya..dlm masa 28 hari terbongkar segalanya dan dlm waktu itu juga dia menghembuskan nafas yg terakhir...Semoga sahabat suami kamu tabah dan redha atas ketentuan ALlah ini dan semoga roh isterinya ditempatkan dikalanagn insan yg Allah redhai...
menangis izwa kak baca entry nie...sebak nyer tak terkata..
Allahu..
Inalillah..
hidup mmg bukan milik kita kan kak..
Salam kenal kak
semoga yang terbaik utk suami arwah dan anak-anak syurga itu..amin
Innalillahhiwainnailaihirojiun.
Semoga rohnya damai di sisi Penciptanya. Semoga juga keluarga yang ditinggalkan tabah serta redho.
Sebak sgt...megalir air mata...hitung diri masih jauh ketinggalan...jika dalu di uji seperti itu adakah aku bersedia...4 kanser sekaligus...subhanaAllah!
Al-Fatihah
Innalillahi wainnailaihi rajiun...mata masuk habuk. Al-fatihah buat arwah.
Smoga suami ini tabah.
As-salam kak eye-nee..
Betul kak.. kematian sangat dekat dengan kita tapi kita selalu alpa.. rasanya arwah sahabat ini pun seperti arwah sahabat akak tu.. dalam masa sebulan disahkan kanser dan meninggal dunia.. Inalillah..
As-salam Diana..
mmg anak-anak kecik2 lagi diana.. yang baby baru berusia sebulan rasanya..
As-salam Izwa..
Sebak kan.. waktu dgr berita arwah sakit pun dah sebak.. ketika mendapat berita arwah dah takde lebih sebak rasanya..
As-salam Lynda Che Lah,
Amin.. terima kasih untuk doa yang baik2 utk arwah dan keluarganya yg tinggal.. Salam kenal juga dari akak.. terima kasih ya..
As-salam Kakcik,
Amin..amin.. mudah2an insyaALLAH untuk doa yang baik2 tu. .
As-salam Julia Johari,
Subhanallah.. semoga kita sentiasa bersiap sedia hendaknya.. insyaALLAH..
As-salam Fiza Rahman,
Amin.. InsyaALLAH.. terima kasih utk doa yg baik2 tu..
Post a Comment