Kesalahannya boleh disabitkan dengan hukuman mati dan kelihatannya dia masih boleh ketawa. Di dada akhbar ada kisahnya. Terpampang juga wajah cerianya. Begitu jugalah di FB. Maklumlah dia adalah seorang celebriti. Disebabkan ianya bukan lagi kesalahannya yang pertama, maka ramai yang tidak terkejut mendengar perkhabaran itu. Jadi isu yang lebih diperkatakan adalah tentang reaksi di wajahnya saat gambarnya dirakamkan. Di FB, aku terbaca komen tentang hal itu. Ada yang mengutuk reaksinya. Ada yang mempertahankannya. Ada yang kata mungkin dia seronok untuk menerima hukuman itu jika disabitkan kesalahannya. Ada yang back up kata apa salahnya dia ketawa sebab kalau betul hukuman itu akan diterima, mungkin kematiannya lebih baik dari kita yang tak tahu lagi pengakhirannya bagaimana. Wallahualam..
Tak kisahlah walau di pihak mana pun pengomen-pengomen itu berada. Bagiku tak perlulah nak bergaduh hanya kerana mahu mempertahankan pandangan sendiri. Hormati pandangan setiap orang tentunya lebih baik. Aku tahu, tak selayaknya kita menilai dirinya hanya dari beberapa keping gambar yang disiarkan. Aku sendiri tak boleh nak komen lebih-lebih. Siapalah kita nak buat penilaian pada orang lain. Namun senyuman di wajahnya ketika disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah, membuatkan aku sendiri rasa terkesan. Ianya membuatkan aku mahu mempertikaikan reaksinya. Tak kisahlah dia nak ketawa atau nak menangis pun. Itu hak dia dan mungkin dia sendiri ada sebabnya. Yang aku kisahkan ialah kesan perbuatannya itu. Bagiku untuk hal itu ketawanya sangat menyentap jiwa.
Kenapa aku terkesan? Kerana ada kaum kerabatku yang terlibat dengan penagihan najis dadah. Walaupun hanya seorang tapi yang seorang itu pun tak sanggup untuk kami melihatnya. Hanya rasa kasihan yang mampu kami tunjukkan. Bila dia sendiri nampak tidak kasihan akan dirinya sendiri. Mungkin, itu sudah takdir hidupnya. Terjebak dari umur belasan tahun sehinggalah kini. Bukan setakat setahun dua. Namun sudah berpuluhan tahun. Terjebak dan tak mampu keluar dari jalan hitam itu. Bagaimana hidupnya? Jangan ditanya. Tak masuk pusat serenti ke? Oh.. itu sudah berkali-kali. Aku rasa aku sendiri tak perlu bercerita dengan lebih lanjut. Bagaimana kesengsaraan kehidupan penagih lain, begitulah juga dengan dirinya. Sedih...
Itu kisah kaum kerabatku sendiri. Yang berada di depan mata. Yang banyak ahli keluarga berada di sekelilingnya. Namun tiada siapa yang mampu menariknya keluar dari jalan yang dia terjerumus untuk terlalu lama. Sehingga dia sendiri mengatakan tiada jalan keluar untuknya. Ah.. rasa sedih jadi berganda-ganda. Bercampur juga dengan kesal. Betapa ramai yang hancur hidupnya akibat dari perbuatan pengedaran najis dadah itu. Berapa banyak air mata ibu dan ayah tumpah bila anak-anaknya terjebak. Entah berapa ramai lagi yang akan terjerumus ke dalam penagihan najis dadah itu jika pengedar dadah terus berleluasa dan masih boleh ketawa? Doaku, agar tiada lagi yang akan terjerumus. Ya ALLAH.. lindungikan anak-anak kami. Lindungilah anak-anak bangsa kami dari najis dadah.
Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. take care and have a nice day!
2 comments:
saya tak tahu siapa yg akak maksudkan disini?saya ketinggalan seminggu dua ni sebab busy sebab demam.
ape pun diharap ia dapat diambil iktibar pada semua yg baca dan lihat..
Rasanya ini mengenai Benji. Maaf kalau saya silap.
Dadah mmg pemusnah diri dan bangsa. Beberapa org rakan saya masa persekolahan terjerurumus dgn dadah dan akhirnya meninggal kerana AIDS gara2 perkongsian jarum
Post a Comment